peberet

Feb 28, 2009

lokasi peberet wifey
permainan 'kegilaan' erol - computer games
teddy bear kegemaran erin
kartun peberet eril - spongebob squarepant
orkid yg ditanam sjk 6 tahun dulu masih berbunga - pokok peberet TS
penjuru peberet TS - koleksi foto famili






kebiasaan yg biasa

Feb 27, 2009

setiap kita akan ada kedai yg biasa kita kunjungi. utk beli barang keperluan harian, mkn minum atu khidmat lain. masing2 ada kecenderungan utk pergi ke kedai yg sama, yg kita selesa atau servisnya baik. atau sbb kedai itu bersih malah ada yg pilih sbb jaraknya dekat dr rumah. mungkin jugak tawaran harganya lebih murah atau tauke/tuan punya kedai dah kenali kita.
mungkin ada antara kita tidak begitu. tp bagi diri TS...apa yg selesa, bersih, harga patut & layanan memuaskan..jadi pilihan.
kalau kedai mkn atau kedai mamak, ada 2-3 yg jadi pilihan tetap. kalau pergi kedai tu, TS dah boleh cakap "biasa..." bila ditanya nk mkn atau minum apa. begitulah 'biasanya' atau kerapnya mengunjungi kedai2 tersbt.
begitu jugak kalau ke kedai dobi. tak perlu nk explain apa yg mrk perlu buat. resit yg mrk hulur sudah siap tertulis apa yg diperlukan. tk perlu ulang2.
hal yg sama jugak bila ke kedai gunting. tak perlu tanya dah fesyen apa. cuma ckp 'biasa...". mrk taulah apa nak buat dgn rambut TS.
samalah halnya ke kedai cuci kereta. mrk dah tau apa yg TS mahukan. tak payah tanya, cuma serahkan kunci kereta dan ckp 'biasa...'

itu apa, apa itu

Feb 26, 2009


apakah yang "menjalar" masuk itu?

apakah yang "menongkat" naik itu?


Gerhana

Feb 25, 2009




lagu/lirik M. Nasir

Oh siapakah
Yang datang bersama malam
Dan menghilangkan wajah siang hariku
Oh engkaukah
Aku tak ingin menjemputmu biarlah kau hanya berdiri di depan pintu
Kau hancurkan hatiku kau musnahkan harapanku
Pulanglah ke tempat asalmu, tempat asalmu
Oh bilakah
Gerhana kan pergi dari sisiku
Pergilah engkau dengan janji-janji palsumu
Gerhana oh... oh...Gerhana oh... oh...
Oh bilakah gerhana dalam jiwaku
Oh bilahkah gerhana kan pergi dari sisiku
Pergilah engkau dengan janji-janji palsumu
Inginku berlari jauh tapi kau masih mencari
Pulangkalah ke tempat asalmu, tempat asalmu

[foto amatur 'gerhana bulan' oleh TS]

japanese food

Feb 23, 2009

utk dinner pd mlm minggu semasa TS menginap di hotel tu, kami disajikan japanese food. disbbkan penganjur menempah restoran jepun. mau tak mau terpaksa 'digagahkan' jugak. walhal tak pernah pun mkn seumpama tu sebelum ni.
tapi bila tengok 2-3 org panel tgh mkn, mcm sedap aje. apa salahnya mencuba? memang ada bnyk makanan, buah2an & dessert yg disediakan. semasa memilih apa yg nak dimkn, TS sedikit teragak2. "apa yg nak dimkn ni" detk hati TS. sampai si satu bhg," hello sir, wellcome to our restaurant..." please choose what ever you want to eat & i'll cook it for you". maka TS pun pilihla yg ada kat kaunter tu. kepah, tiram, sayur, sotong, ikan & daging. masukkan dlm pinggan & serah pd chef tu. "please be seated, i'll send it to your table" arah si chef tu.
sambil tu TS ambik udang masak tepung (agaknya) & nugget. cicah dgn sos sementara menunggu apa yg dimasak olh chef tadi. "tu western food. mknlah japanese food" kata seorg yg duduk di sebelah TS. "i tak reti mkn menda mcm ni doc." bisik TS pdnya."tak reti la kena try, kena mkn" galaknya.
kemudian waiter pulak dtg hantar satu teko tembikar kecik. ada limau nipis sekali. entah utk apa entah. "apa ni doc, teh jepun ke", tanya TS pd rakan sebelah tadi. "itu sup ala jepun, tryla. sedap". tapi TS tak minum pun. lepas tu, makanan yg TS pilih tadi dihantar oleh waiter. dah masak. nampak mcm sedap, tp rasanya mcm separuh masak.
rasa kembang tekak TS. tp cuba jugakla habiskan...gagal.
TS bangun, pura2 menuju ke kaunter buah2han yg letaknya di pintu masuk restoran. bila toleh belakang, semua org sdg 'khusyuk' mkn. TS pun terus keluar. tuju ke kedai makanan segera terletak berdepan dgn hotel. beli burger jela....hu hu

profesor madya ke profesor madeya?

Feb 22, 2009

apa kita nak buat kalau dijadikan sasaran sindiran & kritikan? senyum pahit & telan air liur sj?
sekali dua mungkin boleh. kalau provokasi lebih2...apa respons kita?
berdiam diri, beerti tak mampu mempertahan diri.
profesor madeya [bodoh =bahasa Tamil] ini berlagak ego. tk tau apa masalahnya. mungkin pernah mintak kerja di institusi yg sama mcm TS tp tk dpt? ada masalah rumah tangga? bukunya kena reject bila hantar ke penerbit?
lebih teruk lagi cuba mempengaruhi rakan2 panel lain utk bersetuju dgn 'pendapat bangangnya' itu. mcm mana org spt ni boleh jadi prof. madeya? hati berkarat...takda sopan, kasar & celupar. songkok yg sentiasa dipakainya tu mewakili apa agaknya? aksesori mungkin!
sarang tebuan jgn dijolok. mungkin TS ni nampak pendiam, tp kalau dh ke tahap memperlekeh terimalah balik serangan peluru berpandu yg bertalu2 dpd TS. kan dah terduduk. apa you ingat ada title prof .madeya tu hebat sgt ke? kat tempat kerja TS ni melambaklah prof. yg lebih hebat tp humble aje. kalau setakat nak hurai definisi apa itu Islam, apa tamadun Islam, apa beza dosa pahala - pun terkial2. buang je la songkok & cukurlah janggut sejemput tu...
kan dah terdiam. kalau tak puas hati, kenapa tk balas. memang TS ni takda title apa2. tp tau sapa yg perlu dihormati. TS tak pandanglah ahli akademik yg mcm tu lagaknya. semasa akhir bengkel si prof. madeya ni tadi terus blah. sdgkan panel yg lain bersalam-salaman. apasal...malu ke? padan muka....lain kali jgn rasa diri tu hebat sgt. kalau perasan hebat tu you punya pasallah...jgnlah nak attack org lain plak. kan dah kena. silap orangla...

ego atau bodoh sombong?

Feb 21, 2009

sudah beberapa tahun TS tak kerja pd sabtu.
hari ni kena 'kerja' walaupun bukan kerja rutin di pjbt.
'bengkel penilaian manuskrip' begitulah tertulis pd back drop bilik seminar.
manuskrip ini sepatutnya siap berbulan2 dulu. panel penulis/penilainya pun dah entah berapa kali ditukar.
sdg ini pula pertama kali TS menyertai seumpamanya.
pd sesi pertama TS dh nampak ada masalah. walaupun sasarnya akan siap dlm 2 hari berbengkel ini (kononnya). pd sesi pertama ini baru sj hendak dirangka modus operandi & terma rujukan sbg panduan.
jangkaan TS kalau baru nk buat rangka kerja, tk mungkin akan siap kerja yg setahun terbengkalai, nk disiapkan dlm masa 2 hari sj!
tambah pula ajknya terdiri dpd para akademik dpd latar berbeza & ipt berbeza. masing2 nak menonjolkan 'keilmuan', kepandaian dan kebijaksanaan. masing2 dgn ego. mematah hujah org & mempertahan hujah sendiri. setiap kalinya terpaksalah pengerusinya menjadi 'org tgh' sbg jln kompromi.
sesi pagi yg berakhir pd waktu mkn tgh hari (5 jam kemudian) - hanya 12 hlm yg sempat disemak! tak sampai satu bab pun.
nyatalah jangkaan TS benar belaka...

out station

Feb 20, 2009

ptg tadi, check-in di hotel di jln putra, kl. apa boleh buat kena ikuti bengkel. yg sebenarnya wakil boss.
semak nama kat kaunter hotel. takda nama TS di situ...pulak dah. pengesahan penyertaan dah dibuat pd penganjur sjk 3 hari lepas.
mcm mana ni. tengok di lobby tu, takda sekor pun ahli sekretariat penganjur kat situ. nak refer sapa?
akhirnya TS suruh staf di kaunter yg cun melecun tu semak nama boss. memang sah. nama boss tak ditukar kpd nama TS. apara...nyusahkan org.
kalau takda nama tadi memang TS dah nak blah aje dr situ.
bila masuk bilik hotel di tingkat 14.
arghh...fikiran jadi tenang. kepala yg tadinya dah panas, tiba2 sejuk.
biliknya luas, cantik, kemas, perhiasan menarik. bila bukak tingkap, viewnya pun sedap mata memandang.
boleh nampak menara kembar lagik.
ok lah sekurang2nya, tklah boring duk sini sepanjang hujung minggu ni. seberang jln hotel ni pun ada kompleks beli-belah. ada masa luang nanti, boleh jengok ke situ.
patutnya mlm ni ada sesi ice breaking. tapi malasla nak turun.
memerap dlm bilik ni lagik best. lagipun channel bola (sukan) 812/813 ada kat sini.

takda masa

Feb 19, 2009

bila kita kata takda masa, ramai yg ragu.
bila kita kata kita sibuk sgt, ramai yg kata..."alah, alasan je tu..."
sjk pagi ni, dah kena sediakan dokumen utk meeting jam 9:30. tp sjk jam 9:00 dah ada ahli meeting yg dtg. kena entertain la pulak.
9:30 am - 1:00 meeting berlangsung. terus-menerus.
bila tamat. semua yg diputuskan dlm meeting perlu dibuat susulan. ada yg urgent. kena ambik tindakan masa itu jugak. tak leh tangguh.
tak sempat nak lunch tadi.
kejap lagi dah nak kena bergegas ke jln semarak.
kena jumpa wakil beberapa u lain yg sdg bermesy. di sana utk serah surat, buku & dokumen lain.
so, memang takda masa...memang sibuk. bukan alasan, sekurang2nya dlm kes TS hari ni.

jadual kerja

Feb 18, 2009

jadual kerja TS sepanjang minggu ni & minggu depan
18/2 - meeting tentang design/cetakan katalog/beg kertas
19/2 - meeting panel anugerah
20/2- meeting editorial
20/2 - bengkel penilaian manuskrip
21/2 - bengkel penilaian manuskrip - sabtu
22/2 - bengkel penilaian manuskrip - ahad
23/2 - app. dgn ajk penasihat
24/2 - taklimat lawatan dpd library
25/2- meeting bulanan
26/2 - app. dgn penulis
26/2 - app. dgn ajk penasihat

sebelum mesy. perlu sediakan segala report mak nenek. lepas mesy. kena ambil tindakan pd perkara berbangkit yg urgent. so, masa bila nak kerja. kalau kerja lambat siap, kita yg kena bambu...

sepanjang jalan kenangan...4

Feb 17, 2009


masa muda belia, kita selalu ikut kawan2. tak pikir panjang sgt. tau nak seronok je.
masa tunggu result SPM, TS ikut kwn. katanya kerja di Genting gaji lumayan. dia dah kerja sebulan kat sana.
seronok dengar pasal duit. yelah, budak2 lagi bkn senang nk pegang duit sendiri. mintak izin dgn mak, sbb abah tk bagi. katanya "tak yah la sesusah caghik kojo jejauh. caghikla kojo dokek ghumah ni yo" [tk payahla cari kerja jauh2. carilah kerja yg. dekat dgn rumah]. tapi TS dh nekad. cuba je, kalau tak ok nanti balikla, ayat utk legakan mrk.
diringkaskan cerita, kwn TS tu jemput dgn motor. di sana disediakan hostel utk pekerja. esoknya kwn TS perkenalkan pd supervisornya. sbb ada kwn rekomen, mudahla dpt kerja. lagipun boleh speaking sikit2.kerjanya adalah sbg waiter di sebuah lounge. TS diberi latihan singkat. katanya kalau kerja rajin boleh dpt tips bnyk & naik pangkat jd kapten. TS diberi uniform 3 pasang. mlm tu jugak start kerja. gajinya taklah banyak mana. tp kalau campur overtime & tips...lumayan gak. tp hati tk senang tengok aksi mabuk & adegan 'terlampau' pelanggan saban mlm. lagipun sbg waiter, kita kena layan mrk walau apa sj yg mrk order. sebulan kerja di situ, TS mintak berhenti, walaupun kwn tadi cuba pujuk & tahan.
nak balik rumah, rasa malu. itu hari mak abah larang, nak cuba jugak. mak abah pun tak tau TS kerja sbg apa kat sini. kalau dibagitau mesti kena marah & disuruh balik.lagipun result keluar lmbt lagi. dpd menganggur kat rumah lebih baik kerja, ada jugak duit. jadi TS cuba mintak kerja jadi caddie di sebuah kelab golf di situ. gajinya taklah selumayan jadi waiter. tp fikiran TS tak terganggu dgn benda2 yg tk senonoh & subahat tu. dapat jugak tips dpd yg main golf. makan minum biasanya free. seronok jgk jadik caddie walaupun kengkadang penat angkut beg golf yg berat tu turun naik bukit. ttp yg seronoknya kalau ada yg main bertaruh, menang...kita sbg caddie akan dpt tips besar. ttp kena jugak cepat belajar, mana satu kayu golf yg betul utk setiap pukuluan. iron nombor berapa. putter mcm mana. catatan jumlah pukulan. kalau masuk bunker, kayu mana yg sesuai. seingat TS, pemain paling kedekut biasanya dr Jepun, tips ciput. kalau bola golf masuk semak pun dia suruh carik sampai dpt.yg paling pemurah dpd US. lagipun dulu tk ramai pemain lokal mcm skrg. yg ramai pelancong atau mat saleh yg main golf. selain tu boleh carik duit lagi kalau rajin carik bola golf yg hilang, biasanya waktu awal pagi atau senja (dulu takda main golf mlm).kat dlm semak atau dlm kolam air/tasik. kumpul2 boleh jual balik pd yg nak beli bola golf recycle yg dijual harga murah. TS kerja situ 2 bln. seronok tengok gelagat pemain golf. lagipun kerja siang je. dlm masa kerja di situlah duit yg dikumpul, TS dpt beli motor 2nd hand.

bukit oh bukit

Feb 16, 2009

sejak tengah hari tadi, tak henti2 sms TS terima. banyak yg lucu, tak kurang yg dua makna.

"bukit lanjan dah tukar jadi bukit lanjang"
"sapa suruh tido telanjang..."
"kalau org, kena letak jawatan, kalau dia, mangsa sabotaj...banyakla"
"kenapa tiba2 BUKIT menjadi perhatian"
"patik mohon derhaka, nak tunjuk bukit"
"dia jaga hal-ehwal pelencongan, alam sekitar 'semula jadi' & khidmat pengguna, itula pasal"
"o bukit, o bukit kenapa engkau tunjuk bukit?macam mana aku tak tunjuk, bukit aku cantik!"

ini semua gara2 pasal bukit! ...

makan bola, tidur bola

sumber foto : manutd.com
ramai yg mengeluh. kenapa sjk kebelakangan match yg melibatkan man utd berlangsung lewat.
kalau match, pertengahan minggu tu, paham2lah sbb main mlm di sana.
tapi matchhujung minggu pun lewat jugak.
smlm lwn derby (FA cup) start 12:30am.
sebelum tu lwn west ham 12:00am, lwn everton pun 1:30am
lwn fulham nanti pun 3-4 pagi.
apa boleh buat, skrg ni rangkaian stesen tv & penaja yg lebih berkuasa menentukan jadual perlwnan.
khabarnya penyokong di england pun tak berapa berkenan. ssb menyukarkan mrk utk travel ke stadium pasukan lwn yg jauh sbb start lewat. jadi perancangan perjalanan terganggu.
kalau dulu secara tradisinya pukul 3:00pm petang sabtu (di m'sia - 10-11pm), sepak mula utk semua perlwnn. cuma ada satu live di tv utk match of the day.
penyokong di m'sia & sewaktu dgnnya, terpaksala bersengkang mata.
kalau menang tu berbaloila, kalau kalah...letih bro!

pak ungku

Feb 15, 2009


dah beberapa kali TS hadiri majlis yg turut dihadiri olh pak ungku. tapi kali ini agak berbeza. majlis ini adalah pelancaran buku berjudul Glimpses of the Past. buku ini ditulis oleh beberapa profesor emeritus/profesor UM spt khoo kay kim, abu bakar hamid dll. yg berkhidmat sejak pak ungku menjadi naib canselor dulu. majlis dianjurkan oleh jbtn pengajian media, UM & penerbit UM. ramai kalangan tokoh akademik & alumni UM yg hadir. menariknya para penulis buku itu mendedikasikannya kpd pak ungku.
hari pelancaran buku tersebut juga sengaja dipilih pd 28 jan.
hari tsbt merupakan hari lahir pak ungku. pada 28.1.09 - usia pak ungku menjangkau 87 tahun.
sempena pelancaran buku itu juga diadakan majlis menyambut hari ulang tahun kelahiran pak ungku.
pak ungku kelihatan terharu dgn sambutan & ingatan itu.
TS sejak dulu mengagumi pak ungku sbg tokoh pemikir & akademik yg disegani. tabung haji & koperasi - antara buah fikirannya yg memberi sumbangan besar.
sayangnya pd majlis itu, TS hanya berpeluang mengucap 'tahniah' & bersalam dgnnya. terlupa bawak kamera & hp pulak tk canggih. jadi tak sempat merakamkan gambar kami. apabila memberitahu yg TS ni seorg editor..."bagus, tapi kena banyak membaca & buka minda" katanya sambil tersenyum.

yang betulnya...7

Feb 14, 2009

penggunaan tanda sempang

salah .................................... betul
1990an ................................. 1990-an
adik beradik ............................ adik-beradik
anak beranak ........................... anak-beranak
bantu membantu .........................bantu-membantu
gotong royong ........................... gotong-royong
hambaMu .............................hamba-Mu
hormat menghormati ...................hormat-menghormati
kejar mengejar ............................kejar-mengejar
ke 12 .................................... ke-12
menghuruharakan .......................menghuru-harakan
mundar mandir .........................mundar-mandir
ramah tamah ............................ramah-tamah
sabung menyabung .....................sabung-menyabung
semalaysia ..............................se-Malaysia
serta merta ............................serta-merta
tari menari ............................tari-menari
tegur menegur ......................tegur-menegur
tembak menembak ...................tembak-menembak
ulang alik ................................ulang-alik
Yang Dipertuan Agong ...................Yang di-Pertuan Agong

sumber: koleksi lembar bahasa, DBP

lumba basikal

Feb 13, 2009


pagi ni,sbb wife tkda, TS ambik time-off.
maknanya lambat sikit masuk ofis.
lps settlekan bebudak pergi sekolah (sek. agama & tadika - masuk 8:00 am).kira2 8:15am terus memandu ke ofis. jangkanya dlm 40minit boleh sampai.
tp jangkaan tk smestinya tpt.
rupanya hari ni ada lumba basikal LTDL, laluannya di sekitar kl-pj-shah alam. maknanya banyaklah laluan utama ditutup. bertembung pulak dgn waktu puncak - org nk pergi kerja.
makanya...jammedlah jadiknya yg teramat.
kalau ikut nasihat polis/dbkl/radio - ikutlah jln alternatif. jadik, TS pun melenconglah ke jln alternatif.
tp ...jammedlah jugak.
tk boleh buat apalah...ikut je arus.
terhenggok2 mcm semut...akhirnya sampai jugak 9:30am.

resensi...6

Judul : Pengurusan Perubahan Terancang dalam
Pembestarian Sekolah
Tahun Terbitan : 2009
Pengarang : Mohd Izham Mohd Hamzah
& Sufean Hussin
Halaman : 470
Harga : RM70.00





Buku ini berkaitan penyelidikan kualitatif dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Ia dihasilkan sebagai panduan komprehensif untuk pelajar pascaijazah yang menjalankan penyelidikan, menganalisis data kualitatif, dan menulis disertasi sarjana tesis dan tesis doktor falsafah. Huraian dan perbincangan dipapar secara terperinci mengenai kerangka teori; isu dan masalah; kaedah penyelidikan yang sahih dan tinggi kebolehpercayaan; analisis data kualitatif secara bertema dan sistematik; pembentangan dan persembahan dapatan kajian; serta rumusan dan implikasi kajian.
Selain itu, buku ini turut mengutarakan fenomena kecelaruan dalam proses perubahan terancang dan proses pelaksanaan dasar pembestarian sekolah. Hasil kajian dipersembahkan daripada analisis data kualitatif menggunakan program NVivo. Kajian buku ini menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen berkaitan pembestarian sekolah. Data yang diperoleh kemudiannya dikodkan dan ditemakan menggunakan teori pancang asas berdasarkan data lapangan.

mr. mama dan lcct

Feb 12, 2009

nampaknya 2-3 hari ni terpaksala TS jadik mr. mama. melayan kerenah anak2.
wife out station ke kuching.
sbb dah last minute semua tiket dah habis (air asia/mas). yg ada cuma flight 7:00am sdgkan meeting jam 10:00am.
pagi tadi seawal 6.00am hantar dia ke LCCT. ingatkan tklah sibuk sbb awal pagi. meleset!
laluan ke terminal agak sesak. maklumla tk spt klia, di sini cuma ada satu laluan. berlepas atau ketibaan, laluan sama. takda tempat turunkan atau ambik penumpang.
semua kenderaan guna laluan yg sama - persendirian, teksi atau bas.
itulah penyebab sesak. takkanlah org yg bawak beg besar2 atau bnyk brg nak turun jauh dari terminal. teruklah nak angkut. jadik kebanyakannya tk hiraukan sign board - no parking/no waiting/no loading/unloading.
ramai pakat berhenti tepi jalan. malah ada yg double parked. mana tak sesak.
TS hanya sempat turunkan wife sebelum beredar pergi. lagi pun dah berbalas2 'pantun' kat rumah tadi. kalau nak masuk parking, satu hal lagi pulak.
apa boleh buat.
itula fungsinya lcct. terminal tambang murah jadi segala kemudahannya terhad...murah!
yg pasti 2-3 hari ni pasti sesak kat rumah mcm lcct. sesak nafas melayan anak2...hu hu

ikan sembilang masak lomak cili api + tempoyak

Feb 11, 2009

itula menu mkn mlm TS. itula jugak antara masakan popular org negori. jugak masakan 'peberet' TS.
olh sbb wife bukan org negori, jaranglah menikmatinya.
kebetulan hari ni psr mlm ada dijual masakan tu. kalau ke psr mlm, memang jarang sekali TS beli nasik campur. kerap kali beli makanan lain spt nasik kerabu, jagung bakar, yong taufu, mi sup, nasik ayam, kebab...(panjangnya senarai)..dsb
tp bila tiba di satu gerai tu, demi terpandang aje ada ikan sembilang (tempat lain panggil ikan keli) masak lomak cili api yg kuahnya pekat sbb dicampur tempoyak menybbkan langkahan kaki TS terhenti di situ. tambah pulak dgn sambal ikan bilis goreng + kacang yg digoreng garing/kering.
yum...yum..
sampai rumah terus bukak bungkus, nah...tk pandang kiri kanan dah. sodapnyo...!

bisik-bisik

setakat pagi ini dah ada 3 org rkn sekerja yg bisik-bisik.
slps TS tapis & timbang.
ketiga2 bisik-bisik itu punya persamaan. kata org kalau bisik-bisik dtgnya dpd sumber2 yg berlainan ttp isi & maklumatnya sama maknanya bisik-bisik itu - ada kebenaran & kesahihannya.
sejauh mana benarnya bisik-bisik itu, TS tk dpt mengesahkan.
anehnya, kenapa bisik-bisik itu tak terus kpd TS.
sebaliknya bisik-bisik melalui org ketiga...

lepas geram

Feb 10, 2009


1. kita dah siapkan blurb utk buku tu sjk lebih 2 bulan lepas. skrg buku tu di peringkat akhir. teks dah lengkap sampai ke peringkat dummy. isbn & cip dah beres. rekaan cover dah setuju. pendeknya dah sedia utk dicetak... tp tiba2 diberitahu yg blurb tu hilang! kenapa sekrg nak bagitau. kenapa tak sebulan dulu atau 2 minggu dulu.
dahla tu mintak kita buat balik. senang2 je. kenapa sekarang? selama 2 bulan tu, apa yg dibuat? busy sgt ke...setaunya tak pulak.
kalau satu seksyen buat kerja tp seksyen lain 'lembap', maka kerja akan sangkut.
tolongla...kita kerja sbg satu team. kalau ada team member yg buat hal...buat leceh...hancurla perancangan.
ubah la sikap tu. ini bukan 1st time...dh bnyk kali dah. sampai bila nk tunjuk muka seposen tu bila kena taruk!

2. kita dimintak spy jadi staf yg proaktif. kena buat kerja yg kadang2 bukan tugasan kita. semata2 nak cepatkan kerja. kadang2 kena dulukan duit sendiri. korban, sbb ada kerja yg urgent! kita pun paham. bukan semalam kita baru kerja, dah bertahun dah...
tp bila kita buat mcm mana pun mrk tak hargai jugak. tk nampak jugak. minggu lepas ada tugasan urgent. kena hantar dokumen utk satu anugerah buku. perlu fotostat dokumen yg banyak jumlahnya, beratus kosnya. kita tk berkira, kita usaha sendiri, hantar ke kedai sendiri, dan dulukan duit sendiri.
tp bila nak claim, punyala payah. resit kena pecah2kan la. boss belum signla.petty cash tak masuk lagila. dah habisla. tahu dh habis kenapa tak tambah awal2. kalau engkorang claim, on the spot dpt. kalau kita org, bnyk alasan la...
habis tu yg duit kita dah beratus habis tu camana...ingat kita org ni gaji besar mcm boss ke?
sudahla...cukup2la retorik tu. yg buat kerja siapa lagi, kita org ni jugak...

sudah bayar

Feb 8, 2009


spt. biasa, kalau hujung minggu TS sekeluarga breakfast di luar. lambat pulak tu 10:00-10:30. kedai pilihan sama ada di bbn cafe atau bistro salam. walaupun jauh sikit dr rumah tp sbb servisnya cepat jadi pilihan utama. sesak mcm manapun ttp cepat. baru duduk, pelayan dah ambik order. tk payah panggil dtg. tk lama duduk yg diorder dh sampai. kedainya pun bersih.

pagi ni, sdg tunggu order sampai, TS disapa oleh seorg kenalan. selepas berborak kejap, dia menuju ke kaunter bayaran. slps 'selesai' mkn, TS pun panggillah pelayan.
"macha, sini kira".
"suda bayarla boss" katanya.
"eh belum kira, mcamana sudah bayar" balas TS, keliru.
"ada orang suda kasi bayar", katanya menjelaskan.
"ooo...itu mcm ka".
jadik, tentunya kenalan yg menyapa TS tadi yg "membelanja". moga dimurah rezeki, lain kali belanjalah lagi...he he

adeh...lupa la pulak!

Feb 7, 2009

ptg tadi, keluar beli goreng pisang utk minum ptg. seorang diri je.
tengok meter minyak, dah dekat ke paras merah. dh beli goreng pisang kat gerai tepi jalan, terus sajalah ke stesen minyak terdekat. taklah dekat sgt 3 km jugakla.
selepas bayar di kaunter. terus masuk kereta & pandu menuju ke rumah. kira2 1km nak sampai ke rumah, tengok panel meter masih pd paras yg sama. aik, apa yg diisi tadi, angin aje ke?
flashback...
lepas bayar rm20 di kaunter pd kasyier. TS menuju ke kereta. masuk kereta. tutup pintu. start enjin. terus pandu balik.
adeh...memang sah, tak isi minyak. hangus rm20. nasib baik. kalau rm50, tak ke naya!
nak patah balik, dah malas. kemudian nanti ajela isi semula...

homwet & kuey ijau

Feb 5, 2009


biasanya lepas maghrib, setiap rabu kami akan ke pasar mlm.
hari ni memang dinanti2 oleh anak2 TS sbb selain makanan mrk jugak akan 'memujuk rayu' (biasanya dpt) nak beli jajan, mainan atau belon yg mcm2 bentuk (biasanya dijual di laluan keluar masuk - strategik!)
tapi hari ni luar biasa...
si kecik erin tak nak pergi. tak nak ikut. malah mula nak menangis tak mau, walaupun dipujuk. alasannya...
"nak siapkan homwet (homework)...!'
"nanti mama belila kuey ijau (kuih seri muka kegemarannya)".
biar betul tak nak ikut.
aik...satu perkembangan yg menarik. jadi eril, abangnya terpaksa ditinggalkan sbg peneman/baby sitter.
bila kami balik kira2 45 minit kemudian dgn makanan & 'kuih hijau'.
erin sudah sedia menyambut di muka pintu.
"homwet da siap...ada beli kuey ijau tak?"

serupa tak sama

Feb 4, 2009

kejadian 1
semasa bersiar2 dgn famili di the gardens ahad lps, TS didatangi seorg minah indon. "pak, bole tolong saya pak". dgn mimik sedih mukanya, mintak simpati. "saya ditinggalin, abg saya. mau telepon, kredit saya habis", sambungnya, walaupun TS tak mintak penjelasan pun. "Jadik...?". "mintak tolong, pinjam telepon, mau hubungi dia". aik, apahal pulak ni. tak lain nak mengena la gamaknya. lagipun, apa pasal pulak minah indon tu, berlegar2 sejak tadi di shopping complex mewah ni. TS ke sini pun nak bersiar, ambik gambar & window shopping je. bukan tak mampu...jimat. he he...
"mcm ni la. awak pergi kat kaunter reception, pinjam telefon dia org". TS bagi idea. sedar yg tk dilayan, dia pun beredar. tp tk lama lepas tu, dtg balik. "gi mana mau pergi kaunternya, pak?". "turun tangga tu, kat tepi tangga ada receptionist...". lalu dia pun pergi.
dlm hati terdetik jugak, betul2 ke atau sekadar nak mengena. takpalah, sekurang2nya TS dah tolong...

kejadian 2
pagi tadi TS didatangi seorg penulis. sebelum ini pernah dtg nak terbitkan tesisnya. dia seorg pelajar indon, yg menyiapkan phDnya di negara ini. dia dicadangkan bertemu TS oleh penyelia tesisnya (seorg prof. yg mengenali TS). dlm pertemuan sebelum ini, TS cadangkan kemas kini & ubah suai tesisnya utk dijadikan manuskrip buku.
jadi kedatangannya kali ini nak 'kononnya' nak bincang pasal bukulah. mula2 cerita pasal buku. ttp di akhir perbincangan dia keluar topik. katanya "sebenarnya sudah seminggu di sini. saya kehabisan uang utk pulang. kaluk bole, pinjamkan saya uang". aduuh. mcmla TS ni bnyk 'uang'. "berapa maunya, kalau setakat nak tambah tak cukup 100 dua bolehla saya bantu. kalau banyak, saya pun enggak ada uang". "1,200 tuan". mak aii bnyknya. "terus terang, saya enggak ada uang sebanyak itu" dlm hati kata...kalau ada pun mungkin takkan bagi..." ni saya kasik 50 ringgit, utk belanja". lagipun dia dtg dgn kereta yg dipinjam dpd saudaranya di m'sia katanya. antara percaya dgn tak percaya ceritanya, TS hulur jugak duit tu. lagipun rm1,200 utk perjalanan sehala...betulke. rasanya taklah semahal tu. jadik, lps tu semak di internet:
tambang ke surabaya sehala - rm249 (air asia)/ rm459 (mas).

maka, bergumbirala mereka

Feb 3, 2009

pagi semlm, seawal 2:00 pagi. bertalu-talu sms, TS terima. hingga terpaksa menukarnya pd silent mode. telefon TS memang beroperasi 24 jam, 7/7, 365.
yep, penyokong fanatik (lunatik?) sdg bergumbira, bila pasukan poojaan mrk menang. lalu mengisytihar penyokong di KL bercuti (walhal memang KL cuti he..he). TS hanya senyum simpul sj melihat gelagat & baca sms mrk. "YNWA", "epl champions in the making", "are you watching, OT" "sir alex sudah goyang" "MU tak lama lagi nk kena potong""king torres""dah dekat dah"
org dh tk "dapat menda tu" 20 thn, memangla 'berahi' semacam. hu hu.
rupanya, mrk menang lwn 10 org. itupun gol last minutes. dan jgnla lupa pulak, team mana masih di atas.dan...ada satu game dlm tgn.
biarkan...biarkan

dah berubah

Feb 2, 2009

jumaat lps, TS ke pusat niaga, seksyen 14, PJ. meneman seorg kwn yg nak beli software antivirus utk laptop yg baru dibelinya. kami ke digital mall. apa sj yg hendak dibeli berkaitan tekno IT, telekomunikasi & seumpamanya boleh dibeli di situ. harganya agak murah & bnyk pilihan.
semasa bujang dulu, TS tinggal menyewa di kwsn perumahan di seksyen 14 inilah. jadi segala ceruk, selok-belok PJ, dlm kocek TS. digital mall dulunya metrojaya. ada bnyk lagi premis yg dh bertukar tuan atau servisnya. kedai buku MPH dah tukar jadik restoran mamak. kompleks beli-belah jaya dh tak beroperasi, katanya sedang buat renovation. sebuah klinik yg dulunya klinik panel utk sykt TS bekerja, kini dah jadi kedai dobi. sebuah kedai kaset/cd/ kini jadik bilik operasi MBPJ.
ada bnyk kedai yg dah berubah khidmat niaganya. apa agaknya yg akan berubah 10 thn lagi?

stairs to nowhere

Feb 1, 2009




sepetang bersama prof.

sdg sibuk mengerjakan tugas harian, prof. pian muncul. dtgnya dgn dr iz, yg diperkenal sbg co-author utk bukunya. tujuannya nk serah surat perjanjian penulis-penerbit. selain nk ambik naskhah pengarang. bukunya baru je siap cetak, akan masuk pasaran minggu depan.
TS kenal prof. pian sjk beberapa thn dulu. ini bukunya yg ke-3 bersama kami. orgnya simple. tk spt kebanyakan prof. yg selalunya bnyk kerenah, bnyk songeh. selps berbual pendek, dia ajak utk belanja minum. TS cuba menolak, lagipun boss takda. jadik tugas pengawasan ofis diletakkan pd TS. tp prof. pian gesa jugak. tkpala, sekejap. lagi pun hubungan editor-penulis pun kena jaga jugak. kami pun menuju ke kantin berhampiran. sebaliknya, prof. pian melencong ke tempt parking. dia mengajak TS & dr iz naik kereta. mau tk mau, ikut jela. naik merz merahnya.
merz menuju ke bangsar. katanya belanja minum je, jadik TS pun order teh ais. tp prof. pian order mcm2 makanan. ini kes paksa rela. kena mkn la jugak. heavy pulak tu. sepnjang mkn2 sambil berborak tu, mcm2 topik yg keluar. dpd hal buku yg baru keluar tu, road show berakitan buku tu, diskaun & royalti, strategi pemasaran, hal kerja hinggalah hal politik, cerita prof. pian semasa di oregon univ. dulu, kisah hippies, bola, artis, soal siapa tokoh melayu yg paling ternama, kisah zaman sekolah dsb. serius ada. lucu ada. mengarut pun ada.
sedar2 tk sedar dekt 2 jam berborak. dekat jam 5 dah. yg menyenangkan, mrk berdua tk henti2 memuji2 kerja baik TS hingga terhasilnya buku mrk. sdg bagi TS itu hanyalh sbhg tugas. tp dlm hati rasa kepuasan hasil kerja kita dihargai. semasa melangkah keluar dr kereta semasa balik, prof. pian menyeluk sesuatu ke dlm poket TS. cuba jugak tolak. tp prof. insist . tak baikla tolak pemberian org. rezeki...
kalaula semua pof. atau penulis mcm prof pian...seronokla kerja. rasa dihargai.