sepanjang jalan kenangan...4

Feb 17, 2009


masa muda belia, kita selalu ikut kawan2. tak pikir panjang sgt. tau nak seronok je.
masa tunggu result SPM, TS ikut kwn. katanya kerja di Genting gaji lumayan. dia dah kerja sebulan kat sana.
seronok dengar pasal duit. yelah, budak2 lagi bkn senang nk pegang duit sendiri. mintak izin dgn mak, sbb abah tk bagi. katanya "tak yah la sesusah caghik kojo jejauh. caghikla kojo dokek ghumah ni yo" [tk payahla cari kerja jauh2. carilah kerja yg. dekat dgn rumah]. tapi TS dh nekad. cuba je, kalau tak ok nanti balikla, ayat utk legakan mrk.
diringkaskan cerita, kwn TS tu jemput dgn motor. di sana disediakan hostel utk pekerja. esoknya kwn TS perkenalkan pd supervisornya. sbb ada kwn rekomen, mudahla dpt kerja. lagipun boleh speaking sikit2.kerjanya adalah sbg waiter di sebuah lounge. TS diberi latihan singkat. katanya kalau kerja rajin boleh dpt tips bnyk & naik pangkat jd kapten. TS diberi uniform 3 pasang. mlm tu jugak start kerja. gajinya taklah banyak mana. tp kalau campur overtime & tips...lumayan gak. tp hati tk senang tengok aksi mabuk & adegan 'terlampau' pelanggan saban mlm. lagipun sbg waiter, kita kena layan mrk walau apa sj yg mrk order. sebulan kerja di situ, TS mintak berhenti, walaupun kwn tadi cuba pujuk & tahan.
nak balik rumah, rasa malu. itu hari mak abah larang, nak cuba jugak. mak abah pun tak tau TS kerja sbg apa kat sini. kalau dibagitau mesti kena marah & disuruh balik.lagipun result keluar lmbt lagi. dpd menganggur kat rumah lebih baik kerja, ada jugak duit. jadi TS cuba mintak kerja jadi caddie di sebuah kelab golf di situ. gajinya taklah selumayan jadi waiter. tp fikiran TS tak terganggu dgn benda2 yg tk senonoh & subahat tu. dapat jugak tips dpd yg main golf. makan minum biasanya free. seronok jgk jadik caddie walaupun kengkadang penat angkut beg golf yg berat tu turun naik bukit. ttp yg seronoknya kalau ada yg main bertaruh, menang...kita sbg caddie akan dpt tips besar. ttp kena jugak cepat belajar, mana satu kayu golf yg betul utk setiap pukuluan. iron nombor berapa. putter mcm mana. catatan jumlah pukulan. kalau masuk bunker, kayu mana yg sesuai. seingat TS, pemain paling kedekut biasanya dr Jepun, tips ciput. kalau bola golf masuk semak pun dia suruh carik sampai dpt.yg paling pemurah dpd US. lagipun dulu tk ramai pemain lokal mcm skrg. yg ramai pelancong atau mat saleh yg main golf. selain tu boleh carik duit lagi kalau rajin carik bola golf yg hilang, biasanya waktu awal pagi atau senja (dulu takda main golf mlm).kat dlm semak atau dlm kolam air/tasik. kumpul2 boleh jual balik pd yg nak beli bola golf recycle yg dijual harga murah. TS kerja situ 2 bln. seronok tengok gelagat pemain golf. lagipun kerja siang je. dlm masa kerja di situlah duit yg dikumpul, TS dpt beli motor 2nd hand.

4 refleksi:

editor kampung said...

menarik cerita ni. bnykkan la entry "sepanjang jalan kenangan". seronok baca...

tg shaaban said...

walau pahit dirasa tapi manis kenangannya...cewah
insya-Allah akan ada lagi s.j.k seterusnya

fazerilnazwan said...

citer nostalgia ni memang menarik. just nak tanya...ada lesen ke masa tu? baru lepas spm kan

tg shaaban said...

dulu ada lesen L
he he