Orang lain buat, aku pun buat juga

Apr 2, 2010

perkara asas di tempat kerja ialah bekerja ikut waktu pejabat yg ditetapkan. maknanya datang sebelum waktu pejabat bermula & pulang hanya selepas waktu pejabat berakhir. itu jugak bermaksud, jika waktu bekerja 8:30 pagi, kita sudah berada di tempat duduk, di kaunter atau sudah memulakan kerja. bukannya masih berada di kantin untuk sarapan, atau melayari internet, atau mengemas kini blog atau hantar komen facebook. jika waktu makan tengah hari atau rehat ialah 1 jam antara 1:00-2:00 ikutlah, bukankah itu peraturan asas. janganlah gunakan waktu rehat & makan untuk beli belah, lepas tu masuk ofis 'terlajak' pukul 3:00 pm. kan ada hari minggu?

kalau memandu di jalan raya, perkara asasnya termasuklah mematuhi had laju, memandu ikut lorong, tidak melanggar lampu isyarat. kalau jalan sesak, tidak bererti kita boleh memandu ikut lorong kecemasan, menukar lorong sesuka hati, memotong barisan. kalaupun ada orang lain yg berbuat demikian, adakah kita juga perlu ikut perkara yg salah?

itu belum lagi masuk bab masuk tandas awam. selepas guna tandas, tariklah flush atau tekan pam. kalau letak kereta, letak di petak yg ditetapkan. kalau berbaris di kaunter pembayaran atau perkhidmatan, ikutlah giliran bukan potong barisan, bila waktu balik pastikan semua suis peralatan elektrik dimatikan...

banyak lagi lah perkara asas yng sepatutnya sudah menjadi rutin. tetapi masih jugak diambil lewa. atau sikap, ikut-ikutan...

0 refleksi: