aku, naz dan ramadhan

Jul 7, 2014


naz adalah sepupu aku sebelah arwah mak.
naz tinggal di kampung.
jadi kami hanya jumpa masa cuti sekolah, kenduri kendara atau hari raya.
bila arwah abah buat keputusan buat rumah di kampung selepas pencen.
naz lah antara orang paling gembira.
sebab adik beradiknya semua perempuan.

makan minum dan tidurnya selalu saja di rumah kami.
tapi bila aku masuk sekolah asrama, kami mula renggang.
naz juga masuk ke sekolah asrama lain kemudiannya.
hubungan kami semakin renggang kerana krisis keluarga adik beradik arwah mak.

sepatutnya tak begitu, yg berbalah ialah orang tua.
tapi ayah naz melarang anak-anaknya berhubung dengan kami.
sebagai anak,, naz serba salah.
dia terpaksa akur dan ikut kata ayahnya.

bertahun-tahun kami tak jumpa atau bertegur sapa.
kalau berselisih pun, dia cuba mengelak.

walaupun arwah mak dah lama pergi.
hubungan keluarga kami semacam tak bertaut kembali.
adalah juga abang long dan abang ngah selaku anak yang tua  cuba berbaik.
tapi disambut dingin sahaja.

minggu lepas.
aku dapat tahu, ayah naz dimasukkan ke hospital.
perlu jalani pembedahan jantung.
itupun kebetulan terserempak dengan sedara sekampung di bazar ramadan.

malamnya selepas berbuka,
aku nekad menziarah ayah naz di hospital.
adik-beradiknya terkejut dengan kedatangan aku.
tapi mereka sambut dengan gembira.
terutama sekali naz, yg memeluk aku sambil menangis.

alhamdulillah selepas operate, keadaan ayah naz sudah stabil.

selepas beberapa lama aku minta diri pulang.
naz menyusul aku ke kereta.
dia ajak aku minum dulu.
kami pun lepak kat kedai mamak seberang jalan.

berborak lah kami. bagai tiada esok.
mengisi ruang yg lama ditinggalkan.
dipisahkan oleh keegoan sesama kami.

berkat ramadhan...silaturahim kami kembali bertaut.

0 refleksi: