- lesen dah nak mati weh... -

Sep 29, 2011

bila agaknya kali terakhir kita semak lesen memandu? maksud aku tarikh tamat tempoh lesen memandu. senang cakap dalam bahasa pasarnya, lesen mati. selalunya kita simpan aje lesen memandu dalam dompet. hanya keluarkan bila nak perbaharui lesen. atau bila ada road block di jalan raya. kena tahan polis atau JPJ. pada waktu lainnya, kita tak peduli pun. sebab kita tahu, kita ada lesen. bila ada lesen, kita bebas memandu.

lesen memandu boleh diperbaharui untuk tempoh 1,2,3,4 atau maksimumnya 5 tahun. tempoh setahun dikenakan caj rm30. kata seorang kawan, kalau boleh ambik lah maksimum. kalau kantoi, kena saman ke, sangkut dan tak boleh renew lesen...lepas 5 tahun baru kita setelkan. lagipun tak payah nak pikir atau semak-semak lesen untuk tengok tarikh luputnya. kadang-kadang kita waswas. kalau cukai jalan, biasanya syarikat insurans akan bagi surat peringatan. ataupun memang dah terpampang pada cermin depan kereta. tapi satu sayarat lagi, kenalah ada duit juga. kena pulak lesen mati tengah bulan, tengah 'tabungan' kering nak bayar rm150  utk tempoh jangka hayat lesen 5 tahun pun...sakit jugak!

aku pun sebenarnya tak ingat bila kali terakhir aku renew lesen memandu. tapi yg aku ingat, memang kali terakhir tu, untuk tempoh 5 tahun. oleh sebab tempohnya lama dan panjang, kita jadi leka dan lalai. tak pernah nak semak. tak pernah nak ambik tahu pun. yg aku tahu, ia ada dalam dompet. kalau tercicir pun, mungkin aku tak sedar. cuma, kalau ada beli dompet baru, semasa proses 'perpindahan' tu kita akan sedar atau 'terjumpa' lesen memandu tadi.

itulah yg terjadi pada aku. menggantikan dompet duit yg lama kepada yg baru, isnin lepas. dalam proses perpindahan itu, menyisihkan apa yg tak perlu ada dalam dompet lama ke dalam dompet baru. antaranya bil beli barang kat tesco 3 tahun dulu pun masih terselit di situ. isshh....

nak dijadikan cerita, ter'tengok' jugalah tarikh luput lesen memandu. ya, kali terakhir aku renew lesen ialah 5 tahun dulu iaitu 2006. dan tarikh matinya ialah 1 okt 2011. aku menarik nafas lega....mujur jugak terbeli dompet baru. kalau tidak memang tak ingat, memang lupa dan memang tak tahu pun lesen mati minggu ni.

tempoh yg panjang memang baik dari segi, kita tak payah nak renew saban tahun. dan jadi gabra bila nampak polis atau JPJ buat road block kat depan, semasa memandu. "eh, lesen kereta aku hidup lagi ke". tapi yg tak eloknya, macam yg terjadi pada aku lah. sebab terlalu selesa, kita jadi alpa. mujur jugak beli dompet baru! kalau tak?

dan...tengah hari itu jugak aku bergegas untuk renew lesen. anehnya...aku renew untuk tempoh 5 tahun, ya sehingga 2016! hmmmmmm......harap-harap kali ni aku tak leka...he he
ataupun aku perlu beri dompet baru setiap 5 tahun sekali...ha ha


2 refleksi:

Irfa said...

saya penah lalui situasi begini.lalu kat roadblock dan saya tak pasti lesen mati ke hidup.dgn penuh yakin saya lalu smbil baca ayat kursi..tak sgka,saya tak kena check apa pun..disuruh jalan je.sdgkan keta depan dan blakng siap kena buka cermin tunjuk lesen.

lepas roadblock sy stop nak check lesen..dah mati seminggu rupanya..
sib baik..

bangsawan nilai said...

ya kita selalu take for granted benda2 begini...
manusia mudah lupa...he he