credit cards, anyone?

Oct 30, 2009

dlm bajet 2010, kerajaan mengumumkan spy pemilik kad kredit dikenakan caj tahunan rm50. ini sbg langkah utk mengurangkan penggunaan kad kredit yg melampaui kemampuan (ada yg muflis krnnya) kewangan mrk.
ada pro & kontranya. pertama, ada sesetengah pemberi kad kredit menawarkan tanpa yuran tahunan. jadi kalau dikenakan caj rm50 tentunya tdk wajar bg mrk yg dpt kelebihan itu. memanglah tujuannya baik, ttp perlu diteliti lebih terperinci. mungkin kalau nak kenakan caj pun kenalah pd yg baru nak mohon kad kredit. yg dh ada kad kredit & dah guna kad beberapa lama tak perlulah dikenakan sebarang caj pulak.
tgh hari td, aku pergi keluar mkn dgn seorg rakan sepejbt. slps tu singgah kejap di sebuah bank. semasa berurusan di mesin deposit, rakanku ditawarkan spy memohon kad kredit. "tak naklah, nanti kena caj rm50" antara alasan yg diberi olh rakanku itu. ttp org yg menawarkan itu (dipercayai ejen kad kredit) terus mengekorinya. ttp akhirnya mengalah slps tdk dilayan olh rakan ku itu.
"kenapa dia offer you, ttp tak offer i?" usik aku pd raakanku itu. lalu kami ketawa.
kemudian kami menuju ke sebuah hyprmarket. aku nk beli beberapa brg keperluan. semasa menyusuri ruang jalan ke arah hypermarket itu kami melalui sekumpulan beberapa org lagi (dipercayai ejen) yg menawarkan spy kmi memohon kad kredit. ada yg turut memancing utk memberikan hadiah saguhati & ada pula yg kononnya nk buat soal selidik atau survei. macam2 gelagat & macam2 taktik digunakan.
anehnya mrk hanya menawarkannya kpd rakanku itu, ttp tdk kpdku. mungkin krn rakanku itu mudah mesra. manakala aku buat muka serius & berpura-pura sibuk dgn telefon atau pura2 baca katalog atau akhbar. aku pun ada kaedah mengelak & taktik melepaskan diri dpd mrk (ejen kad kredit) itu. ingat mrk saja pandai memerangkap ke?

terperangkap dalam kereta

dlm perjalanan pulang dr ofis ptg semlm, terima sms wifey berpesan ambik erin di taska. sbb wifey ada urusan kerja mendesak di KL, lewat pulang.
langit mendung sepanjang pemanduan dr kl-nilai. langit gelap semakin ketara bila memasuki nilai. kebanyakan kenderaan di jalan raya sudah mula memasang lampu. jangkaan aku, hujan lebat akan turun bila2 masa.
setiba di taska, hujan mula turun. sebaik erin masuk ke kereta, hujan menjadi semakin lebat. jarak perjalanan antara taska erin dgn rumah aku tk sampai 2 km. dek krn hujan yg sgt lebat, hinggakan aku terpaksa memasang wiper kereta paling laju. aku memandu perlahan. jarak penglihatan hampir sifar.
hujan lebat disertai jgk dgn halilintar sabung menyabung & bunyi guruh berdentum.
setiba di dpn rumah, hujan terus mencurah-curah. aku tk dpt masuk ke porch krn kereta wifey diletakkan di situ. nyatanya wifey meninggalkan keretanya di rumah & menggunakan kereta kompeni utk urusan di KL.
disbbkan hujan yg sgt lebat, payung pula aku letakkan dlm bonet kereta, aku katakan pd erin, "kita duduk dlm kereta dulu, kejap lagi hujan berenti". kilat terus memecah gelap & guruh berdentum. erin kelihatan takut & memekap telinganya. aku peluk erin, spy dia rasa selamat. kami terperangkap dlm kereta.
hujan terus turun spt tak mahu berhenti. sehingga aku & erin berada dlm kereta tk kurang dpd 20 minit di depan rumah sendiri!
bila hujan reda sedikit, aku ajak erin berlari masuk ke rumah. basah kuyup juga. ttp nampaknya erin kelihatan lebih selesa & 'selamat' bila berada dlm rumah . . .

khabarnya . . .

khabarnya staf sokongan di ofis aku akan ditarik balik satu kemudahan.
kemudahan yg dimaksudkan ialah penggunaan internet.
ini memandangkan 'penyalahgunaan' kemudahan internet yg diberikan.

setiap staf dibekalkan satu komputer dgn kemudahan sambungan internet.tujuannya tk lain spy dpt menjalankan tugas dgn lebih efisien.ttp nampaknya yg dulunya 'buta IT' kini sudah menjadi pakar. malahan lebih bnyk menghabiskan masa melayari internet dpd menumpukan pd kerja harian & tugas hakiki.

ramai yg leka berniaga online, berblog, berfacebook, berchatting, segala mcm games & memuat turun segala mcm playlist & mp3 sbg koleksi halwa telinga mrk.pendeknya mrk menyalahgunakan kemudahan yg diberi utk kenikmatan peribadi.sesekali tu okeylah, tp kalau dh membelakangkan tugas harian . . .itu sudah melampau.

pihak bertanggungjwb sudah lama memantau 'kegiatan' ini & beberapa kali menasihat & memberi amaran secara tdk langsung. ttp nampaknya hal ini semakin menjadi2.
makanya, jln tegas yg diambil ialah menyekat atau menarik balik kemudahan berinternet!
kpd yg terbabit, kalau khabar ini ternyata benar . . .salahkan diri sendiri.
namun kpd staf yg berdedikasi, lurus & tdk menyalahgunakan kemudahan itu, maka malanglah buat mrk.

nisbah prestasi dari kaca mata pesakit

Oct 29, 2009

petugas kaunter
hari pertama aku ke situ. wajahnya tk begitu kelihatan sbb pakai topeng muka. aku katakan pdnya, yg aku nak buat ujian darah. aku tk berapa jelas arahannya spy tekan butang no. giliran & tinggalkan salinan no. dlm kotak. maknanya sebelum buat ujian darah, aku perlu berjumpa doktor terlebih dulu. jadi aku menunggu2 hinggalah no. giliran ku 'dipotong' olh no berikutnya. bila aku komplen barulah dia tergesa2 mendaftarkan aku sbg 'pesakit baru'. hari2 berikutnya, aku dibenarkan terus diambil darah & buat ujian tanpa perlu mengikut no. giliran. tp sepanjang seminggu aku berulang alik ke situ, sekali pun aku tdk melihat dia tersenyum. senyuman bukan sj boleh dilihat dpd mulut/bibir (yg bertopeng) ttp jg dpd mimik muka, mata dll. wp jelas tertera pd poster di dinding "mesra" dan "senyuman". sudahlah tkda kata ucapan "selamat pagi", "boleh saya bantu. . ." pandang muka kita pun tk nak. tunduk sepanjang masa. tk mengapalah, mungkin dia tdk mesra pelanggan, takut aku ngorat dia, atau dia ada penyakit tk boleh senyum. biarkan sajalah . . .
(4:10)
pembantu perubatan (ambik darah)
aku tk tahu, apa jawatan sebenar mrk. nak panggil jururawat, takda gaya jururawat pun. 2 dua org yg ditugaskan mengambil darah utk diuji & dihantar ke makmal. yg seorg tu agak peramah, sentiasa senyum. berhati-hati semasa menyuntik jarum. tak sakit sangat. yg seorang lagi, tak berapa mesra. suntik jarum pun agak kasar & sakit. lima dpd tusukan jarum di lengan kanan & dua lagi di lengan kiri. mujurlah 4 kali aku dicucuk olh yg senyum & peramah itu, manakala 3 kali olh yg seorang lagi. kalau tdk, yg tak sakit pun terasa sakit. kalau tdk sakit di lengan pun mungkin sakit di hati. sudahlah tu, setiap kali aku diarah supaya masuk ke bilik utk diambil sampel darah, aku terpaksa menunggu mrk yg biasanya tdk ada di bilik itu. ada satu hari tu, aku kena tunggu hampir 20 minit. alasannya waktu tu dh jam 10:00 pg waktu rehat. tak boleh tangguh, rehat itu wajib, seminit pun tk boleh lewat utk berehat! pd satu kali tu, lengan aku dicucuk dgn mulutnya masih mengunyah makanan.
(8:10 / 5:10)
pembantu makmal
bila darah aku diambil & diletakkan dlm satu bekas berbentuk sp tabung uji, aku perlu hantar ke kaunter makmal utk diuji. ttp sepanjang 7 kali aku berulang alik ke situ cuma pd terakhir saja ada pembantu makmal di kaunter itu. pd hari2 lainnya, tdk ada org menjaganya. kebiasaannya, aku perlu menunggu 10-20 minit sebelum pembantu makmal muncul. ujian & keputusan ujian darah hanya mengambil masa tk lebih 3 minit. aku tahu hal ini sbb pd satu hari, pembantu perubatan yg mengambil darah aku sdr yg melakukan ujian makmal berikutan pembantu makmal tdk ada di tempatnya.
(3:10)
penolong pegawai perubatan
bnyk menjelaskan keadaan. memberi nasihat. memberi maklumat yg perlu & menjawab setiap persoalan yg aku ajukan. menyedapkan hati yg sedikit bimbang & gelisah. murah hati memberikan cuti sakit tanpa diminta. ttp agak goyah & teragak-gak bila melihat bacaan platelet aku semakin menurun terutama pd ujian darah hari ke-4. dia merujukku pd pegawai perubatan utk mendptkan pendpt kedua.
(7:10)

gerak hati atau kebetulan

entah kenapa aku berasa ada yg tak kena dgn keretaku.
tambahan pula aku tdk memandu kereta ke mana2 sepnjang bercuti sakit sejak seminggu lepas.
memang menjadi rutin aku, kalau kereta tdk dipandu ke mana2 utk tempoh 2-3 hari, aku tetap akan menghidupkan & memanaskan enjinnya.
ttp gerak hatiku, berkata-kata bagai ada sesuatu yg berlaku pd keretaku dlm waktu terdekat. walaupun aku tdk langsung menghadapi masalah menghidupkan enjin kereta.

pd pagi isnin, aku perlu ke klinik utk jalani ujian darah.pagi itu jugalah, spt gerak hati sjk beberapa hari sebelumnya menjadi kenyataan.keretaku tak dpt dihidupkan. kemungkinan besar, masalah bateri yg lemah. ini bukanlah sesuatu yg luar biasa krn aku sudah mengalaminya beberapa kali. tambahan pula bila menggunakan kereta jenis automatik. memang kalau bateri dah 'kong', makanya tak bergeraklah kereta.

kalau aku mintak pertolongan jiran, aku pasti mrk tiada masalah atau tdk keberatan membantu. masalahnya, pd waktu begitu, kebanyakan jiran tdk ada di rumah krn sudah keluar bekerja.
maka terpaksalah aku 'menyusahkan' wifey. yg terpaksa memandu pulang dr ofisnya. aku gunakan kereta wifey utk beli bateri & memasangnya sendiri. tdklah payah sgt. mungkin pengalaman sebelum ini bnyk membantu. itulah kelebihannya pengalaman.

aku tdk terkejut kalau ada pemilik kenderaan yg tdk pernah menukar bateri keretanya sendiri atau menukar tayar kereta mrk yg pancit. walaupun sudah memiliki kenderaan sjk bertahun-tahun. kalau terjadi begini, apa agaknya tindakan mereka? pastinya mrk hilang punca, mungkin ada yg beranggapan kereta mrk rosak & memerlukan bantuan mekanik atau bengkel kereta. walhal hanya bateri sj yg perlu digantikan

cuma aku terfikir apakah memang benar gerak hati atau sekadar kebetulan shj, tentang apa yg berlaku pd keretaku?

moga selamat pergi dan kembali

abg kpd wifey akan berangkat menunaikan haji bersama2 isterinya.
utk berjumpanya sebelum berangkat, kami perlu ke kompleks tabung haji di kelana jaya.
jadual penerbangannya pd tgh mlm tadi. ttp proses pendaftaran & sbgnya bermula pd 9:45 mlm sebelum berangkat ke airport dgn bas.
jadi slps maghrib kami memulakan perjalanan dr nilai ke kelana jaya.
kami singgah mkn mlm terlebih dahulu di sebuah kafe di putra nilai.
aku tahu jln yg lebih pintas ke kelana jaya ttp tentunya melalui jln bertol.
aku ambik keputusan menyusuri lebuh raya persekutuan sj. harap2 tk sesak.
alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan. tkda kesesakan. sampai di sana kira2 jam 9:10.
kebetulan masalah parking tdk timbul krn pd waktu sama sekumpulan besar jemaah haji baru sj bertolak ke airport. serentak itu kaum keluarga mrk sudah bertolak pulang. jadinya, bnyk ruang kosong utk parking.
di situ kami berjumpa, bersalam-salaman & berpesan2. ada di sana ramai saudara-mara & sahabat handai abg ipar ku. jemaah dipanggil masuk utk urusan penerbangan kira2 jam 9:50mlm.
selamat jalan kpd jemaah haji yg berangkat ke tanah suci, semoga memperoleh haji yg mabrur . .

adakah aku masih belum pulih?

Oct 28, 2009

1.
aku parking kereta di giant utk keluarkan duit dpd mesin atm. slps keluarkan duit, aku tercari2 di mana aku letakkan keretaku. aku berdiri sejenak di tgh panas. cuba mengingat kembali di mana aku dah letakkan kereta tadi. nyatanya, aku tak dpt mengingat. langkah seterusnya, aku tekan remote kereta. bila berbunyi, aku pun menuju ke arah kereta. tak jauh dpd pintu masuk utama ke giant.
2.
seorg stafku masuk ke bilik. dia menjelaskan pdku beberapa perkara berkaitan buku. pd ketika tu, aku hendak ke tandas. aku tinggalkan dia termanggu-manggu. tanpa berkata apa2. kemudian bila kembali dpd tandas, aku memanggilnya dan bertanyakan apa yg cuba diterangkan pdku sebelum itu. stafku itu, terpinga-pinga sekali lagi.
3.
seorg rakan sekerja bertanyakan berkaitan manual & kabel mesin cetak laser yg aku ambil kotaknya. aku rasa aku ada menyimpannya. ttp aku tak dpt mengingat di mana. aku mintak sedikit masa utk memikirkannya. yg aku ingat, memang aku pernah menyimpannya dlm sebuah kabinet. ttp di mana? ketika aku menyelongkar kabinet seorg stafku, aku teringat yg aku menyimpan manual & kabel itu pd kabinet dlm bilik mesyuarat. aku pun menyelongkar kabinet di situ. ya, memang manual & kabel yg dimaksudkan, ada tersimpan di situ.
4.
rakan sekerja dpd bhg kewangan bertanyakan fail bengkel yg pernah kami anjurkan. aku cuba mencari fail itu di longgokan fail pentadbiran dlm bilik aku. tak jumpa. aku ingat2 lupa sama ada aku ada menyimpan fail tersebut. kemudian aku ke bilik mesyuarat utk mencari fail itu. anehnya di situ aku tercengang2 tak tahu apa sebenarnya yg aku cari sehinggalah ditegur olh rakan sepejabat. baru aku teringat, tujuanku ke situ utk dptkan fail bengkel. aku cuba cari, tak jumpa. kemudian, aku ke bilik rakan editor bertanyakan fail berkenaan. dia pun cari fail itu. ya, fail itu sebenarnya dlm simpanannya. bukan aku.

I am back

selesai ujian darah pagi ini. aku berasa lega. bacaan parameter menunjukkan 280. maknanya aku sudah bebas dpd demam denggi.
doktor menwarkan aku cuti rehat hari ini. tp aku ucapkan terima kasih shj. aku sudah bersedia utk masuk bekerja hari ini.
sesampai di ofis. tdk ada seorg pekerja pun di pejabat. aku kemudiannya maklum, semua staf sdg menghadiri mesyuarat bulanan. waktu sudah menunjukkan jam 12:00. maknanya mrk sudah bermesyuarat tdk kurang dpd 2 1/2 jam. aku sms rakan sekerja. katanya jgn masuk ofis dulu, mesyuarat dijangka selesai dlm masa 15 minit lg. aku ambik masa tu utk berbual dgn seorg rakan di luar pjbt.
hampir jam 12:30 mesyuarat tamat. aku bertembung dgn beberapa rakan sepejbt di luar pintu masuk ofis. mrk bertanyakan khabarku. slps aku rekodkan kedtgn, aku terus ke bilik mesyuarat. masih ada boss & beberapa staf. tujuanku cuma nk mengisi perut yg lapar. aku tdk bersrapan pun pagi ini. mrk bertanyakan hal kesihatanku. tdk ada apa2 komen dpd boss berkaitan kerja mahupun tentang mesyuarat tadi.
aku terus mengisi perut yg lapar.
aku sudah bersedia utk kembali bekerja. di atas mejaku, berlambak segala mcm kerja yg tertangguh & mendatang.
spt biasa, aku akan kembali sibuk!

bila anak di tadika dipaksa bersaing

2 minggu lps, erin menyerahkan buku mesejnya pdku.
begitulah caranya cikgu2 di sekolah erin menyampaikan berita atau berkomunikasi dgn ibu bapa. selain dpd surat atau telefon.
dlm mesej kali ini turut dimaklum bhw para pelajar sdg giat berlatih utk membuat persembahan pd hari konvokesyen nanti. pd 21 nov. sblm ni tdk pernah plk diadakan perbincangan atau pemberitahuan tarikh konvo tsbt. malah tarikh itu dinyatakan hanya sbg tarikh tentatif, atau blm muktamad.
jadi dlm membalas mesej tsbt, aku menyatakan tarikh tsbt agak lewat. krn tarikh tsbt jgk sudah menjangkau cuti sekolah. kebanyakan ibu bapa sudah ada perancangan sdr. lagipun kebiasaannya hari penutup/penyampaian hadiah/konvo diadakan tdklah pd betul2 penghujung musim persekolahan. lebih tepat lg, diadakan lebih awal. seminggu terakhir biasanya pembelajaran sudah tamat. kalau adapun sekadar ulang kaji. jarang sekali ianya diadakan betul2 pd hari terakhir sekolah.
ttp balasan dpd cikgu erin agak mengecewakan. katanya tarikh yg dipilih adalah muktamad. perancangan rapi spt penaja, lokasi dsb sudah dibuat awal. tdk boleh diubah lg.
soalnya perancangan itu dibuat olh pihak sekolah tanpa mengambil kira peranan ibu bapa, keperluan ibu bapa. malah sudah pun menjangkau cuti sekolah. apa salahnya dibuat awal seminggu.
khabar yg didengar ialah persaingan antara cawangan tlh mendorong para guru mempersiapkan pelajarnya dgn latihan persembahan yg intensif utk bersaing & menang. itulah sebenarnya di sebalik pemilihan tarikh yg sengaja dilewatkan utk memastikan masa latihan tdk terlalu suntuk bila tiba hari persembahan nanti.diperuntukkan 2 jam sehari utk mengadakan latihan spt manari, berlakon dsb. dgn matlamat utamanya utk menang. utk dpt nama. soal perancangan ibu bapa, tolak tepi. walaupun sekolah sudah pun bercuti termasuk sek. menengah.
aku jgk ada perancangan. krn pd tarikh sama, majlis perkahwinan anak buahku akan berlangsung. maklum saja cuti sekolah sudah bermula. dlm masa sama aku merancang utk mengadakan kenduri sempena majlis berkhatan eril & erol. sudah pasti, yg menjadi mangsanya. . . erin. yg penat2 berlatih ttp perancangan cikgunya bertembung dgn perancangan kami!

apex tu apa benda?

Oct 27, 2009


"lu punya u dh merosot la. mcm liverpool" kata usop cinnapa.
"apa kena mengena liverpool plak?" templak gua.
"ya la, hidup dgn kisah silam. walhal dunia dh berubah. dh ketinggalan zaman..."
"usm dh potong um. usm dh jadi universiti apex. um masih di takuk lama. pi mai tang tu jgk" usop cinnapa terus mengutuk.
tapi tu cerita dulu. cerita 2 thn dulu.
hari ini, usm masih univ. apex. tp cuma pd nama. semua org kata, kementerian silap pilih. itu satu kesilapan. tp usm tk peduli. kementerian pun tak peduli.
um kini di bwh datuk ghauth. bukan lg datuk rafiah.
sjk setahun lebih, datuk ghauth dh bwk um naik ranking top 200 varsities of the world.
mana letaknya ranking usm sbg univ. apex.
u.m memalukan univ. apex.
apa dah jadi? masih tk mengaku silap?
apa komen usop cinnapa? univ. apex ape benda?

daripada 131 kepada 250

aku ke pusat kesihatan, buat kesekian kalinya.
tujuannya spt sejak seminggu lps utk buat ujian darah.
kepala ku masih pening2 lalat. badan aku belum 100 persen spt sedia kala.
tp pening kepala & demamku sudah hampir pulih.
buat pertama kalinya aku pergi sendiri. pandu kereta sendiri.
kali ini, alhamdulillah bacaan parameter menunjukkan peningkatan diharapkan. sudah meningkat ke paras 250 berbanding 131 bacaan terakhir jumaat lepas.
aku cuma perlu utk ujian darah terakhir esok. kalau bacaan menunjukkan terus ada peningkatan, maknanya aku dh bebas dpd demam denggi ataupun mungkin infeksi virus.
aku berasa amat lega.
aku harap esok, bacaan dpd ujian darah terus positif.
aku dah tk larat ulang alik ke pusat kesihatan ni. ambik ujian darah. dah lebam biru lengan aku kena cucuk dek jarum.
harap2 esok, menjadi hari terakhir aku berkunjung ke situ.
apa pun terima kasih aku ucapkan kpd staf di sana yg membantu memulihkan & memberi khidmat mereka. wp tklah semuanya menyenangkan hati . . .
kalau tkda aral, slps ujian darah esok, aku akan mula masuk ofis.
ya, aku akn mula bekerja esok!

lebih baik berenti saja . . .

Oct 26, 2009

mungkin dh tiba masanya nik aziz berenti jadi m.b.
cukup2la asyik berceramah aje. jadilah pemimpin rakyat, bukan pemimpin pas sj.
dah tiba jgk masanya presiden cuepecs berenti saja.
2 thn jadi presiden, 2 thn itu jgk kakitangan awam kempunan bonus.
insentif 500 tu, tk bnyk mana pun. kos petrol bulanan aku dr nilai - kl pun tk lepas.
lagi sorang yg patut berenti, ialah boss aku.
aku dpt tahu yg dia skrg sdg menuntut 10 judul terbitan yg kami di editorial janjikan.
setahu aku, masih dlm sasaran. di tgn aku sj, sekurang2nya 6 judul boleh terbit. aku harap yg selebihnya rkn editor ku boleh deliver.
jadi, tkda sbb dia nk merungut pasal editorial.
mcm mana bhg marketing yg tak pernah capai sasaran bulanannya kecuali pd april, itupun sbb ada pesta buku.
mcm mana bhg pengeluaran yg mesin aje canggih, tp tk jalan pun. tunggu job dtg bergolek. . .
kalau semuanyanya gagal, maknanya boss lah yg gagal.
kalau boss gagal, berenti sajalah.
gaji bulanannya saja boleh dibuat utk bayaran 10 org staf.
apa perancangannya? apa fungsinya? apa sumbangannya?
sifar. mengabihkan bogheh!
sama mcm nik aziz, yg asyik nampak salah org, tp tk nampak salah sendiri.
sama mcm presiden cuepecs, ckp nak bela nasib ahli, tp bonus pun melepas . . .

izinkan aku berehat sejenak

ada perlwnn besar antara MU vs liverpool mlm td. anehnya, aku tk peduli pun.
meski bertubi dtgnya sms dpd penyokong the reds. bagai dh jadik juara lagaknya . . .
ada bnyk panggilan masuk hari ini, satu pun tk ku jawab.
kotak fikirku sebenarnya dah penuh. atau mungkin itu tanggapan ku shj.
itulah yg berlaku. aku tk dpt berfikir dgn tenang.
daya fikirku tdk tajam, malah berkecamuk.
nk tonton tv pun aku tk dpt berikan tumpuan.
aku lebih senang, duduk berehat, memandang siling yg kosong.
tanpa tv. tanpa akhbar. tanpa internet. tanpa radio. tanpa sesiapa di sisi.
berhenti dpd berfikir. bukan aku tk mahu, tp aku tak mampu.
setiap kali aku cuba berfikir, aku jadi tdk tenang. fikiranku berserabut. aku jadi gelisah.
apa agaknya ini semua ada kena mengena dgn demam yg ku alami?
ya, kemungkinan besar.
kalau ada kawan2 yg cuba menghubungiku sejak seminggu ini, maafkan aku jika membuatkan kalian tertanya-tanya, menunggu jawapan.
mungkin aku belum pulih. kalau pulih pun, belum pulih sepenuhnya.

100 plus

Oct 25, 2009

"minum 100 plus banyak-banyak". pesan seorg kwn melalui smsnya. itu merupakan pesanan yg entah keberapa kali spy aku minum 100plus. malah doktor yg merawat pun turut berpesan spy aku minum 100 plus.

sebenarnya, dh berbotol-botol air 100plus dah aku teguk. naik kembung dah perut aku ni dgn 100 plus. tk mengapalah, kalau itu dpt menyembuhkan demam denggi yg aku alami. biar berapa bnyk botol sekalipun, tetap aku togok. jika itulah penawar yg harus aku jdkan galang ganti bagi harga sebuah tubuh yg sihat . . .

mungkin slps sembuh nanti, aku tk lagi kepingin nk minum 100 plus. dh naik muak rasanya. namun apa boleh buat. demam denggi tak ada ubat. selain minum seberapa bnyk air termasuk 100 plus . . .

apa pun aku bersyukur, aku sudah semakin sembuh. hari ni, demam ku beransur baik. walaupun tubuh masih terasa longlai. hanya berbaring aje. selera makan pun masih belum begitu pulih. aku perlu bnyk berehat & berharap pulih secepat mungkin.

denggi atau viral infection

Oct 24, 2009

pagi semalam aku ke klinik kesihatan sekali lagi. utk memenuhi temu janji dgn doktor.
tk ramai org pun. tk lama proses ambik & uji darahku.
walaupun aku berasa sedikit segar hari ni, dan keyakinan bhw bacaan parameter kali ni menjadi positif adalah harapanku.

namun jangkaanku ternyata meleset. bacaan parameter menunjukkan bacaannya terus merosot kpd 130 berbanding 135 pd hari khamis. semakin mendekat ke angka 100. angka serius. aku menjangkakan, doktor akhirnya, akan mengambil keputusan merujukku ke hospital. utk dipantau lebih rapi. sbb aku sendiri dah tk tahu, apa lagi usaha yg boleh ku perbuat. selain minum lebih bnyk air . . .

sebaliknya doktor merujukku kpd seorg lagi pakar perubatan lebih senior. dpd perbincangan mrk, menyimpulkan ada kemungkinan demam denggiku bukanlah demam denggi sebenarnya! ada kemungkinan ianya merupakan viral infection atau infeksi virus. ini krn adanya simptom gatal2 pd seluruh badanku yg berwarna kemerah-merahan sjk 3-4 hari lalu. lagipun demamku tdk berterusan sebaliknya berulang-ulang dgn suhu menaik dan menurun antara 37-39C. tdklah panas spt mana suhu demam denggi sebenar! malah demam disbbkan virus biasanya berpanjangan spt yg aku alami ini sjk seminggu lepas. ttp demam viral bisanya tdk dpt dikesan virusnya. jd sukar utk membezakan demam disbbkan infeksi virus dgn demam denggi tdk dpt dibezakan.

olh sbb bacaan suhu badan menunjukkan yg aku tdk lagi mengalami demam, doktor menasihatkan aku spy berehat sj di sumah. kecuali jika ada tanda2 demam kembali serius atau tanda2 lain spt sesak nafas, mulut berdarah, pitam dsb dia meminta spy aku terus merujuk ke hospital memandangkan pusat kesihatan itu cuti sehingga selasa.

maknanya hanya pd hari selasa, aku diminta dtg semula utk temu janji seterusnya. dlm tempoh 3 hari mendatg sgt crucial agar aku tdk demam semula. jika tdk maka ke hospitallah jwbnya.
jadi aku terpaksa bertahan utk tempoh 3 hari itu. aku mesti bertahan. semoga segalanya berjln lancar . . .

dalam dunia yang terasing

Oct 23, 2009

sejak 5 hari kebelakangan ini aku bertarung utk memulihkan kesihatanku.
pd kebanyakan masa aku lebih bnyk rehat & tidur sahaja
aku jgk jarang menonton tv atau baca akhbar. bukan tk mahu ttp keadaan fizikal tdk mengizinkan.
badanku cepat penat. mataku letih & berasa silau akan cahaya terang.
aku jugak agak resah memikirkan pasal hal kerja yg tertangguh di ofis. pastinya melambak. ada bnyk perkara yg sepatutnya aku bereskan minggu ini. bagaimana sasaran 10 judul bulan ini, tercapaikah?
ada yg menasihatkan aku lupakan sementara pasal kerja, ttp sbg 'pekerja' aku tk dpt lari memikirkan hal kerja, lebih2 lagi tdk hadir bekerja buat tempoh yg lama.
aku seolah-olah berada dalam duniaku sendiri. terasing.

keputusan yg mengecewakan

Oct 22, 2009

bangun pagi ini, aku rasa sedikit bersemangat. badanku rasa sedikit segar berbanding semalam.
hari ni aku perlu mengambil ujian darah kali ke-3. kali terakhir, kali penentuan.
sampai di pusat kesihatan jam 9:45. dihantar olh wifey. spt 2 hari sebelumnya, aku diberi keutamaan terus masuk jalani ujian tanpa perlu menunggu giliran.
bila result dikeluarkan. aku berasa agak kecewa. bacaan parameter makin menurun. kalau hari pertama 159, hari ke-2 141 ttp hari ini bacaannya 135. maknanya makin merosot, iaitu menghampiri bacaan 100, tahap serius.
doktor juga berasa sedikit aneh. krn demamku masih tinggi. hari ni 38.2 C sdgkan semalam 37.1 C.
lalu dia buat keputusan spy aku menjalani ujian darah sekali lagi esok. jika masih merosot, tdk ada jln lain, aku perlu dimasukkan ke hospital utk pemantauan lebih rapi.
aku terima saja. walaupun sedikit resah & bimbang.
dlam pd itu aku terus konsisten minum air sebanyak yg boleh . . .selain berdoa ujian esok tdk terus merosot. itu sj yg mampu aku buat . . .

aku mesti terus bertahan

berbanding semalam, kesihatanku agak kurang stabil hari ini. bacaan dpd ujian darah yg dilakukan jugak menunjukkan penurunan. maknanya, negatif. atau semakin kurang baik. jika berterusan bacaannya menurun, kemungkinan aku akan dimasukkan ke hospital utk pemantauan lebih rapi. itu yg aku cuba elakkan.
walaupun dah bergelas air, berbotol 100 plus yg kuminum, nampaknya tdk begitu berkesan. selain makan sup ketam & air rebusan daun betik. aku rasa sedikit tertekan & bimbang.
selera mkn ku juga sgt menurun. sehingga mlm ini aku hanya makan beberapa suap nasi & sekeping roti. demam ku juga masih berterusan.
namun aku tdk boleh berputus asa. teruskan dgn amalan. dokor menasihatkan aku, penentunya ialah ujian darah esok. jika bacaan berterusan turun, aku terima shj. demi kebaikan. namun aku masih berharap itu tdk berlaku. sepanjang mlm ini aku berkali2 terjaga. mungkin kerisauan mengganggu tidurku.
apa pun aku berserah dan berusaha . . .

ikut nasihat dan petua

Oct 21, 2009

aku sedar terpaksa struggle utk memulihkan diri dpd demam denggi. doktor mengatakan aku akan dipantau utk 3 hari. ujian darah akan dilakukan . aku kena pastikan bacaan yg perlu pd parameter yg ditetapkan tdk terus menurun. kata doktor lagi tada ubat khusus utk serangan virus. penting sekali aku perlu minum air. . .banyak air.

pd awalnya aku tdk memaklumkan pd sesiapa berkaitan kesakitan aku, kecuali sedara terdekat & majikan aku. ttp dlm tempoh beberapa jam, mencurah2 masuk sms & panggilan telefon , menyampaikan simpati & kata-kata semangat. aku amat menghargainya.

dlm pd itu pelbagai nasihat yg diberi utk membantu memulihkan keadaan aku. minum 100 plus, minum air rebusan daun betik, sup ketam, sup belut, pendeknya macam=macam petua.
semuanya aku terima, walaupun tk semuanya aku amalkan. cuma aku berasa aku tdk keseorangan berdepan tugas berat ini. ramai yg prihatin dgn kesihatanku, , ,
berkat semangat itu aku akan terus bertahan dan survive

semuanya angkara nyamuk

Oct 20, 2009

demamku masih belum kebah.
slps mkn mlm pd hari isnin, aku pun tekad ke klinik.
nk tahu, apa puncanya demam yg berlarutan begini. tambahan pulak skrg ni bnyk sgt penyakit yg melada negara kita.
slps di periksa oleh doktor & maklum balas pertanyaannya dpdku doktor muda itu menyampaikan berita yg tdk enak utk didengar. "saya rasa encik ada simptom demam denggi. saya advice encik utk buat blood test utk pastikan".
terkejut ada, tergamam pun ada.
aku pulang dgn 1001 mcm perasaan. takut ada, bimbang pun ada.
ya, lah kalau tdk bertindak segera, ianya akan melarat & boleh mengancam nyawa.
mlm itu aku, aku tk dpt tidur memikirkan. kalau disahkan aku terkena denggi, apa yg aku perlu buat? mungkinkah aku akan dimasukkan ke hospital? tentunya ini menyusahkan wifey. aku cuba lontar jauh2 semua perasaan negatif. aku berdoa & berharap, simptom itu tdk tepat. ujian darah akan membuktikannya.
esoknya. aku minta acik hantarkan aku ke pusat kesihatan kerajaan berhampiran. sbb badan aku tersa agak lemah. selepas diperiksa doktor. darahku diambil & diuji.
keputusannya .... positif. aku terkena demam denggi. aku sedikit panik. resah. takut. ttp doktor memberikan nasihat2 yg aku dengar dgn baik & perlu ikuti dlm 2-3 hari ini.
aku perlu ke situ utk 3 hari berturut2 utk menjalani ujian darah & berada di bwh pengawasan. jika keadaan semakin bruruk, kemungkinan besar aku akan dimasukkan ke hospital. jika sebaliknya, aku akan hanya berada di bwh pemantauan . . .
tawakal saja . . .

mangsa yang tak kisah

Oct 19, 2009

bilik ofisnya digeledah.
kabinet & lacinya dipecahkan.
duit pejbt dlm simpanannya dipercayai hilang. kamera peribadinya juga didapati hilang.
disbbkan no. telefonnya berubah2, sukar utk menghubunginya. hinggalh dgn kerjasama seorg rakannya dia dpt dihubungi utk disampaikan berita itu. bila dimintak dtg, katanya ada urusan lain yg lebih mendesak. bila ditanya berapa jumlah tunai yg disimpan, dia enggan menjelaskannya.

aneh sekali. ada jugak mangsa yg tk ambil peduli. iyalah, bukan duit dia, duit ofis. pedulik apa!adakah begitu sikap pemegang amanah. lebih2 lagi yg bertanggungjwb urusan kewangan?

atas inisiatif staf lain, kejadian ini dilaporkan kpd sekuriti. pegawainya dh pun dtg melihat lokasi kejadian. dia mintak kami buat aduan secara rasmi ke pjbt sekuriti. aku dhpun sain surat laporan itu.
bila tiba di pjbt sekuriti utk serah laporan, kami diminta pula menyatakan jumlah tunai yg kehilangan & barangan lain yg hilang. manalah kami tahu, sedangkan yg empunya badan pun tak bagi tau. dia seorg aje yg tahu. jadi, laporan tu tk jadi diserahkan. kena tunggu dia balik dpd bercuti. kalau tdk, laporan itu dikira tdk lengkap.

inilah pertama kali aku ketemu, mangsa yg tak ambil kisah . . .

bila dah terjaga di tengah malam buta . . .

aku tiba2 terjaga jam 2:30 pg. aku cuba melelapkan mata seberapa daya. gagal.
slps beberapa ketika melayan fikiran, mataku menjadi semakin segar.
perut pula berasa lapar, mungkin sjk 2-3 hari ni kurang mkn.
lalu aku ke dapur, tengok2 apa yg boleh dimkn. ada kek buah. bolehlah utk isi perut.
kemudian bukak tv. tentulah pd waktu begini kebanykan program yg disiar adalah ulangan.
cuma yg menarik perhatian ialah channel sukan. kebetulan ada live bola antara ac milan lwn roma. memang jarang aku ikuti serie A. tp tahulah jgk sedikit sebanyak perkembangannya di internet & forum bola. seperkara yg buat aku terpegun ialah barisan pemain ac milan masih mengekalkan hero/bintang lama spt nesta, seedorf, ambrosini, pirlo, dida, inzaghi, zambrotta jgk bintang yg semakin malap, ronaldinho(pakai jersi no. 80). thn ni nampaknya, ac milan agak merudum prestasinya tambahan plk kehilangan kaka. stadium pun tak penuh. bnyk tempat duduk kosong. dlm perlwnn ini seawal minit ke-3, ac milan sudah kebocoran satu gol.
tapi ini gol bersih. tk spt gol yg menybbkan liverpool kalah di tgn sunderland. bola 'rasmi' yg disepak tertampan 'bola pantai ' yg dibaling ke padang olh penyokong liverpool. tentu lebih kontroversi kalau bola itu (yg berwarna merah) berwarna belang merah putih & dilontar olh penyokong sunderland.
argh.. dah pun pukul 3:30pg. aku tk tahu sama ada dpt tidur semula atau tdk. yg pastinya esok aku kena kembali bekerja, slps lebih 10 hari berehat. demam aku pun semakin pulih wp tdk 100 persen. sengal2 badan masih terasa, wp tdk seteruk1-2 hari lps.

kemas kini

ac milan menang 2-1. ronaldinho jaringkan penalti & assist utk gol kemenangan jaringan pato. ranaldinho menidakkan pendpt aku tentangnya . . .

aku pulak hanya tidur jam 4:30 di ruang tamu sambil menekup muka dgn kusyen & bangun jam 6:00 utk bersiap ke ofis.

rumah terbuka, last kopek

Oct 18, 2009

hari ni hari ahad.
29 syawal.
ada dua jemputan rumah terbuka raya.
sebenarnya satu jemputan dtg dpd pusat taska, tempat anak2 ku hantarkan.
manakala satu lagi, jemputan dpd pengusaha bas, yg anak2ku naik utk pergi & balik ke sekolah.
kemungkinan besar aku tk dpt pergi.
gara2 belum cukup sihat. kalau pergipun mungkin aku tk makan apa2.
tapi aku dah suruh wifey & anak2ku pergi.
last kopek, rugi kalau tak pergi . . .

melampaui keupayaan diri

aku ada 3 hari lagi cuti utk dihabiskan.
'projek' yg aku kerjakan cuma perlukan sentuhan terakhir.
hinggalah ptg jumaat lepas aku diserang demam panas. diikuti pening kepala yg amat sgt. manakala seluruh badanku terasa sengal. duduk baring pun tak selesa.
jumaat malamnya aku tdk dpt melelapkan mata hinggalah jam 4 pagi.
nak mkn pun tak lalu.
sebetulnya aku dh pun merasakan simptom sakit badan & pening kepala sjk 2-3 hari sebelumnya.
semuanya gara2 mengangkut & mengangkat pasu2 besar. yg sepatutnya dikerjakan 2-3 org. kerja yg septutnya dibereskan seminggu ttp cuba disiapkan dlm 2-3 hari. tk sedar keupayaan fizikal sudah sampai ke tahap maksimum.
akhirnya tak tertanggung dek badan,
hingga hari ni selera mkn masih belum pulih. demam sudah kurang. ttp kepala masih terasa bingai. sengal2 b adan jgk sudah kurang tetapi masih mengganggu pergerakan.
3 hari terakhir cuti yg sepatutnya dipenuhi dgn keceriaan & kerehatan, ttp akibatnya didisi dgn ubat-ubatan & menanggung bahana. mata aku pun dh cengkung ibarat burung balam akibat kurang tidur.
esok sudah mula kerja. tanggung sajalah. silap sendiri. . .

berada di pejabat pada waktu subuh

Oct 14, 2009

hari ini masuk hari ke-5 cutiku.
semasa cuti pun aku menerima panggilan dpd ofis berkaitan kerja. ada penulis yg menghubungi telefon bimbitku. tak tahulah org lain, yg pasti menjadi amalan aku, tetap menjawabnya. walaupun di luar tugas. malah aku tdk pula menyatakan aku bercuti. kecuali jika ada yg nak berjumpa dlm masa cuti ni, barulah aku jelaskan pd mrk.

pagi tadi, aku singgah di ofis. seawal jam 6:05 pagi. aku bertolak dr rumah jam 5:20pagi. memanglah aku tak clock in secara rasmi. ttp mesin pengimbas di pintu masuk ofis pasti merakamkan catatan masuk itu. ini bukanlah kali pertama, aku buat 'kerja gila' begini. malah sudah beberapa kali. terutama jika aku bercuti panjang. kebiasaannya, aku akan 'pulang' sebelum staf lain mula masuk kerja!

sebenarnya subuh tadi aku terjaga, terdengar alarm wifey seawal 4:45 pagi. sbb dia hendak bangun bersahur utk puasa enam. pd hujung syawal. aku cuba melelapkan mata semula. ttp gagal. lalu tiba-tiba tergerak utk bangun, mandi & bersiap. wifey agak terkejut. sangkanya aku tersalah tengok jam. atau terlupa yg aku sdg bercuti. tp aku jelaskan yg aku "nak ke ofis sekejap". wifey hanya menggelengkan kepala, tdk berkata apa-apa . . .

subuh ini pulak hujan agak lebat ketika melewati kajang. nasib baik jalan raya agak lancar, tk bnyk kenderaan. setiba di ofis, aku menyemak dokumen & surat yg diletakkan atas meja & tray ku. sambil tu aku jgk sempat menyemak e-mel. membalas beberapa e-mel yg perlu balasan segera. dlm masa sama, sempat menaip beberapa surat yg perlu dihantar krn urgent. bukan susah tulis surat, potong & cantum shj!

antara yg ada atas mejaku, surat berserta laporan penilian manuskrip baru, surat berlampir pruf buku, surat mesyuarat, surat panggilan taklimat & kertas kerja perjawatan yg dikitar semula olh boss & seorg pegawai di bhg pentadbiran. aku tk minat nak baca pun, dah tahu kandungannnya. . .
kemudian aku menunaikan solat subuh.
lepas tu, aku tinggalkan manuskrip kerja editing & pruf yg aku siapkan di rumah ( ya, di rumah, masa cuti) & letakkan atas meja pengatur huruf. aku catatkan arahan pd sekeping kertas sbg nota.

kira-kira jam 7:13 pagi, semuanya beres. aku padamkan lampu, pc & kunci pintu ofis. misi selesai!

hanya wifey & pembaca blog ini yg tahu bhw aku berada di ofis hari ini antara jam 6:05pagi - 7:13 pagi. selain tu takda org lain yg tahu. yg pastinya, aku tinggalkan bnyk bukti yg aku berada di sana, subuh tadi . . .

bila abang long jadi chef

ahad lepas aku sekeluarga ke kajang. rumah abng long, utk beraya.
menjadi amalan kami sjk beberapa thn kebelakangan akan mengadakan rumah terbuka utk adik-beradik shj. rumah terbuka ttp kehadirannya tertutup, kalau boleh dikatakan begitu. olh sbb dah lama jugak tk menjejak kaki ke umah abg long, aku terlewat tiba sbb termasuk ke tmn perumahan lain yg kusangkakan lokasi rumah abg long. nasib baik 'gps' manual menggunakan telefon membantu tunjuk arah.

terlanjur kami dh berkumpul, turut diadakan sekali majlis tahlil & baca yasiin bulanan. maknanya, kali ini abang long sbg tuan rumah.

semua adik beradik hadir. kecuali usu yg sibuk berkempen pilihan raya kecil di bagan pinang, dan hari itu jugak merupakan hari pengundian di sana.
manakala atih jugak tk dpt dtg sbb anaknya tdk berapa sihat

selesai bacaan doa, maka acara makan-makan pun dirasmikan. menu utamanya nasi tomato. makanan lain termasuklah bubur kacang durian, bubur puteri mandi, tahu sumbat, buah2han dan kuih muih. menariknya, nasi tomato dimasak sendiri olh abg long. not bad utk cubaan sbg seorg yg baru belajar memasak. buktinya aku & angah menambah sepinggan lagi. yg lain2 pun aku tengok, mkn dgn begitu berselera sekali. kak lang yg merupakan chef no.1 turut memuji masakan abg long. abg long hanya tersengih aje . . .

kalau acik boleh memasak nasi beriyani arab & abg long boleh buat nasik tomato, maka tercabarlah kami adik-beradik yg lain. maksud aku yg lelakilah.

balik dr kajang, kami melalui semenyih bukannya highway PLUS utk pulang ke nilai. tujuannya utk mencuba highway LEKAS. ternyata jlnnya tdk sibuk & lebih selesa. tol pun kurang 20 sen. lain kali kalau ke kajang atau ke rumah abg long, dh tentu aku akan gunakan LEKAS.

sama tapi berbeza

Oct 13, 2009

semalam aku terbaca satu artikel di internet. pasal rooney. yep wayne rooney pemain man utd & england yg terkenal itu. antara kisahnya yg punya persamaan dgnku, sejak di sekolah lagi dia terpilih utk pasukan bola yg lebih tinggi peringkat umurnya. dia mewakili pasukan bwh 12 thn ketika berumur 9 thn, mewakili skuad bola 18 thn ketika berumur 16 thn, mewakili england ketika berumur 17 thn!

aku jgk mewakili sekolah pd peringkat umur yg lebih tinggi dp usiaku. mewakili skuad 12 thn ketika umur 10 thn, mewakili bwh 15 ketika 13 thn & mewakili pasukan 18 thn ketika berumur 16 thn. tp aku tk dpt pun wakili malaysia apatah lagi menyertai man utd . . .he he

mlm tadi aku tengok berita pasal seorang pemain golf dr india yg menang kejohanan golf india open. mengalahkan jagoan profesional dunia. ini merupakan satu sejarah buat dunia golf di india. dia (aku lupa pulak namanya) dulunya hanyalah merupakan seorang kedi. yg ke hulu ke hilir disuruh & diarah pemain golf mengangkut beg & kayu golf. kini menang pertandingan golf yg lumayan.

aku dulu pun masa tunggu result spm, pernah jadi kedi. di sebuah kelab golf di genting highlands. tahulah pasal selok belok golf. pernah jugak cuba2 jadi pemain golf. tapi tak sampai ke mana. apalagi nak menang malaysia open atau US open atau nak bertanding dgn tiger woods. . . he he

pandanglah hidup ini dengan fikiran positif

Oct 12, 2009

kata bijak pandai, kalau kita terlalu dipengaruhi emosi, kita hanya dapat melihat semua perkara yg berlaku di depan kita atau yang kita alami sebagai semuanya negatif. tidak ada satu pun yg punya hikmah. tidak ada satu pun yg berguna utk dijadikan teladan. tidak ada langsung perkara yg positif.

kita hilang kepedulian. kita menjadi seorang yg berprasangka buruk. sedangkan kadangkala apa yang kita lihat itu hanyalah luaran. persepsi semata-mata. bukan realiti sebenar.

bila orang lain cuba melakukan yg positif. kita memandangnya dgn sinis. kita cap dia sebagai malaikat. yang tak punya emosi. yang lurus bendul. yang kaki bodek. yang lembik.
sedangkan org itu, melakukannya dgn jujur. sbb dia berpandangan positif. dia tidak bersikap negatif. dia jugak punya emosi. tetapi tindak tanduknya tdk dipengaruhi emosional.

menulis pasal fikiran positif & emosi, aku teringat satu filem yg kutonton di tv. aku dah lupa tajuknya. kisah insan biasa. keluarga biasa, tdk kaya, tdk miskin, sederhana saja. dia seorang isteri kepda 3 org anak. suaminya bekerja pejabat. dia pula seorang jururawat. baginya, hidup mereka sekeluarga sudah cukup 'sempurna'.

tapi pandangan suaminya berbeza. sbb suaminya, bekerja pd waktu pejabat, di siang hari. manakala si isteri, bekerja syif, di sebelah malam. mrk jarang bertemu di rumah. kurang berkomunikasi. akhirnya pd suatu hari, si suami menceraikannya. alasan si suami, dia rasa hidup mrk, tunggang langgang, ada kalanya mrk tak berjumpa sampai seminggu walaupun duduk serumah. mereka hanya bercakap apa yg perlu sj. akhirnya rumah tangga mereka hancur. porak peranda. kesempurnaan menurut pandangan si isteri, ternyata pd satu sudut shj. sudut pandangannya sendiri sj. sdgkan pandangan suaminya berbeza.

sejak itu, si isteri (ellen)memandang kehidupan ini secara sinis. semua perkara yg berlaku padanya & sekelilingnya dilihat dgn kaca mata negatif. baginya, semua org membencinya, semua lelaki spt bekas suaminya yg lepas tangan, semua org cuba menganiayanya. apabila majikannya menukar syifnya kpd waktu siang, dia menyalah anggap yg dia kini sudah tua & tdk cekap lagi utk bekerja di syif mlm. sdgkan majikannya menukar syif itu krn kasihankan anak2nya yg terbiar, bersendirian mengurus diri utk ke sekolah tanpa bimbingan ibu bapa.

hinggalah satu hari, salah seorang anaknya didapati hilang. ellen menjadi tak keruan. tak tahu apa nak buat. hinggalah dia mendapat bantuan dari ramai org. rakan sekerjanya, jiran tetangganya, rakan sekolah anaknya, guru sekolah anaknya, pihak berkuasa spt polis, sukarelawan, pendek kata semua org. bila anaknya ditemui, terbongkarlah kisah, yg dia hanya merajuk & melarikan diri dr rumah krn meluat dgn sikap ibunya yg memandang serba- serbi kehidupan sbg negatif. barulah ellen tersedar dpd kesilapannya. betapa dia menghargai bantuan dpd semua org yg dipandangnya dgn persepsi negatif dan sinis. walhal mrk itulah yg bersusah payah menolongnya di kala kesusahan.

ellen akhirnya berubah sikap. mula memandang kehidupan dgn fikiran positif.. . .

kalau kena super glue, apa nak buat?

Oct 11, 2009

aku cuba nak merepair pintu depan rumah yg sedikit terkopek.pd pemerhatianku, ianya boleh dibaiki dgn hanya melekatkan gam.ya, gam. bukan sebarang gam. mungkin gam gajah atau super glue.jadi tengah hari tadi aku ke kedai. beli super glue

tiba di rumah aku pun memulakan operasi.selepas bukak sealnya, aku cuba memicit tiub, super glue tu.tak keluar. ku picit dgn lebih kuat lagi. tak mahu keluar jugak.lantas kucucuk muncung tiub super glue. spy lubangnya lebih besar.sekali lagi kupicit. tdk jgk keluar. apasal plak ni. membazir je beli mahal2.

tak putus asa. aku picit lagi, kali ini lebih kuat!tiba-tiba terpancut keluar super glue . . .kena pada jari-jariku.aku panik. jari-jariku melekat. dgn susah payah aku dpt memisahkan jari-jari itu.nasib baik, super glue masih basah. kalau ia cepat kering . . .jari-jariku mungkin melekat!masalahnya sekarang bagaimana nak menanggalkan super glue yg bertepek, melekat pd jari-jari.

langkah pertama yg terfikir di kepala, basuh dgn sabun . . .gagal.

langkah kedua, teringat ada thinner/turpentine yg masih disimpan. gunanya utk hilangkan kesan cat minyak.sedikt je yg tanggal. aku sedikit gelabah. mcm mana kalau kesan gam ni tk mahu tanggal. maklumla super glue.

wifey bagi satu idea bernas. rendam jari-jari dlm air panas & campur sedikit sabun. aku ambik satu besin plastik kecil. masukkan air panas + air sejuk, jadikannya suam. campur sedikit sabun, lepas tu rendam jari-jemari. yg semakin lekit, tak selesa, bergerutu dek super glue. sedikit demi sedikit kesan super glue dpt ditanggalkan. memang tanggal, tapi sikit demi sedikit.

hampir setengah jam, jari-jariku terpaksa direndam dlm air suam. barulah kesemuanya kesan super glue dpt ditanggalkan.

argh . . .lega. lain kali, aku perlu lebih berhati-hati. selain tu, ada jugak hikmahnya. sekarang aku dah tau bagaimana caranya utk menanggalkan kesan super glue . . .

mihun sup kambing

Oct 10, 2009

mlm tadi aku ke rumah jiran. rumah terbuka hari raya masih berlangsung.
sjk aku mula tinggal di sini, jiran yg ini seingat aku tk pernah mengadakan rumah terbuka.
mungkin istimewa, kata hatiku. bila pg tadi dia dtg ke rumah menjemputku bertandang ke rumahnya.
olh sbb aku 'sibuk' mengemas pokok2 hiasan di lmn rumah yg lama terbiar, jadi aku bercadang utk 'makan malam' di rumah jiranku itu.
jadi slps maghrib tadi, aku sekeluarga ke rumahnya. memang berbaloi. n]bnyk sekali makanan yg dihidang. yg paling menarik perhatianku, tak lain mihun sup kambing. bertambah mangkuk aku mkn. diikuti dgn roti jala dgn kuah kari ayam, mihun goreng, nasi himpit dgn rendang, kek, buah-buahan, pelbagai jenis kuih & minuman.
maka kekenyanganlah tidurku mlm ini.

courtyard

Oct 9, 2009

masa beli rumahku dulu, bhg yg menarik perhatianku ialah courtyard.
memang ada dlm pelan rumah asal.
kebanyakan rumah lain di kaw. kejiranan menutup bhg courtyard utk dijadikan sbhgn bhg rumah. ada yg jadikannya bilik solat, bilik tv, bilik studi mcm2 lagi.
tapi aku kekalkan coutyard itu. itulah ciri rumah yg istimewa bgku. bukan semua rumah lain ada courtyard. lebih dpd itu, ada yg sanggup mengubah suai rumah utk memasukkan ruang courtyard.

masa mula2 berpindah ke rumah ini dulu mcm2 yg aku rancangkan utk courtyard. aku bercadang utk letakkan water features. mungkin letakkan akuarium. atau bina kolam ikan kecil. atau air pancut. atau mini akuaria. atau koloni tumbuhan air. atau konsep tropika. mungkin bela ikan koi.

pendeknya, mcm2 yg aku rancangkan. tp akhirnya, disbbkan bajet lari, aku cuma tanam beberapa pokok & pokok jenis gantung. ttp disbbkan tanaman dlm courtyard memerlukan jagaan rapi & berterusan, aku tk dpt berikan komitmen itu. maklumlah, keluar awal pagi & pulang dh dekat maghrib. hujung minggu pula 'sibuk' berehat. makanya tanaman dlm courtyard tdk terjaga. bajet pula berterusan tk cukup. bukan tkda duit, ttp prioriti kewangan ditumpukan utk kegunaan lain.

courtyardku, sering terbiar. malah dah jadi mcm stor bila segala brgn sudah terpakai, dilonggokkan di situ. disbbkan aku bercuti. aku ambik masa ni utk membersihkan courtyard. sepanjang hari ini, aku bersihkannya. semua barangan yg tak septutnya berada dlm coutyard aku keluarkan. sbhgnnya, aku buang terus.

menjelang petang, courtyard sudah aku 'pulihkan'. aku merancang utk, mengembalikan fungsi courtyard ini. aku nak muatkan hiasan tumbuhan air. mungkin kolam mini. mungkin bela ikan. mungkin lengkapkan, air pancut mini. . .

itupun kalau ada bajet . . .

argh . . . seronoknya bercuti!

tak perlu bangun awal.
tak perlu besiap awal utk ke tempat kerja.
tak perlu bersesak-sesak pagi-pagi buta.
tak perlu tengok muka boss di ofis.
tak perlu tengok 'lakonan' rakan sekerja yg sangat sibuk.
tk perlu dengar aduan, komen & rungutan rakan sekerja pasl kerja.
tak perlu pikir pasal kerja...!

aku nak rehatkan badan.
lebih utama rehatkan mindaku.
aku dah penat bekerja.
sekurang2nya utk tempoh seminggu ni, aku berhenti bekerja . . .

siapakah yang ambil peduli?

Oct 8, 2009

ptg semlm sorg rakan sekerja menyerahkan satu kertas yg terkandung maklumat bajet utk satu program yg kami rancangkan pd awal bulan hadapan.
waktu itu jam 4:30 ptg.
semasa perbincangan utk mengadakan program tersebut aku ditugaskan utk menyiapkan pengenalan & objektif program selain menghubungi sebuah institusi utk lawatn kerja. aku dah siapkannya pd isnin sbb aku tahu yg aku akn bercuti seminggu bermula hari ni.
aku dah serahkan bhg pengenalan & objektif. aku jgk dh hubungi institusi utk dilawati itu & disusuli dgn surat rasmi.

berbalik pd sekeping kertas yg dihulur olh rakan sekerja tadi. di atasnya tercatat tulisan tgn boss, siapkan k.k.
bukankah dia tahu aku akan bercuti? bukankah dia yg luluskan cuti aku? bukankah aku cuma ditugaskan utk menyiapkan sebahagian kertas kerja itu shj & yg lainnya akan diuruskan oleh rakan sekerja td? kenapa rakan sekerja itu lps tgn?

anehnya rakan sekerja itu hanya buat mula blank & blur bila aku katakan yg aku akn cuti hari ni. takkanlah aku boleh siapkan kertas kerja dlm masa 1 jam seblum balik. atau dia harap aku buat overtime semata2 nk siapkan kertas kerja itu...no way! yg pastinya kalau aku tk buat maknanya tkkan siaplah. seterusnya akn terbengkalailah program tu . . .seorg lagi rakan sekerja yg juga hadir dlm meeting merancang program itu, ttp langsung tdk diberikan sebarang tugasan. dia ambik sikap tdk tahu saja. aku tk salahkannya . . . sbb ada kes baru-baru ni, cutinya yg aku luluskan semasa pemangkuan tugas, tlh dibatalkan olh boss. lantaran itu dia mengambil sikap buat tak peduli saja.

jadi bolehkah aku jugak buat sikap tka ambil peduli? tidak. itu bukan aku. katakanlah aku ni lurus. tidak. aku buat kerja bukan utk diri aku. aku buat kerja bukan utk dipuji. aku buat kerja bukan sbb diarahkan. aku buat kerja krn tanggungjawab. sekarang, kalau kertas kerja tu takda siapa yg nak buat, siapa yg akan buat? kalau tkda siapa yg buat, maknanya terbengkalai lah jadinya? macam mana? aku kan dah mula cuti esok?

enggan menjadikannya alasan aku ambik keputusan. aku akan siapkannnya. mlm ni di rumah. kalau tdkpun siap keseluruhan dgn sempurna, sekurang-2nya sebhgaiannya dpt dikemas kini utk diserahkan bagi kelulusan pihak pengurusan. aku ambik soft copy dpd rakan sekerja yg menyediakan bhg bajet & seorg lagi yg menyediakan program. aku telefon wifey utk bwk balik lap topnya.

mlm tadi aku siapkan sebahagian kertas kerja. detailnya boleh dikemas kini oleh boss. atau rakan sekerja yg lain. takkanlah itu pun tk boleh jugak. melampaula. kerjanya mudah saja. aku gabungkan apa yg aku dah siapkan, dgn bhg yg sudah disiapkan olh rakan sekerja lain. hasilnya, hampir 85% siap sbg kertas kerja. aku e-melkan pd boss mlm td juga. aku cc kan pd rakan2 sekerja yg lain. itu sebenarnya sbg 'sindiran' pd mrk. kalau tk fhm jugak tak tahulah. aku boleh siapkan kertas kerja seorang diri, di rumah, pd masa cutiku dlm masa tk sampai sejam. segalanya mudah kalau kita berikan komitmen, bukan asyik menyalahkan org lain atau ambil sikap tk peduli sbb ada 'org lain' yg akan buatkan atau selesaikan kerja utk kita.

apa maknanya keputusan mengikut budi bicara?

Oct 7, 2009

semasa memangku jawatan, aku sudah meluluskan cuti seorg rakan sekerja.
pertama, sbb utk hadir pendaftaran perkahwinan adiknya. kedua, cuti deepavali.
sbb dia ada alasan kuat utk bercuti, lagipun cuti adalah hak pekerja. . .aku luluskan tanpa bnyk soal jawab.

sejak boss kembali ke ofis, ada bnyk keputusan yg aku buat & hampir semuanya melalui mesyuarat, telah dipinda oleh boss. aku sedikit terkilan. berasa kecil hati. nasib baiklah sepanjng memangku jawatan tidak ada sebarang keputusan 'besar' yg aku buat. sdgkan yg kecil & remeh-temeh pun ditukar gantinya.

semalam rakan sekerjaku mengadu yg boss telah membatalkan cutinya. cuti tersebut pula adalah pd hari pendaftaran kahwin adiknya. ini disbbkan ada majlis pelancaran buku yg perlu dihadiri. aku pulak pd hari yg sama bercuti. bukan tk mahu tolong. tapi takkan aku nak dtg menjlnkan tugas utk majlis pelancaran yg mungkin mengambil masa 1-2 jam shj. lagipun aku dah lama tk bercuti. hatta hari raya pun cutiku dibekukan. aku mintak kwn sekerja tu utk menjelaskannya pd boss. sekurang2nya kompromi spy dia dpt hadir ke majlis adiknya pd sebelah pagi & ke majlis pelancaran yg diadakan sebelah ptg.

memanglah itu kuasa di tgn boss, sama ada utk membatalkan cuti atau menarik balik kelulusan. tp mcmlah takda staf lain yg boleh menggantikan kami. adakah dlm kompeni kami ni hanya ada 2 org staf saja? lagipun hari tu hari istimewa & bersejarah utk keluarga rakanku itu. bukankah seorg ketua sepatutnya ada budi bicara, berhemah & mendahulukan pekerja?

sekadar simpati mampu kuhulurkan

pagi tadi aku berbual dgn abg s. abg s jgk rakan seofisku. dia singgah sebentar di ofis, bukan utk kerja tapi utk mandi & menukar pakaian, sebelum ke hospital semula. sepanjang mlm tadi dia tk tidur. isterinya sdg sakit tenat di hospital. menderitai kanser. abg s menceritakan keadaan isterinya. air matanya bergenang. aku tumpang sedih & simpati.

abg s seorg yg baik. rajin bekerja. lurus. sejak lebih setahun lalu dia menjaga isterinya yg terpaksa berulang laik ke hospital mndptkan rawatan. kadang2 abg s terpaksa ambik cuti utk menguruskn isterinya. makan, minum, pakai isterinya dijaga dgn baik. sebelum ke tempt kerja, abg s akan menyediakan makanan atau memasak utk isterinya yg hari demi hari semakin lemah.

aku panjangkan kata semangat pdnya. aku ceritakan pengalamanku. arwah mak dulu pun menghidap kanser. malah doktor meramalkan jangka hayatnya cuma 6 bulan slps kanser dikesan pd tahap 4 & selps dibedah. ttp arwah mak bertahan hampir 2 thn slps itu. takdir, qadak & qadar tuhan, tiada siapa yg boleh menghalangi.

bagi yg punya kaum keluarga atau org terdekat, yg menghadapi kanser, pastinya faham penderitaan pesakit. aku dulu kehilangan kerja demi org tersayang, arwah mak, kerana majikan aku langsung tdk prihatin & faham duduk perkara sebenar. aku masih ingat kata2nya "i tak faham mentaliti org melayu, org sakit pun mau ambik cuti. bukan mati pun". "we are doing business here, personal matters is non issue","kerja lebih penting ke, masalah peribadi lebih penting?". personal matters & masalah peribadi yg dimaksudkan ialah, aku sering ambik cuti utk menguruskan rawatan arwah mak. aku pilih mak dpd kerja. bagiku, kerja atau rezki boleh dicari, seorang emak tiada galang gantinya. jadi aku ambik keputusan berhenti 24 jam. aku katakan pd bossku "you take care of your business, i'll take care of my mother. one day you'll regret what you have said to me. kalau you kena kanser, i akan tepuk tangan".

buat abg s & keluarganya, sabar dan redhalah. . .

angkara sebuah basikal

Oct 6, 2009

koleksi duit raya mrk tahun ni menjangkau lebih rm250.
aku pasti mrk sudah merancang sesuatu.
ahad lps aku tanyakan pd mrk, apa yg nak mrk buat dgn duit raya?
simpan. beli mainan. beli basikal.
ya, beli basikal mendapat undian paling tinggi.
dah lama mrk tk punya basikal.
pernah beberapa kali mrk merengek, minta dibelikan.
rakan2 sebaya memilikinya, hampir seorg satu basikal.
bukan kedekut. bukan tak kesian.
tapi sbb mrk tk capai KPI yg ditetapkan.
penanda arasnya ialah pencapaian di sekolah. periksa, result bagus >>> dpt basikal
mungkin aku letakkannya terlalu tinggi. tak tercapai dek mrk.
bukan mrk tk pernah ada basikal. malah sudah beberapa kali tukar ganti.
semuanya jahanam!
rim bengkok. spoket pecah. tempat duduk tercabut. rantai putus. tayar bocor usah ceritala. . .
aku jadi serik.
sbb tu aku letak KPI.
tapi mrk bijak. sanggup korbankan duit raya. utk basikal.
tak sampai hati. . .
mlm tadi kubelikan satu basikal. dgn syarat, berkongsi, bergilir-gilir.
spt diduga . . .keputusan yg silap. mrk berebut. bergaduh.
hari ini, aku kena belikan 2 lagi basikal!

teka teki apakah ini

hari itu, aku beranikan diri menefonnya.
dia jawab. tapi sekadar acuh tak acuh.
berlainan sekali sikapnya. seminggu lepas. mesra. mcm dh lama kenal.
mengertilah aku. dia tdk hendak melayaniku.
lantas kuringkaskan perbualan kami.
keputusan kuambil. takkan ku telefonnya lagi. muktamad.

satu mlm, seminggu lepas itu. kuterima panggilan dpdnya.
aku jawab. tapi sekadar acuh tak acuh.
mengertilah dia. aku tdk hendak melayaninya.
lantas diringkaskannya perbualan itu.
mungkin dia sudah ambil keputusan. takkan menelefonku lagi. muktamad.

tidak...
mlm tadi. ku terima panggilan dpdnya lagi.
kali ini, aku melayaninya.
kami berbual panjang. mesra. seperti sudah lama kenal.

orang tua itu . . .mak tua aku

Oct 5, 2009

org tua itu adalah kakak sulung kpd arwah abah.
mak tua gelaran yg sama spt mak long.
dialah satu2nya anak perempuan dpd adik-beradik belah abah.
berapa agaknya usia, mak tua. sedang arwah abah pun sudah meninggalkan kami sejak 22 thn lalu pd usia 62 thn.
kalau dicongak kira pun, paling kurang usia mak tua ialah dlm lingkungan lewat 80-an. mungkin jugak 90-an.

sudah bnyk tahun aku tdk bertemunya. sejak dia meninggalkan kampung utk tinggal dgn anaknya. iyalah, di kampung, dia tinggal seorang diri. anak2nya semua sudah berhijrah keluar. sudah berkeluarga. sudah ada rumah sendiri. mahu tak mahu, mak tua mengikut saja. usianya dh lanjut. sakit pening perlu, ada yg jaga.

raya tahun ni aku berkesempatan berjumpanya. matanya sudah kabur. telinganya sudah kurang mendengar. tak larat nak berdiri, berbaring saja. dia sudah tdk mengenali aku. apabila ku kenalkan diriku, dia hanya memandang tepat mataku. cuba mengingat kembali. tapi ingatannya ternyata kosong. sifar.

"maap mak tuo tk konal. tak ingat. dah tuo". jelasnya padaku. dgn linangan air mata. tapi dia tahu, aku anak siapa. aku anak buahnya. anak kepada arwah adiknya.aku tk kisah. yg penting aku kenal dia. aku ingat dia. aku jumpa dia sesudah bertahun-tahun tdk melawatnya. aku rasa bersalah. anak2nya jugak tdk pernah membawanya pulang ke kampung melawat saudara mara. tapi dia kan dah tua. sukar untuk dibawa ke sana ke mari krn sudah uzur.

aku rasa syukur. hajatku termakbul. utk jumpa mak tua pd raya thn ni. kalau ada umur kita jumpa lagi. kalau tdk aku pasrah . . .

van cabuk, perangai busuk

pagi td ketika memandu ke ofis aku dihimpit 2 kali olh van cabuk yg sama. sekali ketika menyusur masuk dr jln sg besi ke lebuh raya salak selatan menuju ke p.j. van varna kelabu dr arah kiri memasuki lorong laluanku tnpa memberi sebarang signal. olh sbb aku memandu agak perlahan di lorong paling kiri, sempatlah aku membrek & beri laluan secara terpaksa pdnya. meski sedikit sakit hati melihat cara pemanduannya. kemudian aku perhati, dia menyusur masuk ke lorong paling kanan, lalu hilang dpd pandangan, di celah2 kesibukan trafik. aku kembali tenang, sambil mendengar lagu di radio & celoteh d.j.

memasuki susur masuk lebuh raya persekutuan, kenderaan mcm biasa, lebih sesak & lebih bnyk pd hari isnin. ketika hampir ke jln susur kerinci menuju pantai baru/bangsar, tiba2 muncul sebuah van dr sebelah kiri, yg merupakan laluan ke kerinchi link. memotong barisan. van yg sama. van kelabu. van cabuk yg menghimpitku sebelum ini. sekali lg tanpa signal, terus menghimpit masuk, selang sebuah kereta di depanku. tk ke mana rupanya. cilok sana, celah sini tp masih di blkngku yg memandu mcm biasa, tdk tergesa2. aku mula menyumpah dlm hati sbb sakit hati.

yg menjengkelkan, van tsbt juga melalui laluan yg sama. menyusur masuk ke kiri menuju jln pantai baru/bangsar. aku pulak berada betul2 di blkgnya sekarang. sebaik lampu isyarat bertukar hijau, van itu segera bergerak. tanpa disedarinya ada sebuah motosikal yg cuba memotong dr sebelah kiri, mencelah dr sisi van. itu menyebbkn van tersebut terlanggar motosikal berkenaan. motosikal & penunggangnya tergolek jatuh. pemandu tu memberhentikan vannya. nampak sedikit panik. segera turun melihat apa yg berlaku pd penunggang. aku tengok penunggang tu tklah cedera. yg cedera mungkin egonya sj. maklumlah jatuh terduduk di bahu jln. itulah akibatnya, masing2 nk cepat, tergesa-gesa mcm kenderaan lain tk wujud. melihatkn tdk ada apa2 yg serius aku pun berlalu pergi . . .meninggalkan pemandu van & penunggang motor yg kelihatannya bertekak, saling salah menyalah, saling tuduh-menuduh. bg aku, kedua2nya salah. 'padan muka' itu mungkin paling sesuai!

ubi kayu rebus cecah sambal tumis petai

Oct 4, 2009

sepnjang musim raya tahun ni, aku dah kunjungi bnyk rumah, sedara mara, sahabat handai, jiran tetangga. pelbagai juadah yg dihidangkan ada yg dimasak sendiri oleh tuan umah, ada yg guna khidmat katering.

negara kita memang mewah dgn pelbagai jenis makanan. sedap-sedap belaka. terpulang pd perut sama ada mampu menampungnya. kadang2 tu dlm sehari, samapi 3-4 buah rumah yg dikunjungi. sbg tetamu yg dijemput, seboleh-boleh akan hadir. bila dh dtg, kenalah makan. bila dah mkn susah nak berhenti, sbb semuanya enak2 belaka!

daripada makanan tradisi spt ketupat, rendang. hinggalah masakan yg berat spt nasi tomato, nasi beriyani. pelbagai mi, spt mi rebus, mi kari, laksa, soto, roti jala dsb. kuih muih usah ceritalah, sampai tk tahu namanya.

semlm aku hadir di sebuah rumah kwn. selain nasi tomato yg dihidang aku tertarik dgn ubi kayu rebus yg disertakan dgn cecah sambal tumis ikan bilis + petai. seingat aku dah bertahun-tahun tk makan ubi rebus ni, apalagi disediakan dgn sambal tumis. apa lagi, berkali-kali aku tambah ubi rebus dgn sambal ke dlm pingganku. hal ini disedari oleh tuan rumah itu sendiri. hinggakan dia memberiku bekal ubi rebus & sambal tumis utk dibwk pulang. ketara sgt nampaknya!

anak-anakku yg berasa pelik. apa 'istimewanya' hidangan itu bagiku. malah mrk tak kenal pun, apakah itu ubi kayu. pokoknya pun mrk tak tahu mcm mana rupanya. . . arghh, anak2 sekarang! ruginya mereka tk menikmati makanan yg enak.

musim rumah terbuka kembali lagi

Oct 3, 2009

aktiviti sepanjang hari ini:
1.
rumah jiran. mkn tengah hari. 1:00-1:40 pm. menu utama - nasi beriyani. kuih-muih, nasi himpit dgn kuah kacang & rendang, buah-buahan dan minuman pelbagai jenis.
2.
ke rumah seorg kwn seofis di shah alam. 2:30-3:30 pm. menu utama - mi rebus, nasi himpit + kuah kacang, kuih muih, buah-buahan.
3.
ke rumah usu di kemensah height. 4:45-5:30pm. menu - nasi tomato, nasi lemak dgn lauk pelbagai, ketupat palas, pulut kuning dgn rendang + kuah kacang, kuih muih, buah-buahan, pelbagai jenis minuman.
4.
ke rumah anjang di sri gombak. 6:00-7:00pm. menu - laksa johor, rojak, cucur udang, kuih-muih, buah-buahan & pelbagai minuman.

ada dua lagi jemputan di keramat & petaling jaya pd hari sama, tk dpt dipenuhi sbb kesuntukan masa & kesenakan perut!

pantun dua kerat

Oct 1, 2009

aku tergelak besar mlm tadi.
puncanya 'pantun' yg dicipta oleh erin, anak kecilku yg berusia 6 thn.

"dua tiga ayam berlari
kenapa kejar ayam, sebab tu la dia lari . . ."

sbb tula aku suka melayan anak2 kecil. mrk spontan & jujur. tk mcm org dewasa, penuh muslihat, pura-pura, lain di mulut lain di hati