pak ungku

Feb 15, 2009


dah beberapa kali TS hadiri majlis yg turut dihadiri olh pak ungku. tapi kali ini agak berbeza. majlis ini adalah pelancaran buku berjudul Glimpses of the Past. buku ini ditulis oleh beberapa profesor emeritus/profesor UM spt khoo kay kim, abu bakar hamid dll. yg berkhidmat sejak pak ungku menjadi naib canselor dulu. majlis dianjurkan oleh jbtn pengajian media, UM & penerbit UM. ramai kalangan tokoh akademik & alumni UM yg hadir. menariknya para penulis buku itu mendedikasikannya kpd pak ungku.
hari pelancaran buku tersebut juga sengaja dipilih pd 28 jan.
hari tsbt merupakan hari lahir pak ungku. pada 28.1.09 - usia pak ungku menjangkau 87 tahun.
sempena pelancaran buku itu juga diadakan majlis menyambut hari ulang tahun kelahiran pak ungku.
pak ungku kelihatan terharu dgn sambutan & ingatan itu.
TS sejak dulu mengagumi pak ungku sbg tokoh pemikir & akademik yg disegani. tabung haji & koperasi - antara buah fikirannya yg memberi sumbangan besar.
sayangnya pd majlis itu, TS hanya berpeluang mengucap 'tahniah' & bersalam dgnnya. terlupa bawak kamera & hp pulak tk canggih. jadi tak sempat merakamkan gambar kami. apabila memberitahu yg TS ni seorg editor..."bagus, tapi kena banyak membaca & buka minda" katanya sambil tersenyum.

2 refleksi:

editor kampung said...

pak ungku antara idola saya.
moga panjang usia & sihat sejahtera hendaknya

bangsawan nilai said...

idola kpd ramai org