angkara masak lemak ikan masin + nanas

Jul 23, 2014



semalam aku mc.
sebab terkena cherry-berry.
aku cuba flashback/throwback mencari puncanya.
kalau betullah puncanya sbb beli juadah di bazar ramadan
kenapa aku sorang je yg terkena?

start lepas makan sahur sampailah ke pagi.
akhirnya tak dapat bertahan lagi.
kena pergi klinik jugak.
lagipun kalau aku pergi kerja, terkucil tengah jalan kan naya.
sudahlah jarak nilai-KL tu bukan dekat.

doktor tanya aku puasa tak?
sebab aku keracunan makanan.
dia kata aku dah mula mengalami dehydration
air dalam badan dah kurang.
dia nasihatkan aku buka puasa, minum air banyak dan makan ubat.
atau dia terpaksa injek aku.
aku ambik pilihan makan ubat.

balik rumah aku rasa lega sikit.
aku terus aje berpuasa, walaupun melepek.

pagi ni, aku dah kerja macam biasa.
fikir punya fikir.
aku rasa dah dapat puncanya.

masak lemak cili api ikan masin + nanas.
mungkin dah tercemar.
aku sorang je yg makan.
besar kemungkinan, itulah puncanya...!

pot luck 5 bintang

Jul 21, 2014


oleh sebab raya nanti tak semua beraya di nilai.
maklumlah masing-masing dah berkeluarga.
ada yg beraya, gilirannya di rumah mentua.
maka, sebagai tradisi saban ramadhan.
kami pakat-pakat pilih satu hari untuk berbuka puasa bersama-sama.
sabtu lepas, akhirnya semua dapat berkumpul.

tak payah menyusahkan kak lang dan kak teh sebagai tuan rumah untuk masak juadah.
kami buat secara pot luck aje.
bila kumpul-kumpul, sudahnya dah mengalahkan buffet ramadhan kat hotel 5 star.
beraneka dan bermacam hidangan yg ada.
2 meja pun tak cukup hehehe



kita diuji lagi . . .#MH17

Jul 18, 2014


tak sampai hati nak tulis awal-awal.
emosi terganggu sedikit.
membaca status di media sosial, sesetengahnya menyedihkan dan mengharukan.
sesetengah lagi menjengkelkan. macam orang tak beriman..!

sejak tengah malam tadi dah dapat berita dari kawan-kawan.
berharap benar ianya berita palsu.
hati cuba menidakkan.
tetapi bila bertalu-talu berita masuk, maka sahlah kebenarannya.

al-fatihah kepada penumpang dan krew beragama Islam.
terutamanya warga Malaysia.
takziah kepada keluarga mereka.


mesej prihatin dari kedai dobi

Jul 16, 2014


kedai dobi

salam. saya dari kedai dobi ********. dari semlm call tuan tp x berjawap.
baju2 tuan dh siap utk diambil.
pd bln ramadhan kedai kami akan tutup pd jam 5.45 pm setiap isn-jumaat.
dan jam 2pm pd sabtu & ahad.


aku

sy balik keje selepas  6pm.
may be sabtu je sempat ambil.tq.

kembali ke asalnya

Jul 14, 2014


tamatlah sudah.
selepas hampir sebulan dibuai aksi di padang.
tiada lagi makan bola, tidur bola dan sahur bola.
penamatnya dan juaranya semua dah tahu.
jumpa lagi world cup di Russia, 2018.

rutin tidur pun kembali ke asal....;)


bukan nak mengata, tapi . . .

Jul 10, 2014


elok la, masjid diimarahkan dengan solat tarawih berjemaah bukan ramadhan ni.
alhamdulillah ramai yg ke masjid.
tua muda, lelaki perempuan, kecik besar.

tapi,
aku pelik dengan perangai sesetengah orang kita.
patutnya nak solat berjemaah tarawih, kita solat jemaah isyak la dulu.
ini tidak.
dah habis solat isyak baru sampai.
mereka datang semata-mata nak solat tarawih.

tak faham la...


*******

berbalas-balas juadah sesama jiran ni dah jadi amalan biasa dalam bulan ramadan.
bukan lah bila kita hantar juadah, minta dibalas.
tak balas pun takde yg kesah rasanya.

cuma bukan nak mengata.
ada juga jiran yg tak pernah memberi, macam mana nak membalasnya...hehe.

kengkadang terasa segan la nak pulangkan bekas kosong kan.
sebab  tu ada sesetengah orang hantar bekas yg recycle atau boleh lupus.
tak payah pulangkan/dibalas pun tak apa.
itulah maksudnya.

wifey kalau memasak juadah, dia akan masak lebih.
tujuannya nak bagi pada jiran.
tidak lah hari-hari, terutama bila masak menu yg spesel sikit la.
terutamanya weekend. hari lain kalau tak sempat masak, beli di bazar aje.
sebahagiannya niat sedekah, sebahagian lagi untuk sama-sama merasa.
bukan nak tunjuk 'aku ni pandai masak' atau 'aku bagi makanan ni, kau kena balas'.

yg tak sedapnya kalau nak balas tu biarlah ada effort sikit.
takkan lah balas dengan roti bakar.
ini kisah benar yg berlaku sabtu lepas, roti bakar yg disapu jem sebagai balasan oleh jiran kami...hahaha

moga tiada kali kedua itu . . .

Jul 8, 2014

Denggi: 99 peratus kematian akibat jangkitan kali kedua

KUALA LUMPUR 7 Julai 2014 - Hampir 99 peratus kes kematian demam denggi disebabkan oleh jangkitan kali kedua, kata Pengarah Pusat Kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Demam Denggi dan Denggi Berdarah Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Sazaly Abu Bakar.
Menurut beliau, pesakit demam denggi bagaimanapun mampu sembuh dalam masa lima hari setelah dijangkiti namun mereka yang pernah dijangkiti, berisiko tinggi terkena demam denggi berdarah hingga boleh membawa maut.
"Justeru, masyarakat perlu sentiasa berjaga-jaga dan disaran minum air yang banyak bagi melindungi diri daripada dijangkiti penyakit tersebut," kata beliau
mengulas peningkatan kes demam denggi sejak awal tahun ini.
Catatan kelmarin menunjukkan terdapat 455 kes denggi di seluruh negara manakala Selangor mencatat jumlah tertinggi iaitu 227 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 63 kes.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140708/dn_19/Denggi-99-peratus-kematian-akibat-jangkitan-kali-kedua#ixzz36pzGMdYl
© Utusan Melayu (M) Bhd
*******

beberapa tahun dulu, pernah menghidap demam denggi.
ini peringatan serius buat aku.
sekali terkena, dua kali beringat...!

aku, naz dan ramadhan

Jul 7, 2014


naz adalah sepupu aku sebelah arwah mak.
naz tinggal di kampung.
jadi kami hanya jumpa masa cuti sekolah, kenduri kendara atau hari raya.
bila arwah abah buat keputusan buat rumah di kampung selepas pencen.
naz lah antara orang paling gembira.
sebab adik beradiknya semua perempuan.

makan minum dan tidurnya selalu saja di rumah kami.
tapi bila aku masuk sekolah asrama, kami mula renggang.
naz juga masuk ke sekolah asrama lain kemudiannya.
hubungan kami semakin renggang kerana krisis keluarga adik beradik arwah mak.

sepatutnya tak begitu, yg berbalah ialah orang tua.
tapi ayah naz melarang anak-anaknya berhubung dengan kami.
sebagai anak,, naz serba salah.
dia terpaksa akur dan ikut kata ayahnya.

bertahun-tahun kami tak jumpa atau bertegur sapa.
kalau berselisih pun, dia cuba mengelak.

walaupun arwah mak dah lama pergi.
hubungan keluarga kami semacam tak bertaut kembali.
adalah juga abang long dan abang ngah selaku anak yang tua  cuba berbaik.
tapi disambut dingin sahaja.

minggu lepas.
aku dapat tahu, ayah naz dimasukkan ke hospital.
perlu jalani pembedahan jantung.
itupun kebetulan terserempak dengan sedara sekampung di bazar ramadan.

malamnya selepas berbuka,
aku nekad menziarah ayah naz di hospital.
adik-beradiknya terkejut dengan kedatangan aku.
tapi mereka sambut dengan gembira.
terutama sekali naz, yg memeluk aku sambil menangis.

alhamdulillah selepas operate, keadaan ayah naz sudah stabil.

selepas beberapa lama aku minta diri pulang.
naz menyusul aku ke kereta.
dia ajak aku minum dulu.
kami pun lepak kat kedai mamak seberang jalan.

berborak lah kami. bagai tiada esok.
mengisi ruang yg lama ditinggalkan.
dipisahkan oleh keegoan sesama kami.

berkat ramadhan...silaturahim kami kembali bertaut.

pada siapa nak dihantar?

Jul 3, 2014


dulu-dulu bila dapat kad raya, terasa gumbira.
lebih-lebih lagi bila kita hantar, orang tu balas.
kalau tak balas, kita blacklist la, lenkali tak payah hantar lagi hehe

itu tak masuk lagi bab-bab awal.
masa budak-budak dulu.
pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.
pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantong.

kalau utk kengkawan, beli yg satu set dapat 10 keping.
kalau yg spesel, mahal sikit la.
aku mengaku, pernah hantar kada raya yg mahal.
besar, cantik dan ada muzik bagai pada wifey.

makin tahun kebelakangan, makin sikit dapat kad raya.
kalu hantar pun, dapat balasan tu dah kira nasib baik.

zaman teknologi katanya.
nak bubuh setem pun dah mahal.
hantar je sekali harung kat fb, twitter ke wassap ke.
bereh...

takde yg kecik hati, tak terima atau tak balas.

hari ni, kompeni bagi kad raya free.
seperti tahun sebelum-sebelumnya.
untuk hantar kepada klien, sedara-mara, kengkawan.

seperti yg aku cakap tadi.
nak hantar pun pada siapa yek
yg ada pun no. telefon je.
alamat tak tahu.
nak kena mintak alamat dulu, baru boleh hantar.

tahun lepas pun cenggini jugak.
aku bagi je pada anak-anak.
untuk bagi pada cikgu atau kengkawan.
tahun ni pun nampaknya, macam tu jugak la....

12 jam je, ape ada hal

Jul 1, 2014


malam tadi dapat mesej ni dari kawan aku, tawfeq.

"ko nak kirim apa?"

"kirim apa. ko kat mana?"

"Manchester. hal keje"

"huhu. kirim baju MU ori selai.."

"ok. xde hal"

"puasa tak..."

"sini, 18 jam puasa weh..."

untung jugak kita puasa di Malaysia ni.


*****

aku ada terbaca di internet.
kalau kita puasa di reykjavik, Iceland.
tempoh panjang puasanya, 21 jam...!