~ aidilfitri 1 ~

Sep 14, 2010

pagi-pagi dah bangun. kemudiannya bersiap dengan baju melayu raya. lengkap bersampin & bersongkok. meski seluar sedikit longgar, mungkin berkat puasa sebulan.

aku berseorangan kali ini. eril masih dilamun mimpi. dikejutkan pun, agak payah. mungkin lewat tidur semalam kerana teruja menyambut raya. lagi pula seronok bermain mercun & bunga api dengan sepupu2nya di rumah mak lang pada malam raya. biarkan saja, budak-budak...

walaupun agak lewat sampai ke masjid, tapi tidaklah sukar meletak kereta. mungkin sebab ramai yg sudah pulang beraya di kampung, jadi tak ramai yg tinggal untuk bersolat aidilfitri pada hari raya pada yg masih tinggal, macam aku sekeluarga. kali ini, khutbah khatib tidaklah panjang lebar seperti tahun-tahun sebelumnya. ringkas dan padat sahaja. mungkin sebab mengikut teks yg disediakan tidak seperti lazimnya, teks yg dikarang sendiri yg terkadang syok sendiri. tajuknya sja kita dah tahu "1 syawal, 1 kemenangan".

sehabis solat, mengaminkan doa, bertahmid & berjabat salam dengan jemaah terdekat aku pun pulang. agak cepat habisnya solat raya kali ini. sesampai di rumah, wifey masih belum habis bersiap. seperti biasa, eril, erol & erin sudah pun disiapkan terlebih dulu oleh mama mereka. cantik bergaya dengan baju melayu & baju kurung lengkap dengan warna sedondon. masing-masing tampak ceria & teruja untuk beraya. sementara itu, aku ambik kesempatan bergambar dengan mereka bersama baju raya, langsir raya, karpet raya & sofa raya. pelbagai aksi bak model mereka gayakan...kemudian aku pun turut sama bergambar bila wifey sudah bersiap.

sehabis itu, kami pun bergerak ke kampung, menuju rumah kak lang. rumah yg didiami kak lang adalah rumah pusaka, yg baru saja siap diubah suai. maknanya, kami beraya di rumah baru kali ini. di sana, sudah berkumpul adik-beradik dan sanak saudara yg lain. kami pun dijamu dengan juadah raya. enaknya makan hidangan masakan kak lang, dengan resepi arwah mak yg masih dikekalkan terutama rendangnya yg memang menjadi feberet aku.

setelah semuanya mengalas perut di pagi raya, tradisi raya sebelum ini dilanjutkan. acara bermaaf-maafan sesama ahli keluarga. meraikan yg ada, mengingati yg tiada. slesai sesi itu diikuti pula dengan berbalas-balas pemberian duit raya kepada anak-anak kecil dalam keluarga. seronok sekali melihat kank-kanak kecil dengan wajah gembira menerima habuan masing-masing!

usai semuanya, sesi bergambar beramai pula dilangsungkan. mula-mula bergambar beramai-ramai. didikuti pula dengan kelompok keluarga masing-masing. apatah lagi latar menarik suasana baru, di rumah baru kak lang. paling menarik, setiap keluarga memperaga warna tema sedondon mereka. along dengan warna kelabu. kak lang & mak tih sekeluarga dengan tema hijau. kak ana & famili dengan warna merah jambu, aku sekeluarga dengan warna keemasan manakala usu & famili dengan coklat muda. itam pula dengan warna krim. andak sekeluarga memilih warna ungu. cuma angah & acik sekeluarga yg tidak bersama-sama sebab beraya 'di sebelah' sana terlebih dulu, ikut giliran.

agenda seterusnya, sepatutnya kami berkonvoi menziarah pusara arwah mak & abah. tetapi, tetamu sudah mula berkunjung ke rumah. maka hasrat itu tertangguh. lagi pula kena bersiap untuk ke masjid sekali lagi untuk solat jumaat bagi yg lelaki.

0 refleksi: