Pesan lain, dapat lain

Apr 6, 2010

kalau kita pesan burger ayam, mestinya kita harap akan dapat burger ayam & makan burger ayam. bukan burger daging atau burger ikan...
kalau kita pesan tomyam campur, maknanya kita nak makan tomyam campur, bukan tomyam ayam, bukan tomyam sayur bukan jugak tomyam daging...
kalau kita pesan, teh o ais limau, maksudnya kita nak minum teh o ais limau, bukan minuman lain termasuk teh o ais tanpa limau atau lain sedikit seperti teh ais.
biasanya waiter (peramu saji) akan mencatatkan pesanan. sambil mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.
tapi ada ketikanya, kita masih tak dapat apa yg kita pesan.
pelik bukan.
tapi kita ni orang baik. jarang sekali kita membantah, walaupun tak dapat apa yg kita pesan.
tak pernah kita meninggalkan meja & berlalu pergi tanpa memakannya, walaupun pesanan yg dihantar tidak betul.
kita jugak tak memanggil pekerja atau tuan punya kedai makan untuk komplen, atau memarahi atau menegur akan kesilapan mereka.
habis kuat kita akan kata "tobat dah, aku tak makan lagi kat sini...!"
ataupun sekadar merungut tak puas hati. tapi kita masih makan atau minum & kemudian membayarnya juga.
semalam kami keluar makan di sebuah kedai tomyam. sudah beberapa kali ke sana. takda masalah pun. masakannya pun boleh tahan & harganya berpatutan.
tapi entah kenapa kali ni (mungkin kelemahan waiternya) hidangan yg dihantar tidak seperti yg dipesan.
kami pesan ikan bawal dimasak cara sweet & sour. tapi yg diterima ikan bawal steam. kalau ikan sungai memang sesuailah dimasak steam, tapi kalau ikan laut seperti bawal dimasak steam, memang tak kena langsung!
si pelayan hanya terkebil-kebil, diam seribu bahasa & tanpa memohon maaf berlalu pergi apabila kami menegur kesilapannya.
kami boleh saja suruh dimasak semula pesanan yg kami minta pada awalnya, tetapi memandangkan anak-anak sudah makan hidangan makanan yg lain (termasuk tomyam, daging masak merah, telur dadar, goreng ikan masin), kami terima sajalah masakan ikan bawal masak steam tu.
kalau disuruh masak semula pun, tentunya kami perlu menunggu lebih lama. perut pun dah lapar. sudahnya, makan sajalah apa yg ada, walaupun ikan bawal masak steam tu memang tak kena & tak sedap pun!

3 refleksi:

tdevaraj said...

Aku selalu berasa pelik, mengapa pelayan-pelayaran restoran selalu hantar pesanan yang salah. Kalau minta milo, hantar nescafe. Kita cakap barli kurang manis, dia tanya barli manis.

Aku rasa pelayaran restoran perlu menjalani ujian pendengaran

tg shaaban said...

yela masalah yg serupa. kedai mamak pun sama
yg jarang silap, kedai makanan segera sebab diorang ada set.
tapi sesekali, ada silap gak!~
kalau mintak maaf ok lagi, ini tidak, ada yg kata kita yg pesan macam tu...

rahimin said...

itu la pasal.
sepatutnya kita kena mintak diorang repeat order.
kalau salah gak, tak taula