resensi . . . 15

Dec 2, 2009



Judul: Geografi Pilihan Raya Malaysia
Pengarang : Amer Saifude Ghazali
Tahun: 2009
Halaman : 152
Terbitan: Penerbit Universiti Malaya



Ringkasan

Buku ini membincangkan aspek geografi pilihan raya Malaysia berasaskan pilihan raya parlimen yang diadakan antara tahun 1959-2004 menggunakan data agregat keputusan pilihan raya. Aspek geografi pilihan raya yang dianalisis adalah geografi keluar mengundi, geografi sokongan kepada parti politik, bias dan disproportionality serta pengundian ekonomi. Di samping itu, perbincangan berkaitan pilihan raya umum ke-12 (2008) turut dimasukkan pada bahagian akhir buku ini.

Kadar keluar mengundi ditentukan oleh kemarginalan kawasan pilihan raya. Adakah kawasan pilihan raya yang lebih marginal mendorong ramainya pengundi keluar semasa pilihan raya atau sebaliknya? Selain itu, kadar keluar mengundi juga ditentukan oleh komposisi kaum dalam sesebuah kawasan pilihan raya. Adakah komposisi kaum mempengaruhi kadar keluar mengundi memandangkan corak politik perkauman yang menjadi identiti politik negara ini? Aspek geografi sokongan kepada parti politik pula dianalisis berasaskan corak pengundian kewilayahan. Dengan itu, perbezaan sosioekonomi dan sosiopolitik negeri berkenaan memungkinkan corak geografi sokongan yang berbeza mengikut lokasi sesebuah negeri selain mengambil kira faktor komposisi kaum. Adakah pengundi memberikan sokongan kepada parti politik berasaskan satu kaum atau parti politik berteraskan pelbagai kaum?


Sistem pilihan raya yang diamalkan di negara kita adalah first-past-the-post. Secara tidak langsung, sistem ini berkecenderungan menghasilkan bias dan disproportionality yang memberikan kelebihan kepada parti atau gabungan parti yang besar. Sementara itu, di negara maju, prestasi ekonomi dijadikan pengukur sama ada untuk menyokong atau menghukum parti pemerintah dalam pilihan raya. Bagaimana pula dengan sikap pengundi di Malaysia? Analisis buku ini dibuat berasaskan data kuantitatif yang komprehensif dalam mengupas persoalan yang dilontarkan dari aspek geografi.

Amer Saifude Ghazali, pensyarah kanan di jabatan geografi, universiti malaya merupakan ketua penyelidik yang memenangi pingat emas Pertandingan Reka cipta dan Inovasi sempena Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2009 melalui kajian bertajuk “Geografi Pilihan Raya”.

sumber: http://umpress.um.edu.my

4 refleksi:

tdevaraj said...

tumpang tanya..apa benda at parlimen tu? bulan coklat ke?

bangsawan nilai said...

kena beli buku baru tau.
itulah tujuan 'benda' tu diletak di situ.
spy menarik minat org nk tau. strategi marketing yg berkesan tu. dh menjadi nampaknya. contohnya yg bertanya ni...

rahimin said...

baca ringkasan buku ni mcm menarik je. mungkin nk beli satu.
berapa harganya?

bangsawan nilai said...

rm40
hubungi aku, boleh dpt diskaun.