berada di pejabat pada waktu subuh

Oct 14, 2009

hari ini masuk hari ke-5 cutiku.
semasa cuti pun aku menerima panggilan dpd ofis berkaitan kerja. ada penulis yg menghubungi telefon bimbitku. tak tahulah org lain, yg pasti menjadi amalan aku, tetap menjawabnya. walaupun di luar tugas. malah aku tdk pula menyatakan aku bercuti. kecuali jika ada yg nak berjumpa dlm masa cuti ni, barulah aku jelaskan pd mrk.

pagi tadi, aku singgah di ofis. seawal jam 6:05 pagi. aku bertolak dr rumah jam 5:20pagi. memanglah aku tak clock in secara rasmi. ttp mesin pengimbas di pintu masuk ofis pasti merakamkan catatan masuk itu. ini bukanlah kali pertama, aku buat 'kerja gila' begini. malah sudah beberapa kali. terutama jika aku bercuti panjang. kebiasaannya, aku akan 'pulang' sebelum staf lain mula masuk kerja!

sebenarnya subuh tadi aku terjaga, terdengar alarm wifey seawal 4:45 pagi. sbb dia hendak bangun bersahur utk puasa enam. pd hujung syawal. aku cuba melelapkan mata semula. ttp gagal. lalu tiba-tiba tergerak utk bangun, mandi & bersiap. wifey agak terkejut. sangkanya aku tersalah tengok jam. atau terlupa yg aku sdg bercuti. tp aku jelaskan yg aku "nak ke ofis sekejap". wifey hanya menggelengkan kepala, tdk berkata apa-apa . . .

subuh ini pulak hujan agak lebat ketika melewati kajang. nasib baik jalan raya agak lancar, tk bnyk kenderaan. setiba di ofis, aku menyemak dokumen & surat yg diletakkan atas meja & tray ku. sambil tu aku jgk sempat menyemak e-mel. membalas beberapa e-mel yg perlu balasan segera. dlm masa sama, sempat menaip beberapa surat yg perlu dihantar krn urgent. bukan susah tulis surat, potong & cantum shj!

antara yg ada atas mejaku, surat berserta laporan penilian manuskrip baru, surat berlampir pruf buku, surat mesyuarat, surat panggilan taklimat & kertas kerja perjawatan yg dikitar semula olh boss & seorg pegawai di bhg pentadbiran. aku tk minat nak baca pun, dah tahu kandungannnya. . .
kemudian aku menunaikan solat subuh.
lepas tu, aku tinggalkan manuskrip kerja editing & pruf yg aku siapkan di rumah ( ya, di rumah, masa cuti) & letakkan atas meja pengatur huruf. aku catatkan arahan pd sekeping kertas sbg nota.

kira-kira jam 7:13 pagi, semuanya beres. aku padamkan lampu, pc & kunci pintu ofis. misi selesai!

hanya wifey & pembaca blog ini yg tahu bhw aku berada di ofis hari ini antara jam 6:05pagi - 7:13 pagi. selain tu takda org lain yg tahu. yg pastinya, aku tinggalkan bnyk bukti yg aku berada di sana, subuh tadi . . .

0 refleksi: