Erti sebuah lagu

Apr 28, 2010

Lirik lagu Kekasih Ku Di Menara nyanyian Ukays

Dingin sungguh malam ini
Dan sukar mata kulelapkan
Lalu kucuba coretkan
Secebis lembaran buatmu
Tidak terkira perutusan
Satu pun tiada balasan
Namun ku tak putus harapan
Walau hati ini sudah mula bergoyang
Dapat ku bayangkan kau mula berubah
Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak seperti mu
Disebabkan itu kau mencipta jurang
Perhubungan kita mula menjadi renggang
Dan keangkuhanmu kini mula ketara
Memandang aku cuma sebelah mata
Dulu aku bagimu
Jambatan untuk kau ke seberang
Mudah sungguh kau lupakan
Semua jasa-jasaku
Semua pengorbananku untukmu

Beberapa tahun dulu seorang kawan lama sekolahku mengirim lirik lagu ini kepadaku. aku tak faham, maksud di sebaliknya. lebih-lebih lagi hubungan aku dengannya, tidaklah rapat sangat. malahan lirik lagu itu langsung tidak ada kena-mengena antara aku dengan dia.
masa bila pulak dia menghubungi aku semasa di menara gading? benarkah aku sudah berubah & menjadi angkuh? apakah pengorbanannya yg sudah dilakukannya terhadapku?
mungkin lirik lagu itu, mengikut tafsirannya, menepati apa yg dirasainya.
tapi aku tak rasa apa-apa pun, sungguh!
aku cuba mencari & menghubunginya. malah bertanyakan pada kawan sekolah lamaku tentangnya. namun, tak seorang pun tahu di mana gerangan dia ketika itu.
hingga hari ini, jika aku terdengar lagu itu berkemundang di radio, fikiranku akan kembali melontarkan beribu persoalan yg tidak mungkin ada jawapannya.

0 refleksi: