~ kaunter aduan ~

Sep 2, 2010

aku pernah ikuti ceramah seorang pakar motivasi. antara yg aku masih ingat bila dia mengatakan seorang kawan yang baik, adalah pendengar & penasihat yg baik. seorang kawan yg baik juga akan punya ramai kawan. kerana dia dianggap seorang yg dipercayai dan pandai menyimpan rahsia. jangan terkejut kalau akhirnya berasa diri mereka seumpama kaunter aduan.

maksudnya, dia akan dijadikan tempat mencurah perasaan, tempat berkongsi rahsia, berkongsi pengalaman, berkongsi cerita termasuk yg peribadi, tempat menzahirkan kesedihan & kegembiraan, orangnya untuk memohon nasihat & pandangan. itulah yg dimaksudkan sebagai kaunter aduan.

daripada semua yg disebutkan itu, nampaknya menepati ciri-ciri yg sedang aku berperanan sekarang.

aku tak tahu sama ada untuk berasa bangga atau tidak - kerana maksudnya aku ini disenangi & dipercayai. secara jujurnya aku berniat ikhlas terhadap kawan-kawan.

dalam masa sama, kengkadang rasa rimas pulak. iyalah, kalau dah ada yg bercerita pasal rumah tangga sampai tiada segan silu, nampaknya kaunter aduan yg aku buka sekarang ini perlu ditapis permohonannya.

1 refleksi:

Anonymous said...

Suatu masa dulu saya kerap jadi 'kaunter aduan'. Kadang-kadang rasa tak adil untuk diri saya mendengar masalah mereka.Rasa terbeban dengan 'permasalah' mereka. Cara mudah sekarang adalah memberi pandangan yang positif... lama kelamaan mereka malas dah nak bercerita sebab tiada sokongan. Pernah satu ketika..bila nasihat positif diberikan...tiba-tiba pengadu masuk hospital. 'Dengar khabar dari kawan-kawan, pengadu mengadu dia dimasukkan ke hospital kerana aku, sebab dia tak boleh terima nasihat positif dari aku dan menjadi tekanan pulak buat dia...Mulai saat itu aku SERIKKK... dan malas melayan.