tuan guru kata boleh doa bala

Dec 2, 2009

ini bukanlah kali pertama berlaku.
dah banyak kali.
tempat letak kereta dikhaskan utk staf ofis aku saja. letaknya pula hanya beberapa meter dr pintu ofis. takde org lain yg letak kereta di situ. kalau ada pun sesekali org yg 'buta huruf' atau 'kepala batu' yg letak kereta mrk di situ. wp ada papan tanda yg terang lagi jelas.
yg aku tk faham sudah beberapa kali kereta aku tergesel atau dilanggar semasa meletak kereta di situ. di tempat letak kereta ofis sendiri. bukan tempat letak kereta awam. atau tempat letak kereta haram.
yg aku pasti, setiap pagi sebelum meninggalkan kereta aku di situ (biasanya aku org yg pertama sampai). aku akan buat satu pusingan mengelilingi keretaku. pastikan pintu berkunci. tingkap tertutup rapat. tayar tdk kurang anginnya. tdk ada sebarang tanda geselan, cakar atau kemek pd badan kereta.
ya, pagi ini pun sama spt hari-hari sebelumnya. itu rutin aku setiap pagi.
tengah hari ini, aku keluar ke tandas yg berdepan dgn tempat letak kereta. keadaan letak kereta lengang. sbb kebanyakan staf keluar rehat makan tengah hari.
nampak dgn jelas ada 'kerosakan' kecil pd keretaku. plat kereta pecah.
tk tahu lah siapa punya angkara yg sudah memecahkannya. yg pasti, suspek utamanya ialah staf ofis aku yg meletak kereta di situ, memang ada kesan dilanggar. bukan sbb terkena batu ataupun lain2. lgpun pagi tadi, semasa ditinggalkan, keadaannya baik saja.
hati aku panas. sakit hati. bengang. marah.
aku akan tunggu sampai ptg ni. kalau2 ada yg dtg mengaku & mintak maaf yg mrk sudah memecahkan plat kereta aku.
tapi aku kurang yakin, akan ada yg tampil mengaku kesalahan mrk. kalau mrk mengaku, aku tdklah berprasangka buruk pd sesiapa. aku tdklah rasa bengang atau sakit hati.
aku memang tak yakin.
sebabnya. sebelum kejadian hari ni pun sudah beberapa kali kereta aku digesel atau dikemekkan. tp tk seorang pun mengaku. tk sorang pun tampil. tk seorang pun mintak maaf.
aku rasa kali ini pun nasibku sama.
berbalik pd tajuk entri ni. aku tak minat langsung nak cakap-cakap politik.
tapi kalau tuan guru kata boleh doa bala.
aku nk tunggu sampai ptg ni. kalau takde org dtg berjumpa aku & mengaku.
maghrib nanti aku nak buat doa bala...
abis tu dah tuan guru kata boleh!

8 refleksi:

rahimin said...

tajuk lain cerita lain.
menarik dan sinis...

tg shaaban said...
This comment has been removed by the author.
suriahoney said...

i nk doa katak jadi putera yg hensem mcm kt movie...he he apa agaknya kata tok guru?

tdevaraj said...

TS..hang pun asalnya katak puru kan? Wow, doa siapa yang begitu mujarab hingga boleh jadi bangsawan nilai?

tg shaaban said...

honey,
putera raja malang yg manlah nk kat you...he he

TD,
kurang asam. nanti aku doa bala baru tau!

tdevaraj said...

TS..kau nak doakan bala yang mana satu? Bala kumar atau bala singam?

suriahoney said...

ada org wat lwk kentang la plak.
memang sah nk kena doa bala
tk pun nk kena tulah daulat...he heh

tdevaraj said...

TS..ada orang wat lawak tomato..dah nak kena tulah..hu hu