~ buka mata, buka minda ~

Sep 28, 2010

selalu didengar rungutan dari pihak penulis akan kelewatan dan kelembapan penerbit dalam memproses buku terbitan mereka. malah ramai pihak yg melihat dari sudut pandangan bahawa, penulis selalu menjadi 'mangsa' penerbit. selain komplen buku lewat diterbitkan dan pelbagai kerenah birokrasi dan penyuntingan juga harus dipatuhi oleh penulis sebelum manuskrip yg dihasilkannya terbit sebagai sebuah buku.

tidak ramai yg mendengar atau mengetahui 'kisah' di sebalik kelewatan yg berlaku. malah yg kerap dipersalahkan bila timbul sesuatu kelewatan biasanya yg menjadi sasaran ialah penerbit buku. adakah ini benar?

sebagai penerbit, tentunya mempunyai polisi, kriteria dan garis panduan tersendiri dalam pemprosesan sesebuah manuskrip sebelum menjadi buku. ada sesetengah penerbit begitu rigid prosesnya demi mengekalkan kualiti penerbitan & reputasi sebagai penerbit. jarang sekali penerbit bersikap tangkap muat atau asal terbit. perkiraan untung rugi juga menjadi perhitungan yg diambil kira dengan serius kerana melibatkan kos. buku yg mampu jual atau berdaya saing di pasaran menjadi keutamaan sebagai penerbit.

perspektif yg berbeza ini ada kalanya menimbulkan konflik antara penulis-penerbit. tetapi konflik itu tidak akan berlaku sekiranya penulis memahami proses yg panjang yg perlu dilalui sebelum buku mereka terjual di rak-rak kedai buku. malah pembaca dan orang ramai juga cenderung berpihak kepada penulis bila ada yg mendakwa penulis dianaktirikan, penerbit mengaut untung berat sebelah, penerbit sengaja melambat-lambatkan penerbitan, penerbit mengubah suai manuskrip asal dan menyekat kreativiti penulis untuk berkarya.

justeru ada penulis yg menerbitkan karya mereka dengan penerbit tidak dikenal. menerbitkan buku dengan penerbit yg boleh terbit dengan cepat, kualiti soal kedua. malah ada penulis yg menerbitkan buku dengan perbelanjaan sendiri.

ada segelintir penulis juga menghantar manuskrip yg sama kepada beberapa penerbit berasingan. mana yg beri komitmen paling dulu, paling cepat akan menjadi pilihan mereka. ini sebenarnya menyalahi etika dan mementingkan diri sendiri.

perlu ditegaskan tidak ada mana-mana penerbit yg sengaja melambat-lambatkan proses penerbitan kerana ianya melibatkan kos dan risiko dari segi pemasaran. prosesnya panjang bermula daripada proses menilai dan memilih manuskrip yg sesuai, kesesuaian penerbitan sesebuah manuskrip, tinjauan saingan di pasaran, maklum balas pemasaran akan kesesuaian judul manuskrip, penilaian dalaman editorial, penilaian pakar bidang, proses pembaikan semula manuskrip, kerja kemas kini mansukrip, penyuntingan, atur huruf, baca pruf hinggalah proses percetakan sebelum berada di pasaran.

proses yg panjang dan rumit ini perlu dilalui oleh setiap manuskrip sebelum terbit. malangnya ini tidak pernah diambil tahu. yg penulis mahu tahu ialah buku yg mereka tulis mesti terbit dan mesti dalam tempoh waktu sesingkat mungkin.
alahai...penulis!


0 refleksi: