- mereka kan masih kecil lagi... -

Sep 23, 2011

beberapa hari lepas ada berita di akhbar mengenai 2 beradik mati lemas di kolam renang, di sebuah resort berhampiran kuantan. mereka dikatakan ke kolam renang itu tanpa disedari oleh ibu bapa. iyalah itu sudah takdir mereka, meninggal dengan cara begitu. namun, ada sesetengah kejadian boleh dielakkan  jika para ibu bapa lebih waspada, lebih prihatin, tidak leka.

budak-budak belum matang fikiran mereka. belum sedar buruk baik perbuatan mereka. tidak tahu bahaya yg menanti. yg mereka tahu nak bermain dan berseronok. kitalah atau ibu bapalah sebagai orang dewasa berfikiran matang yg perlu mengawasi mereka. prihatin akan pergerakan mereka.

di kawasan perumahan aku, selalu lihat pada waktu petang, budak-budak bawah umur, menunggang dan membonceng motosikal. ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan, selain untuk menghabiskan minyak motosikal. tanpa lesen, tanpa insurans, tanpa topi keledar. kadang-kadang menunggang laju, berlumba-lumba. kebanyakan mereka ini menunggang dengan pengetahuan ibu bapa tanpa larangan. kalau apa-apa terjadi di jalanan, kemalangan misalnya...siapa yg harus bertanggungjawab?

aku kembali kepada kisah 2 beradik yg mati lemas tadi. mengingatkan aku, setiap kali menginap di hotel dan menemankan anak-anak aku berendam atau berenang di kolam renang. setiap kali itu juga akan ada kanak-kanak yg mandi-manda tanpa ditemani atau diawasi oleh ibu bapa mereka atau orang dewasa lain. mungkin bagi mereka, anak-anak itu akan mandi di kawasan air cetek atau yg dikhaskan untuk kanak-kanak sahaja. ada sesetangah hotel memang menyediakan life guard yg mengawasi mereka di kolam renang. tetapi ada yg tidak menyediakan khidmat tersebut. jadi, tanggungjawab ibu bapalah atas keselamatan anak-anak mereka.

seperti yg aku katakan sebelum ini. budak-budak belum matang fikiran mereka. tak kenal bahaya yg menanti. mana tahu, tiba-tiba mereka terjun ke kawasan air dalam yg disediakan untuk orang dewasa. atau kerana terlalu leka bermain mereka tenggelam dan lemas. sebenarnya, kejadian seperti itu pernah berlaku depan mata aku sendiri. dan baru pulak berlaku. semasa aku menginap di sebuah hotel di kuantan, 2 minggu lepas. ketika itu, aku menemani anak-anak aku di kolam renang.

seorang budak lelaki dalam lingkungan usia 3 tahun, yg sebelumnya bermain air dengan kakaknya - yang hanya dalam lingkungan usia 7-8 tahun - di kawasan cetek yg disediakan. tanpa ditemani oleh ibu bapanya. tiba-tiba tanpa disedari telah terjun ke dalam  kolam yg disediakan oleh orang dewasa. di situ tiada tiada life guard yg mengawasi. mujur ada seorang ibu yg menemani anaknya mandi-manda di situ nampak apa yg terjadi. lantas menjerit untuk menarik perhatian yang lain. aku dan beberapa orang lain bergegas terjun, 'menyelamat'kan budak itu. yg sebenarnya, sudah kelemasan dan tercungap-cungap.

kakak budak tersebut kemudiannya menjelaskan yg mereka ke situ, dengan 'kebenaran dan pengetahuan' ibu bapa mereka yg dikatakan 'malas' melayan kerenah mereka untuk ke kolam renang. kumpulan ibu-bapa yg mendengarnya memang terkejut. ada yang marah, ada yg menggeleng-geleng kepala, ada jugak yg menyumpah seranah.

janganlah ambil mudah soal keselamatan anak-anak. ibu bapa perlu lebih prihatin. janganlah menyesal kemudian, tiada gunanya...

2 refleksi:

HappyIrfa said...

mmg cuai :-( sib baik x jd apa2
sikap ambil mudah la tu

bangsawan nilai said...

budak2 perlukan bimbingan dan dilindungi,tapi org dewasa take for granted...