Kucing tak bertuan

Apr 21, 2010

ramai yg suka bela kucing sebagai haiwan peliharaan. ada yg menjaganya dengan baik. diberi makan secukupnya, dibersihkan, dibelai & dimanjakan.

ada yg bela kucing sekadar untuk suka-suka. tetapi tidak menjaganya dengan baik. maksudnya tidak diberi makan, minum & tempat tidur yg sesuai.

ada yg suka bela kucing semasa ia masih kecil & comel. bila besar sikit, dah nakal, dah pandai cari pasangan - kucing itu tidak lagi disukai. malah dianggap merimaskan. lalu dibuang atau dibiarkan.

kucing belaan biasanya, manja & jinak. ia tak pandai cari makan sendiri. makan minumnya perlu disediakan. berbanding kucing 'liar' yg pandai mencari makan sendiri untuk hidup.

sebab itulah, banyak didapati kucing terbiar yg hanya tahu mencari makan di kawasan kediaman manusia atau tempat awam atau kedai makan. kerana di situ mereka boleh dapat makanan atau diberi makan secara ihsan. sebab nak berusaha sendiri untuk makan, kucing ini tak pandai sebab ia tidak terlatih mendapatkan makanan sendiri.

========

di kawasan kejiranan aku, ada jiran yg bela kucing. tapi kucing mereka tidak disediakan tempat khas di rumah mereka seperti dalam sangkar. sebaliknya dibiar bebas lepas. kadang-kadang 'melepak' & mengotori rumah jiran tetangga. ada juga kucing yg mencari makan di rumah jiran kerana tidak diberi makan yg cukup.

aku katakan demikian, pintu belakang rumah aku terbuka (terutamanya ketika wifey memasak) akan muncullah kucing-kucing jiran ini datang mengiau, merengek, meminta simpati. mungkin mereka terbau makanan yg sedang dimasak.

memang dah jadi tabiat aku suka bagi makan kucing yg datang. bukan apa, kesian & sayang pada kucing comel yg merayu-rayu meminta makanan kerana lapar. setiap kali lepas makan malam aku akan letakkan sedikit makanan di sudut belakang rumahku. setiap hari 2 ekor kucing yg sama akan datang memakannya. kucing yg dulunya kurus, kusut & kelihatan terbiar kini dah gemuk, sihat & semakin comel. saban malam pada waktu sama, ia akan datang, seolah-olah aku ini tuannya.

sejak dua minggu kebelakangan, aku tidak lagi menerima 'kunjungan' 2 ekor kucing itu. makanan yg aku letakkan di tempat kebiasaan, tidak dijamah. timbul tanda tanya, ke mana hilangnya kucing tersebut.

ahad lepas, si kecik erin, yg juga sukakan kucing memberikan aku jawapan kehilangan kucing itu. dia ternampak dua ekor kucing itu dalam sangkar di rumah jiran aku, sewaktu bermain basikal. patutlah tidak berkeliaran lagi kerana sudah dikurung. mungkinkah kerana tuannya kembali berasa sayang kerana kucing-kucing itu sudah sihat, gemuk, gebu & makin comel? apa pun itu haknya sebagai tuan punya kucing...

0 refleksi: