~ serius ~

Sep 28, 2010

petang semalam aku berbual panjang dengan wifey. dah lama kami tak berbual panjang begitu. daripada hal-hal kecik hinggalah pada hal yg serius.
malam tadi aku tak lena tidur. kata-kata wifey bermain-main di benak. terutama bila aku bangkitkan berkaitan hal kerja. aku jarang sekali bercerita pasal masalah atau rasa tak puas hati di tempat kerja. tapi 'perkembangan' yg berlaku sejak kebelakangan ini sukar untuk aku bendung seorang. jadi aku luahkannya pada wifey.

paling terkesan bila aku dapat tahu, ada yg mengata di belakang. memburuk-burukkan aku. itu yg aku diberitahu & disampaikan pada aku. yg aku tak tahu? atau yg tak sampai ke pengetahuan aku? mungkin lebih buruk daripada itu...
aku rasa amat terkilan. apatah lagi kata-kata itu datangnya daripada orang yg kita kenal. bukan sehari dua tetapi sudah bertahun-tahun lamanya. orang yg kita jumpa hari-hari. rakan seofis yg kita anggap kawan. rupanya api dalam sekam.

lebih mengecewakan bila mereka bersikap talam dua muka. di depan memuji, di belakang mengeji. dalam masa sama, aku diberi tugas yg aku sendiri tak mahu lakukan. tugas yg aku jalankan sekadar memikul amanah yg diberi. kalau tidak aku, siapa lagi?

jadi, aku sedang memikirkan secara serius kemungkinan langkahan selepas ini. lebih serius lagi, aku mendapat dorongan daripada wifey. tiada gunanya berterusan begini. terasa segala usaha, susah payah yg dilaksana sebelum ini tidak ada siapa yg hargai. malah tak ada siapa yg peduli. tak siapa pun nampak. aku sekadar orang suruhan yg tidak pernah membantah.

langkahan itu, bermula hari ini...

2 refleksi:

tdevaraj said...

kat ofis aku pun ada sorang minah yang pemalas...malangnya bos dalam poket dia. Dia malas jadi pengawal dokumen ISO. Dibisik ke telinga bos supaya aku jadi pengganti. Bos pun ikut aje cakap dia. Patut dua tahun, ni dah berlanjutan tanpa noktah. Sampai sekarang masih ada rasa marah pada minah tu..

tg shaaban said...

org begitu boleh hidup di mana atau dgn siapa saja sbb boleh berubah-ubah rupa & warna mcm sesumpah