denggi atau viral infection

Oct 24, 2009

pagi semalam aku ke klinik kesihatan sekali lagi. utk memenuhi temu janji dgn doktor.
tk ramai org pun. tk lama proses ambik & uji darahku.
walaupun aku berasa sedikit segar hari ni, dan keyakinan bhw bacaan parameter kali ni menjadi positif adalah harapanku.

namun jangkaanku ternyata meleset. bacaan parameter menunjukkan bacaannya terus merosot kpd 130 berbanding 135 pd hari khamis. semakin mendekat ke angka 100. angka serius. aku menjangkakan, doktor akhirnya, akan mengambil keputusan merujukku ke hospital. utk dipantau lebih rapi. sbb aku sendiri dah tk tahu, apa lagi usaha yg boleh ku perbuat. selain minum lebih bnyk air . . .

sebaliknya doktor merujukku kpd seorg lagi pakar perubatan lebih senior. dpd perbincangan mrk, menyimpulkan ada kemungkinan demam denggiku bukanlah demam denggi sebenarnya! ada kemungkinan ianya merupakan viral infection atau infeksi virus. ini krn adanya simptom gatal2 pd seluruh badanku yg berwarna kemerah-merahan sjk 3-4 hari lalu. lagipun demamku tdk berterusan sebaliknya berulang-ulang dgn suhu menaik dan menurun antara 37-39C. tdklah panas spt mana suhu demam denggi sebenar! malah demam disbbkan virus biasanya berpanjangan spt yg aku alami ini sjk seminggu lepas. ttp demam viral bisanya tdk dpt dikesan virusnya. jd sukar utk membezakan demam disbbkan infeksi virus dgn demam denggi tdk dpt dibezakan.

olh sbb bacaan suhu badan menunjukkan yg aku tdk lagi mengalami demam, doktor menasihatkan aku spy berehat sj di sumah. kecuali jika ada tanda2 demam kembali serius atau tanda2 lain spt sesak nafas, mulut berdarah, pitam dsb dia meminta spy aku terus merujuk ke hospital memandangkan pusat kesihatan itu cuti sehingga selasa.

maknanya hanya pd hari selasa, aku diminta dtg semula utk temu janji seterusnya. dlm tempoh 3 hari mendatg sgt crucial agar aku tdk demam semula. jika tdk maka ke hospitallah jwbnya.
jadi aku terpaksa bertahan utk tempoh 3 hari itu. aku mesti bertahan. semoga segalanya berjln lancar . . .

0 refleksi: