dah berubah

Feb 2, 2009

jumaat lps, TS ke pusat niaga, seksyen 14, PJ. meneman seorg kwn yg nak beli software antivirus utk laptop yg baru dibelinya. kami ke digital mall. apa sj yg hendak dibeli berkaitan tekno IT, telekomunikasi & seumpamanya boleh dibeli di situ. harganya agak murah & bnyk pilihan.
semasa bujang dulu, TS tinggal menyewa di kwsn perumahan di seksyen 14 inilah. jadi segala ceruk, selok-belok PJ, dlm kocek TS. digital mall dulunya metrojaya. ada bnyk lagi premis yg dh bertukar tuan atau servisnya. kedai buku MPH dah tukar jadik restoran mamak. kompleks beli-belah jaya dh tak beroperasi, katanya sedang buat renovation. sebuah klinik yg dulunya klinik panel utk sykt TS bekerja, kini dah jadi kedai dobi. sebuah kedai kaset/cd/ kini jadik bilik operasi MBPJ.
ada bnyk kedai yg dah berubah khidmat niaganya. apa agaknya yg akan berubah 10 thn lagi?

0 refleksi: