henfon, mat fit dan hujan

Dec 16, 2009

aku singgah di sebuah stesen minyak berhampiran tol sg. besi dlm perjalanan pulang dr ofis ptg semalam. hujan agak lebat & jalan agak sesak, sbb itu aku tk nk ambik risiko. tapi ada sedikit masalah transaksi kad kredit pd pam. ia gagal berfungsi.
sdg aku terkial-kial, aku didatangi olh seorg remaja. bertopi dgn t-shirt hitam & jeans biru. lalu dia mengunjukkan sesuatu pdku. "bang henfon bang..." katanya sambil matanya meliar memerhati keliling. pd tgnnya henfon berjenama dpd model yg canggih.

aku tak terkejut. sudah beberapa kali aku didatangi sebegitu sebelum ini. sama ada di tempat parking sekitar KL atau di stesen minyak. biasanya mat fit yg buat kerja begini. biasanya mrk jual jam atau spek hitam berjenama. entah dr mana mrk dpt, curi atau songlap dr tempat kerja mrk utk duit tambahan. kali ni henfon, wah, makin 'maju' mrk sekarang.

tp remaja yg ni sekali imbas, tkde rupa mat fit. agak kemas & bergaya.
"berapa nko nk tolak bro?" aku menguji.
"abg tengok la dulu. berapa abg nk ambik?" dia pulangkan soalan aku.
"ori ke?" aku buat layan tak layan.
"abg tengok sendirila. ini barang baik bang..." lagaknya bagai seorg salesman.
selepas ku belek-belek, ternyata ianya henfon ori & baru. aku percaya ianya bukan sudah terpakai.
"brape nk tolak ni bro...?" aku menduga lagi. lagipun duit tunai dlm wallet ku cuma ada rm200 lebih aje.
"kalau abg nk, gua tolak 600 sudahla. lg pun wa nk blah ni. kwn gua tgh tunggu kat depan tu..." dia mula menawar.
aku tahu, kalau di kedai harganya 1000 lebih. sbb aku tk bercadang pun nk beli.
sbbnya tengah pokai ni.
"aku tkde cash la bro. kalau nko nk tolak 200 aku ambikla..." aku sekadar menawarkan harga yg memang tk munasabah.
"200 terbakarla gua bang. camnilah, sbb gua nk cepat ni abg bayarla 500 je" kata mamat tu menawarkan diskaun.
"kat dlm kedai tu ada atm. abg smart mcm ni tkkan takde duit dlm atm" dia menunjukkan aku mesin atm dlm kedai berhampiran sambil membodek aku.
hati aku mula terpujuk. semakin menarik. lagipun harga yg ditawarkan memang 'durian runtuh'. aku mula teragak2.
"200 aku ambik..." kataku sambil berjalan masuk ke kaunter. sbb kad kredit utk isi minyak, gagal berfungsi. aku tinggalkan mamat tu menggeleng2 kepalanya.
aku perhatikan dia melilau & mendekati beberapa pemilik kereta lain yg sdg mengisi minyak. dia tdk dilayan. malah ada yg kelihatan marah2 pdnya.
sementara tu, aku ke mesin atm yg ada di situ. aku cuba keluarkan duit tp tk dpt. mesin atm tu bukan dr bank yg aku ada akaun. mungkin ada masalah transaksi atau sistem tergendala spt mana kad kredit aku. mungkin sbb hujan lebat & ribut petir ketika tu."alamak, melepasla..." kataku dlm hati.

semasa aku mengisi minyak. sekali lagi dia dtg. kali ini menawarkan harga rm400. semakin menarik. tp apakan daya, aku memang tkda duit sebanyak tu."400 bang. ni last ni. kalau tk gua blah...abg tk nk ke...?

"aku memang nk. tapi tkde cash. terang2 aku ada 200 je..." entah kenapa aku jwb dgn lurus."200 tk bolehla bang. terbakarla gua." dia seakan sedikit kecewa. "tkkan dlm atm takde?""aku dh try tadi. aku pakai meibank tp atm tu simbank. offline kot sbb ujan..." aku terangkan dgn jujur, ikhlas & telus. "bukan aku tk nak, takde duit...aku tkde cash sekarang..."tambahku.

"tk dapatla 200. oklah camni. last call, gua tolak 350..." tawarnya buat kali terakhir.350? mana aku nk cekau. buta-buta aku ada 200 je.

"aku passed ajela. aku memang tkde cash sekarang..."aku mengalah dgn kata2 akhir itu. si mamat berlalu pergi. semasa aku pandu keluar dr stesen minyak. aku ternampak mamat tu mendekati org lain yg sdg mengisi minyak. entah berapa agaknya harga yg ditawarkannya kali itu.

semasa memandu aku terfikir beberapa kemungkinan:

- kalau aku beli, aku akan dpt telefon canggih dgn harga murah. mungkin bukan rezeki aku.
- kalau aku beli, mungkinkah aku bersubahat?
- aku mungkin 'terbeli' henfon tu kalau mesin atm tak meragam atau aku pegang tunai masa tu
- aku mungkin 'terbeli' barang curi atau tak sah
- mungkin hari ni, aku bolah pakai henfon canggih dgn harga murah yg dibeli di stesen minyak!
- aku mahu bersangka baik, mungkin mamat tu memang bisnes cara begitu...hu hu

9 refleksi:

tdevaraj said...

Aku nak bersangka buruk. Katakan henfon curi. Kalau beli, mungkin tak kekal lama dengan kau..mungkin kau tertinggal time shopping kat pasar ikan atau kena copet ke...

so, bukan aje ori, yang penting, beli secara halal

fazerilnazwan said...

apa kata bangsawan beli kat mamat tu, lepas tu jual pd org lain dgn harga lebih.
untung maaa bisnes cmtu...he he

rahimin said...

bangsawan, bole tk bgtau kt petrol pump mane.
saya nk tukar h.p baru...he he he

editor kampung said...

janganlah dilayan org sebegitu. nanti menjadi2 kegiatan mrk.

suriahoney said...

"gua pun ada menda nk jual, lu mau ke brader?" (ikut style mat pit ckp)wu hu hu

tdevaraj said...

TS..kau tak de duit untuk sambut offer baru? Aku sanggup pinjamkan duit aku dulu...jangan asyik tolak rezeki...terutama yang datang bergolek...

suriahoney said...

jgn buat speku.

nk jual blog i. dh bersawang tk update...he he

roughman, nko otak kuning!

tg shaaban said...

honey,

oops cover la tuh... he he

tdevaraj said...

TS..aku baru nak cakap ada orang pandai cover line, tapi kau mendahului aku.

aku tak speku...aku nak bantu TS beli apa-apa sahaja ditawarkan. Kalau you suggest sesuatu untuk dijual, mestilah bestkan..tak kan you nak jual besi buruk kat TS..