- lesen dah nak mati weh... -

Sep 29, 2011

bila agaknya kali terakhir kita semak lesen memandu? maksud aku tarikh tamat tempoh lesen memandu. senang cakap dalam bahasa pasarnya, lesen mati. selalunya kita simpan aje lesen memandu dalam dompet. hanya keluarkan bila nak perbaharui lesen. atau bila ada road block di jalan raya. kena tahan polis atau JPJ. pada waktu lainnya, kita tak peduli pun. sebab kita tahu, kita ada lesen. bila ada lesen, kita bebas memandu.

lesen memandu boleh diperbaharui untuk tempoh 1,2,3,4 atau maksimumnya 5 tahun. tempoh setahun dikenakan caj rm30. kata seorang kawan, kalau boleh ambik lah maksimum. kalau kantoi, kena saman ke, sangkut dan tak boleh renew lesen...lepas 5 tahun baru kita setelkan. lagipun tak payah nak pikir atau semak-semak lesen untuk tengok tarikh luputnya. kadang-kadang kita waswas. kalau cukai jalan, biasanya syarikat insurans akan bagi surat peringatan. ataupun memang dah terpampang pada cermin depan kereta. tapi satu sayarat lagi, kenalah ada duit juga. kena pulak lesen mati tengah bulan, tengah 'tabungan' kering nak bayar rm150  utk tempoh jangka hayat lesen 5 tahun pun...sakit jugak!

aku pun sebenarnya tak ingat bila kali terakhir aku renew lesen memandu. tapi yg aku ingat, memang kali terakhir tu, untuk tempoh 5 tahun. oleh sebab tempohnya lama dan panjang, kita jadi leka dan lalai. tak pernah nak semak. tak pernah nak ambik tahu pun. yg aku tahu, ia ada dalam dompet. kalau tercicir pun, mungkin aku tak sedar. cuma, kalau ada beli dompet baru, semasa proses 'perpindahan' tu kita akan sedar atau 'terjumpa' lesen memandu tadi.

itulah yg terjadi pada aku. menggantikan dompet duit yg lama kepada yg baru, isnin lepas. dalam proses perpindahan itu, menyisihkan apa yg tak perlu ada dalam dompet lama ke dalam dompet baru. antaranya bil beli barang kat tesco 3 tahun dulu pun masih terselit di situ. isshh....

nak dijadikan cerita, ter'tengok' jugalah tarikh luput lesen memandu. ya, kali terakhir aku renew lesen ialah 5 tahun dulu iaitu 2006. dan tarikh matinya ialah 1 okt 2011. aku menarik nafas lega....mujur jugak terbeli dompet baru. kalau tidak memang tak ingat, memang lupa dan memang tak tahu pun lesen mati minggu ni.

tempoh yg panjang memang baik dari segi, kita tak payah nak renew saban tahun. dan jadi gabra bila nampak polis atau JPJ buat road block kat depan, semasa memandu. "eh, lesen kereta aku hidup lagi ke". tapi yg tak eloknya, macam yg terjadi pada aku lah. sebab terlalu selesa, kita jadi alpa. mujur jugak beli dompet baru! kalau tak?

dan...tengah hari itu jugak aku bergegas untuk renew lesen. anehnya...aku renew untuk tempoh 5 tahun, ya sehingga 2016! hmmmmmm......harap-harap kali ni aku tak leka...he he
ataupun aku perlu beri dompet baru setiap 5 tahun sekali...ha ha


- pbsm -

Sep 28, 2011

semalam erol bawak balik satu borang dari sekolah. dia kata cikgunya suruh isi. bila aku baca, ianya tentang aktiviti pasukan beruniform dan kokurikulum. pelajar dikehendaki memilih yang mana mereka minat. mulai tahun 3, mereka diwajibkan menyertainya. ini untuk perancangan tahun depanlah. erol nak masuk tahun 3 dah.

masa aku sekolah dulu, tak banyak pasukan beruniform di sekolah. yg ada cuma pengakap, pandu puteri, pbsm. tak banyak pilihan. masuk jelah apa yg ada. dulu pun ianya bukanlah wajib pun. sekarang ni macam-macam ada, pengakap, kadet, pbsm dll.

jadi aku tanya, erol nak masuk pasukan beruniform yg mana. sebab setahu aku, abangnya eril dulu pilih kadet. di sekolah rendah dipanggil kadet remaja.

erol pilih masuk pengakap. dan persatuan komputer. mungkin dia ingat masuk persatuan komputer boleh main komputer games kot...he he.

jadi aku tanyalah, ramai tak kengkawannya yg masuk pengakap. katanya ramai. kadet remaja pun ramai. yg tak ramai cuma, persatuan bulan sabit merah - pbsm. jadi, aku tanyalah kenapa tak ramai yg daftar. lagipun aku kata pada erol, kan dulu kata cita-cita nak jadi doktor. eloklah masuk pbsm, ada ajar sikit-sikit pasal pertolongan cemas, bantuan perubatan dan tolong orang sakit.

"TAK NAK lah...!" kata erol tegas." Nanti kena ejek..."

"Eh sapa pulak nak ejek masuk pbsm?" aku tercengang.

"Diaorang kata PBSM tu... Persatuan Budak Sakit Mental..." jelas erol dengan seriusnya.

laaaa...ada-ada je budak zaman sekarang. patutlah tak ramai yg daftar nak masuk pbsm.


- mereka kan masih kecil lagi... -

Sep 23, 2011

beberapa hari lepas ada berita di akhbar mengenai 2 beradik mati lemas di kolam renang, di sebuah resort berhampiran kuantan. mereka dikatakan ke kolam renang itu tanpa disedari oleh ibu bapa. iyalah itu sudah takdir mereka, meninggal dengan cara begitu. namun, ada sesetengah kejadian boleh dielakkan  jika para ibu bapa lebih waspada, lebih prihatin, tidak leka.

budak-budak belum matang fikiran mereka. belum sedar buruk baik perbuatan mereka. tidak tahu bahaya yg menanti. yg mereka tahu nak bermain dan berseronok. kitalah atau ibu bapalah sebagai orang dewasa berfikiran matang yg perlu mengawasi mereka. prihatin akan pergerakan mereka.

di kawasan perumahan aku, selalu lihat pada waktu petang, budak-budak bawah umur, menunggang dan membonceng motosikal. ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan, selain untuk menghabiskan minyak motosikal. tanpa lesen, tanpa insurans, tanpa topi keledar. kadang-kadang menunggang laju, berlumba-lumba. kebanyakan mereka ini menunggang dengan pengetahuan ibu bapa tanpa larangan. kalau apa-apa terjadi di jalanan, kemalangan misalnya...siapa yg harus bertanggungjawab?

aku kembali kepada kisah 2 beradik yg mati lemas tadi. mengingatkan aku, setiap kali menginap di hotel dan menemankan anak-anak aku berendam atau berenang di kolam renang. setiap kali itu juga akan ada kanak-kanak yg mandi-manda tanpa ditemani atau diawasi oleh ibu bapa mereka atau orang dewasa lain. mungkin bagi mereka, anak-anak itu akan mandi di kawasan air cetek atau yg dikhaskan untuk kanak-kanak sahaja. ada sesetangah hotel memang menyediakan life guard yg mengawasi mereka di kolam renang. tetapi ada yg tidak menyediakan khidmat tersebut. jadi, tanggungjawab ibu bapalah atas keselamatan anak-anak mereka.

seperti yg aku katakan sebelum ini. budak-budak belum matang fikiran mereka. tak kenal bahaya yg menanti. mana tahu, tiba-tiba mereka terjun ke kawasan air dalam yg disediakan untuk orang dewasa. atau kerana terlalu leka bermain mereka tenggelam dan lemas. sebenarnya, kejadian seperti itu pernah berlaku depan mata aku sendiri. dan baru pulak berlaku. semasa aku menginap di sebuah hotel di kuantan, 2 minggu lepas. ketika itu, aku menemani anak-anak aku di kolam renang.

seorang budak lelaki dalam lingkungan usia 3 tahun, yg sebelumnya bermain air dengan kakaknya - yang hanya dalam lingkungan usia 7-8 tahun - di kawasan cetek yg disediakan. tanpa ditemani oleh ibu bapanya. tiba-tiba tanpa disedari telah terjun ke dalam  kolam yg disediakan oleh orang dewasa. di situ tiada tiada life guard yg mengawasi. mujur ada seorang ibu yg menemani anaknya mandi-manda di situ nampak apa yg terjadi. lantas menjerit untuk menarik perhatian yang lain. aku dan beberapa orang lain bergegas terjun, 'menyelamat'kan budak itu. yg sebenarnya, sudah kelemasan dan tercungap-cungap.

kakak budak tersebut kemudiannya menjelaskan yg mereka ke situ, dengan 'kebenaran dan pengetahuan' ibu bapa mereka yg dikatakan 'malas' melayan kerenah mereka untuk ke kolam renang. kumpulan ibu-bapa yg mendengarnya memang terkejut. ada yang marah, ada yg menggeleng-geleng kepala, ada jugak yg menyumpah seranah.

janganlah ambil mudah soal keselamatan anak-anak. ibu bapa perlu lebih prihatin. janganlah menyesal kemudian, tiada gunanya...

orang cuti aku kerja, orang kerja aku cuti...

Sep 20, 2011

Aku sedang bercuti sekarang ni. Ya, bersambung sejak Hari Malaysia. Maknanya cuti aku bersambung jadi 6 hari.
Seperti 2 tahun lepas, aku cuti raya lewat dpd orang lain. Biasanya 2 minggu lepas raya sebenar. Itu hanyalah pengorbanan kecil aku. Sebab ianya terlalu kecil, takde siapapun yg nampak apatah lagi utk menghargainya...nasib badan sob sob
Kebetulan boss baru masuk minggui lepas, sehari sebelum aku bercuti. Sekali gus membebaskan aku dpd belenggu yg dah tak terpikul di bahu. Jadinya juga aku tak sempat 'berkenal mesra' dengannya.
Arghhh...cuti memanglah indah. Biarlah aku menikmatinya biarpun sementara saja...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

- akhirnya, aku cuti merdeka raya -

Sep 15, 2011

tarikh ulang tahun kemerdekaan ialah pada 31 0gos. dah lepas dah. tapi tahun ni, sambutan kemerdekaan diadakan pada 16 sept. sebab 31 0gos lepas, kita puasa dan beraya. tapi aku sambut MERDEKA hari ni.
ya, hari ini.
3 sorakan untuk aku sendiri MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
mulai hari ni, aku dah tak payah dah pening2 kepala memikirkan masalah kompeni.
aku dah boleh rujuk orang lebih atas utk buat decision making.
aku dah tak sakit hati kalau ada pelanggan komplen.
aku tak perlu memendam rasa dengan gelagat staf lain.
biarlah org lain handle pulak.
dan akhirnya aku bercuti selepas 17 syawal. cuti MERDEKA sekali...

- siri bercakap dgn erin . . . 5 -

Sep 14, 2011

walaupun aku tak bela kucing, tapi aku suka bagi makan kucing yg merayap ke rumah aku. lebih-lebih lagi kucing yg mengiau dengan muka seposen mintak simpati. tabiat aku ini jugak dikongsi oleh anak-anak aku. pantang nampak kucing datang, akan didukung dan diberi makan. apa yg diorang makan spt twisties, contozs, mamee, roti krim, kerepek kentang, chezels, mister potato...akan mereka kongsikan dengan kucing. dah puas bermain, baru mereka lepaskan kucing tu...

erin: papa jgn bagi makan kucing ni banyak-banyak sangat...tau! (erin memberi pandangan dengan muka serius.

aku: takpe lah. dia lapar tu...(aku buat selamba je...)

erin: nanti jadi macam kucing tompok hari tu... (erin menyambung ceramahnya)

aku: kenapa lak kucing tompok? (aku sengaja provoke)

erin: erin selalu bagi dia makan banyak. lepas tu dia jadi gemuk...(erin makin serius)

aku: elok la gemuk. dia sehat.

erin: lepas dah gemuk....nanti dia beranak! itulah jangan bagi kucing makan banyak sangat. nanti dia beranak! (erin melepaskan geram...!)

aku: (terdiam, tergamam, no komen).....


- luar biasa dalam kebiasaan -

 tempoh hari semasa ada kerja luar ofis, singgah kejap dgn kawan sekerja ke sunway piramid utk lunch. sebahagian tempat duduk di ruang legarnya terdapat notis spt dlm gambar. dari satu segi ianya menunjukkan keprihatinan pihak pengurusan kompleks beli belah itu. dr segi lain, menggambarkan ketidakprihatinan warga kita sehinggakan pihak tersebut berasa perlu diletakkan notis berkenaan.
 sempat jugak tengok sekejap perlawanan ice hockey. yg memang terkenal liga NHL di US dan negara eropah. tak sangka plak di negara kita ada pertandingan begini. selalunya pd hari-hari lain, gelanggang ini tempat ice skating yg dibuka kpd orang awam.
malaysia international ice hockey tournament ini disertai pelbagai negara termasuk, canada, hong kong, singapore dll

- kaunter aduan -

Sep 13, 2011

7:40am - aduan bahawa staf lain menggunakan pc nya utk kegunaan peribadi. bimbang akan diambil tindakan sedangkan orang lain yg buar onar.

8:01am - aduan cuti sakit. puncanya angkat barang di bangunan tiada lif. cadang supaya buat komplen supaya pengurusan lebih prihatin, supaya setiap bangunan perlu disediakan lif.

8:15am - aduan banyak kerja cetak ulang tertangguh. banyak juga pesanan yg belum dipenuhi. mohon supaya bahagian berkaitan buat jadual untuk percepatkan. walhal sepatutnya dan sudah diingatkan bahawa stok hendaklah sentiasa disemak supaya kerja dapat dijadualkan lebih awal. ini peluang aku untuk 'pulang paku buah keras'.

8:30am - aduan diberi kerja urgent yg perlu disiapkan dalam masa 2 hari sedangkan kerja tersebut sudah lama diterima. walaupun sebenarnya ini hanyalah tugas rutin.

8:45am - aduan kehadiran lewat kerana kunci rumah hilang. diberi amaran supaya tidak berulang. pastikan kunci dibuat pendua.

8:55am - aduan kerja yg dihantar luar tidak disiapkan dengan keadaan sempurna seperti yg diarahkan. aduan juga kerana staf berkaitan dikatakan lepas tangan. aduan juga kebimbangan komplen daripada pelanggan disebabkan kerja tidak sempurna.

9:05am - aduan terdapat bau kimia bocor dalam bilik. bahagian bertanggungjawab sudah dimaklumkan. pemeriksaan dibuat. tiada kebocoran elektrik. setelah penyiasatan lanjut didapati, botol-botol berisi cuka dicurahkan ke dalam sinki dalam makmal berhampiran.

9:30 am - aduan kesukaran menggunakan aplikasi atau perisian word untuk menyiapkan kerja atur huruf. ini kerana kemahiran staf itu hanyalah menggunakan perisian page maker. meminta supaya dimaklumkan padanya sesiapa yg mahir menggunakan perisian word untuk membantunya

senarai aduan ini setakat 9:30 pagi. atau tempoh 1 setengah jam bekerja untuk hari ini. kalau sepanjang hari ini, tak tahulah berapa banyak lagi aduan akan diterima. cuma, bila dinilaikan aduan tersebut, hampir kesemuanya tidak relevan. atau boleh diselesaikan sendiri oleh pengadu. adalah satu dua yg patut diambil perhatian. selainnya....sebenarnya takde apa-apa yg perlu diselesaikan. dan tak perlu pun jumpa aku. ini bukan kaunter aduan la.....

- KL - Kuantan - T. Cempedak - Tg. Lumpur -

Sep 12, 2011



semasa ke kuantan tempoh hari, cadangnya nak balik hari. tapi rasa rugi. sudah menempuh perjalanan yg jauh, takkan nak balik begitu saja. lagipun penat memandu pun tak habis lagi. sudahnya, daftar masuk hotel. bermalam di kuantan. lepas tu sempat lagi ronda bandar kuantan, ke pantai teluk cempedak. pusing-pusing & makan-makan. kemudian ke tg lumpur pulak yg terkenal dgn ikan bakar, keropok lekor dan satarnya. ke sana jugak, walaupun main redah saje jalannya. dapatlah beli apa yg patut utk 'bekalan'

- hikmah perjalanan jauh -

aku ke kuantan lagi sabtu lepas. kali ini utk ziarah saudara terdekat, yg sakit. baru saja menjalani pembedahan segera pada jumaat. nak tak nak, aku paksakan memandu jarak jauh lagi minggu ni. kalau ikutkan mileage rasanya dah dekat 3,000km dlm masa dua minggu!

kalau ke pantai timur, terutama pahang atau terengganu, lebih mudah ikut LPT. tapi sebelum tu kena lalu jalan berliku antara gombak-genting-bentong. lepas tu jalan lurus dan lancar selepas karak. jadi ramai yg ambik kesempatan utk test power kereta masing-masing. pecut tak ingat...tapi ada gak kereta yg cc nya kecik, tapi perasan jugak nak pandu laju. semasa perjalanan balik, hujan turun hampir sepanjang perjalanan. sepatutnya pemandu lebih cermat. tapi kerana 'keghairahan' sendiri, beberapa kemalangan berlaku di 3 lokasi berlainan. pertama, menyusahkan diri sendiri, kedua, menyusahkan pemandu lain yg tersangkut dalam perjalanan. bagi aku, kalau orang kata ops sikap gagal, itu tak tepat. yg gagal ialah pengguna jalan raya. soal sikap ketika memandu masih menjadi punca kemalangan. bukannya penguatkuasa yg harus dipersalahkan.

kalau singgah di r&r pun jadi sesak. nak parking pun susah. mujur sekarang ni, tandas awam yg disediakan cukup besar, selesa dan bersih. tempat makannya pun memang bersih dan banyak pilihan. lagipun, maklumlah masih lagi mood raya. hujung minggu digunakan untuk menziarah kawan-kawan dan sedara mara. lagipun, waktu beginilah, undangan dan jemputan ke rumah terbuka sempena hari raya memang bertindih-tindih.

aku jumpa kawan lama semasa singgah makan tengah hari di r&r temerloh dalam perjalanan ke kuantan. dia dan keluarganya dalam perjalanan balik kampung. sebab cuti raya tempoh hari, beraya dengan keluarga sebelah isteri di perlis. manakala, dalam perjalanan balik bertembung dengan seorang kenalan jugak di r&r temerloh semasa singgah solat di surau. katanya, menghantar anaknya, mendaftar utk menyambung pengajian di uitm, jengka. semasa di hospital, melawat saudara yg sakit itu juga ada berjumpa seorang kawan yg lama tak jumpa. kali terakhir kami jumpa 4 tahun lepas sebelum dia ditugaskan ke kaherah, mesir. kini, dia sudah kembali ke malaysia.

nampaknya, perjalanan kali ini, mempertemukan aku dengan kawan-kawan lama. ada hikmahnya juga perjalanan yg jauh dengan niat yg baik, untuk berziarah.

27 - 13 = ... atau 8 = $

Sep 9, 2011

cuti tahunan aku masih berbaki 13 hari lagi. ya, memang banyak. bukan sebab aku tak ambik cuti, tapi aku tak boleh ambik cuti. bunyiknya macam sibuk sangat mengalahkan PM. tapi memang begitulah hakikatnya, bukan nak menunjuk-nunjuk.

cuti yg banyak tu satu hal jugaklah. tapi yg lebih memparahkan lagi ialah, aku perlu habiskan cuti itu (13 hari) sebelum 19 oktober! maknanya aku cuma ada lebih kurang 27 hari bekerja untuk menghabiskan cuti berkenaan. lebih malang lagi, kalau aku tak ambik jugak cuti, ianya akan lupus begitu sahaja...! tak boleh di bawa ke hadapan.

pagi ini, aku diberitahu yg sebahagian cuti itu, kalau tak sempat dihabiskan, ianya boleh ditebus dengan ganjaran tunai. mungkin antara 6-8 hari. nampak menarik...!

kemudian bila aku fikir balik, apalah ertinya ganjaran wang ringgit. bagi aku, kepuasan berehat itu lebih bermakna. lagipun bukan senang aku nak bercuti. inilah masanya...

jadi, minggu depan aku akan apply cuti. dah tak kira dah. aku pun dah takde pilihan lain. nak ikutkan kerja yg berlambak, sampai bila pun tak habis. berkorban ada batasnya...'cuti adalah hak anda sebagai pekerja'. tiba-tiba aku teringat kata-kata penceramah dalam satu kursus motivasi yg pernah aku ikuti. jadi...aku akan gunakan hak itu.

- sakit urat tampal koyok -

Sep 8, 2011

"sakit apa?" - tanya cik doktor. ya, doktor muda. aku kira belum kahwin. sebaik saja aku melangkah masuk ke bilik rawatan.
aku pun jelaskan apa yang 'sakit'.
bahu aku terkehel sikit. puncanya 2 hari sebelum tu, panjat tangga nak repair lampu yg rosak. tiba-tiba tangga nak rebah. bahu aku entah macam mana terpusing dan terkehel sikit. sakitnya sudah kurang pagi itu. tak seperti sebelah malamnya. mula-mula aku tampal koyok - macam orang dulu-dulu pulak rasanya. sengal sikit balik berkebun atau bersawah, tampal koyok. tapi sakitnya tak lega mana pun. kemudian gosok dengan 'yoko-yoko'. leganya sekejap aje.

sudahnya aku telan pain killer sebijik. bolehlah aku tidur.

sepatutnya kalau salah urat, terkehel, terseliuh, memang kena jumpa tukang urut. yg bertauliahlah. atau yg berpengalaman. diketahui pakar dan memang sudah terbukti kemampuannya. bukannya semalam bukak kedai urut, hari ni dah mengaku pakar urut. tapi kalau jumpa mereka, tak dapatlah cuti sakit. kalau kita bekerja dengan kompeni, kena ada surat akuan sakit. kalau tak. majikan takkan percaya. lagipun untuk direkod. kalau jumpa tukang urut, takdelah diberikan surat perakuan sakit untuk cuti sakit...

jadi, nak tak nak. gagahkanlah juga ke klinik. ataupun hospital. dalam hal ni, ke klinik lebih mudah. tapi, beginilah sudahnya. setakat diberi ubat penahan sakit je. dan dinasihatkan berehat. kalau diberi cuti seminggu, sedap jugalah nak berehat. kalau setakat sehari...sakit pun tak hilang.

hari ni, dah masuk kerja dah. bahu masih sakit...bertahan ajelah. harap-harap cepat okey.

- sudah dijemput tidak dilayan pula -

Sep 6, 2011

majlis perkahwinan jika tidak dirancang atau diatur dengan rapi akan mengundang ketidakpuasan hati para jemputan. ini tidak ada kena-mengena dengan majlis yg aku hadiri tempoh hari. bukan aku nak banding bezakan majlis yg dianjurkan. mewah atau tidak. kecil atau besar. tetapi layanan yg diberikan, adalah lebih bermakna. seribu maknanya bila rasa dihargai, penat dan jarak yg dilalui terasa berbaloi.

kebetulan majlis yg baru aku hadiri ini, masih dalam suasana hari raya. ini mengingatkan aku akan majlis kahwin yg pernah aku hadiri dulu. pada musim hari raya juga. tetapi berbeza sekali layanan yg kami terima. ianya akan ku kenang sebagai majlis perkahwinan paling tidak mahu aku ingati. sejak itu, aku sedikit cuak untuk hadir di majlis kahwin.

masakan tidak, kami sekeluarga dijemput ke majlis kahwin pada sebelah malam. kami difahamkan majlis nikah sudah diadakan di sebelah pagi. tetapi cuma saudara terdekat yg hadir ketika itu. majlis sebelah malamnya adalah kenduri disertai acara marhaban, berzanji dan majlis berinai serta merenjis dan tepung tawar pengantin. sudah tentulah, majlis makan-makan juga ada.

bila sampai di rumah pengantin, kami terkejut besar. kerana kehadiran begitu ramai jemputan. hanya satu khemah besar disediakan. disediakan port tertentu untuk mengambil makanan. termasuklah sate, kueh tiau, laksa, hidangan nasi secara bufet, abc, lemang/ketupat dan rendang.

kehadiran kami tidak disambut oleh sesiapa pun daripada kalangan penganjur atau tuan rumah. kami difahamkan tuan rumah berada di dalam rumah menyertai majlis berzanji. tetapi tidak ada seorang wakil tuan rumah berada di luar. atau penyambut tetamu disediakan. suasana agak berserabut dengan begitu ramai tetamu. meja dan kerusi tidak cukup. nak ambil makanan pun kena berebut atau beratur panjang.

pada mulanya, kami tercangak-cangak juga. manalah tahu, akan ada peluang untuk duduk. tapi para jemputan lain, tak putus-putus datang. malah makin ramai daripada sebelumnya. nak ikutkan hati, mahu saja kami angkat kaki pulang. tetapi memandangkan sudah menempuh perjalanan jauh, anak-anak pula sudah mula menarik tangan mahu makan. kami pun beratur samalah.

aku dapat lihat, ramai tetamu yg datang, mengambil keputusan, untuk berpatah balik. ramai  lagi yg makan sambil berdiri. ramai lagi yg makan sambil menyangkung, atau duduk di mana saja termasuk di bahu jalan atau tepi longkang. hendak tak hendak kami juga 'terpaksa' menyertai mereka. sate dihadkan 5 cucuk seorang, kueh tiau goreng setengah piring seorang, abc semangkuk, lemang 5 ketul. bufet nasi hanya tinggal nasi sahaja, lauknya dah tinggal bekas. walhal waktu itu baru jam 8:30 dan majlis bermula jam 8:00 hingga 10:00 malam dalam kad jemputan.

ramai jemputan yg pakai 'baju glamor', muka macam menyesal datang. kami difahamkan, majlis kahwin itu disekalikan sempena 'rumah terbuka' hari raya. oleh sebab itulah ramai yg hadir. seluruh penduduk taman perumahan itu dijemput hadir sama untuk rumah terbuka. sudahnya bertembung dengan jemputan untuk majlis kahwin.

selepas makan sekadar alas perut, kami pun pulang. tanpa berjumpa tuan rumah atau wakilnya. usahkan batang hidung, bayang mereka pun tak nampak. sedangkan pengacara majlis berulang kali mengatakan 'jemputlah menikmati hidangan'. sedangkan tidak ada apa yg dinikmati. yg ada cuma sakit hati.

itulah pengalaman menghadiri majlis kahwin, paling buruk pernah aku alami. dalam perjalanan pulang, kami singgah ke kedai mamak. lengkap dengan baju glamor...apa nak buat, dah lapar.

- rombongan cik kiah ke sg. petani...2 -

Sep 5, 2011














- rombongan cik kiah ke sg. petani...1 -

rombongan dgn bas mula bergerak dari nilai, pada petang khamis.

eril & eril turut ikut rombongan. belum pernah lagi diorang naik bas utk perjalanan yg jauh.

aku bekalkan jajan & berbakul pesanan penaja...aku susul keesokan harinya dgn memandu kereta bersama wifey & erin. sbb aku takde cuti.

duduk 2 malam di family room. penginapan hotel

ditaja oleh keluarga pengantin, terima kasih
park avenue hotel, sg petani...selesa.

macam biasa, tak sah bebudak ni kalau tak dpt berendam di kolam renang.

semapt jugak, 3 sesi. lagipun masih mood raya, tak ramai tetamu di hotel ni.

ada pertandingan bowling antara ahli keluarga. memang enjoyable...!

let's bowl!

- aidilfitri -

tak banyak yg nak diceritakan perihal aidilfitri. aku tak bercuti tahun ni. mujur pada isnin, sehari sebelum raya kami diberi pelepasan kerja separuh hari. dapatlah aku pulang awal. pada jangkaan aku, hanya akan bertolak balik pada malam raya. jadi, petang itu, sekitar jam 3:30 ptg aku sudah bergerak ke kampung wifey di pahang.


sebenarnya pada hari sabtu, aku sudah menghantar wifey, eril, erol dan erin ke kampung. maklumlah nak bantu persiapan raya di kampung. lagipun, yg tak bercutinya aku seorang, tak adillah bagi mereka utk tidak berasa kemeriahan raya semata-mata utk menemankan aku. aku sanggup korbankan masa & tenaga (pemanduan memakan masa 4 jam sejauh 380km). aku tak kesah, asalkan mereka bahagia.


namun perjalanan aku tersangkut antara ulu bendul hinggalah ke tg ipoh di kuala pilah. perjalanan yg sepatutnya tak sampai setengah jam antara jarak itu terpaksa dilalui selama 1 jam setengah. berikutan kemalangan jalan raya berhampiran tg ipoh, menyebabkan laluan ditutup sementara.


aku hanya berbuka, air mineral. dalam kereta ketika hampir sampai di muadzam shah. kerana pada jangkaan aku boleh sampai dan sempat berbuka di kampung. silap aku juga, ambik mudah akan risiko yg harus ditanggung dalam perjalanan yg jauh dan panjang. tak mengapalah. hari terakhir puasa...


sampai di kampung, kira-kiranya dalam jam 8.20. malam raya. lepas makan, pergi berkumpul di masjid kejap. ada majlis bertakbir beramai-ramai. kemudian balik rumah sambung makan lagi. apalagilah feberet aku, ketupat dan rendang. selain nasi dagang. sambil tu ada acara, main bunga api dan mercun. ternyatalah, suasana beraya di kampung lebih meriah di kampung. terutama bila dapat berkumpul dengan saudara mara.


esoknya, selesai solat sunat aidilfitri di masjid, macam biasa, kami bermaaf-maafan sesama keluarga. kemudian menziarah pusara saudara mara yg sudah pergi dahulu menghadap illahi. dan mengunjungi rumah saudara lain di kampung. paling seronoknya makan lemang yg mereka bakar sendiri dan rendang ayam kampung.


esoknya, pada ailfitri ke-2 sudah bersiap-siap nak pulang beraya ke kampung aku pulak. lagipun sebelah malamnya, ada kenduri doa selamat. sempatlah singgah dalam perjalanan balik itu di kuantan, dua buah rumah sedara mara.

- happy birthday... erin -

Sep 4, 2011

kami sekeluarga ke sg petani, kedah menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat. sejak berhari-hari sebelum itu erin asyik mengingatkan kami akan hari jadinya yg jatuh pd 4 sept. dlm perjalanan balik dr majlis (kami ke sana sejak jumaat) yg memakan masa pemanduan selama 5 jam dan 500km lebih, kami singgah ke one U. beli teddy bear besar sbg hadiah birthdaynya yg sebenarnya menambahkan koleksi sedia ada. lepas tu pergi makan-makan di pizza hut. erin, dah besar sekarang, kena belajar rajin-rajin, kena rajin tolong mama, jgn nakal-nakal ya...buat beberapa hari ni, pastilah diusungnya teddy bear tu ke mana-mana saje...