~ janji ok ~

Sep 27, 2010

kira-kira dua bulan lepas pc aku meragam. terpaksalah dihantar ke bengkel pembaikan yg memang disediakan di kompeni ini. khidmatnya percuma. seminggu kemudian dah siap dibaiki. sebenarnya bukan dibaiki, sekadar diformat semula. kerja mudah.

aku sudah menjangkakan akan berlaku semula masalah yg sama. kerana beberapa kali selepas itu aku hadapi pc yg meragam. cuma agak pelik, ia pulih dengan sendirinya. hinggalah pagi ini, ia meragam dan tidak mahu bekerja.

masalah ini bukan sahaja aku seorang yg mengalaminya. dua tiga rakan seofis juga merungut masalah yg serupa. servis ala kadar atau janji ok ini tak sepatutnya berlaku. pertama, ianya menyusahkan dan menimbulkan kerumitan orang yg bekerja. kedua, ianya bertentangan dengan etika bekerja.

buat masa ni, aku menggunakan komputer bimbit milik boss buat sementara. itupun nasib baik dia sedang bercuti. aku masih lagi berkira-kira sama ada hendak menghantar pc itu ke bengkel tersebut semula. lambat laun, aku kena baikinya juga. kalau ikutkan, itu sahajalah pilihan yg aku ada. meskipun servisnya sekadar melepas batuk di tangga. apa boleh buat...

0 refleksi: