Sekolah ganti

Apr 27, 2010

aku tak tahu sejauh mana relevan & signifikannya sekolah ganti atau cuti ganti untuk budak sekolah.
sabtu lepas, anak-anak aku 'dikerah' supaya ke sekolah. bersekolah untuk melayakkan sekolah mereka mendapat cuti ganti. cuti ganti yg akan digunakan untuk tambahan cuti hari raya aidilfitri!
ya! hari raya yg akan disambut pada september nanti...!
apa perlunya? kenapa seawal bulan april?
ghairah sekali sekolah & cikgu mereka nak menyambut cuti & meraikan hari raya...
begitu proaktif & berpandangan jauh pengurusan sekolah itu...

tidak, aku bukan memuji. tetapi menulis secara sarkastik!

nampaknya mereka lebih teruja untuk merancang cuti daripada merancang aktiviti yg lebih bermakna.
kalau sekolah bercuti lama atau awal sekalipun, tidakkah mereka terfikir yg ibu bapa tidak semestinya bercuti? sebaliknya yg sudah pasti tidak bekerja & bercuti pada waktu itu ialah cikgu sekolah itu yg sudah 'menjalani' tempoh kerja untuk mendapatkan status cuti ganti.
aku tak tahu berapa hari lagi mereka perlu bersekolah pada hari sabtu untuk mencukupkan bilangan cuti ganti tersebut.
sebab bila aku tengok kalendar, hari raya akan jatuh pada khamis & jumaat. disambung sabtu & ahad sepatutnya sudah ada 4 hari cuti. berapa hari cuti lagi yg cukup gamaknya untuk cikgu sekolah berkenaan?

pelajar sekolah itu, termasuk anak-anakku awal-awal lagi sudah diberi 'amaran' bahawa sekolah pada hari sabtu (utk mendapatkan cuti ganti itu) adalah wajib! sesiapa yg ponteng, akan diambil tindakan.
tidakkah hari biasa persekolahan juga wajib & yg ponteng perlu diambil tindakan jugak?

++++++++

bila anak-anakku menyampaikan perkara tersebut & kubaca surat pekeliling sekolah, aku cuma mengatakan "kalau rajin pergi sekolah, kalau malas bangun, tak payah pergi...". maksudku tidak menggalakkan atau melarang.

pada malam sebelumnya, ketiga-tiga anakku memang bercadang nak ke sekolah. duit belanja poket pun sudah kuberi. buku pun sudah disusun ikut jadual ke dalam beg. baju sekolah pun sudah siap digosok. selain baju sekolah mereka juga dipesan supaya memakai baju sukan, aku tak faham apa maksud arahan itu.

akhirnya...pada hari sabtu itu, hanya eril yg ke sekolah. erol & erin mengubah fikiran tak nak pergi. malas nak bangun pagi, sebenarnya...

++++++++

eril pulang dari sekolah kira-kira jam 12:45 dengan memakai pakaian sukan. pakaian sekolah tidak dipakai pun. tidak ada pembelajaran subjek yg diajar. malah mereka tidak masuk ke kelas pun!
sebaliknya waktu persekolahan itu diisi dengan acara senamrobik, nyanyian patriotik, & 'persembahan' pelajar.

mungkin itulah makna sebenar sekolah ganti...

0 refleksi: