serupa tak sama

Feb 4, 2009

kejadian 1
semasa bersiar2 dgn famili di the gardens ahad lps, TS didatangi seorg minah indon. "pak, bole tolong saya pak". dgn mimik sedih mukanya, mintak simpati. "saya ditinggalin, abg saya. mau telepon, kredit saya habis", sambungnya, walaupun TS tak mintak penjelasan pun. "Jadik...?". "mintak tolong, pinjam telepon, mau hubungi dia". aik, apahal pulak ni. tak lain nak mengena la gamaknya. lagipun, apa pasal pulak minah indon tu, berlegar2 sejak tadi di shopping complex mewah ni. TS ke sini pun nak bersiar, ambik gambar & window shopping je. bukan tak mampu...jimat. he he...
"mcm ni la. awak pergi kat kaunter reception, pinjam telefon dia org". TS bagi idea. sedar yg tk dilayan, dia pun beredar. tp tk lama lepas tu, dtg balik. "gi mana mau pergi kaunternya, pak?". "turun tangga tu, kat tepi tangga ada receptionist...". lalu dia pun pergi.
dlm hati terdetik jugak, betul2 ke atau sekadar nak mengena. takpalah, sekurang2nya TS dah tolong...

kejadian 2
pagi tadi TS didatangi seorg penulis. sebelum ini pernah dtg nak terbitkan tesisnya. dia seorg pelajar indon, yg menyiapkan phDnya di negara ini. dia dicadangkan bertemu TS oleh penyelia tesisnya (seorg prof. yg mengenali TS). dlm pertemuan sebelum ini, TS cadangkan kemas kini & ubah suai tesisnya utk dijadikan manuskrip buku.
jadi kedatangannya kali ini nak 'kononnya' nak bincang pasal bukulah. mula2 cerita pasal buku. ttp di akhir perbincangan dia keluar topik. katanya "sebenarnya sudah seminggu di sini. saya kehabisan uang utk pulang. kaluk bole, pinjamkan saya uang". aduuh. mcmla TS ni bnyk 'uang'. "berapa maunya, kalau setakat nak tambah tak cukup 100 dua bolehla saya bantu. kalau banyak, saya pun enggak ada uang". "1,200 tuan". mak aii bnyknya. "terus terang, saya enggak ada uang sebanyak itu" dlm hati kata...kalau ada pun mungkin takkan bagi..." ni saya kasik 50 ringgit, utk belanja". lagipun dia dtg dgn kereta yg dipinjam dpd saudaranya di m'sia katanya. antara percaya dgn tak percaya ceritanya, TS hulur jugak duit tu. lagipun rm1,200 utk perjalanan sehala...betulke. rasanya taklah semahal tu. jadik, lps tu semak di internet:
tambang ke surabaya sehala - rm249 (air asia)/ rm459 (mas).

0 refleksi: