ambang 2009

Dec 31, 2008

beberapa detik lagi akan muncul sinar tahun baru 2009.
tak sertai apa-apa celebration pun. saat ini sedang tengok konsert live di tv, dr dataran merdeka. pengantin baru, mawi tgh nyanyi. lepas maghrib tadi, spontan je timbul idea menu utk mkn mlm. special sikitlah. drive kereta bawak famili ke kajang. apa lagi makan sate lah. kira raikanlah jugak tu. habis 50 cucuk, tambah lagi 10. boleh tahan jugak, 2 dewasa + 3 kanak-kanak punya makan. sate ayam, sate daging & sate perut. spt biasa, sate kajang memang sedap. tk rugi bersusah ke sana.
10...9...8...7...6...5...4...3...2...1...2009

serba sempurna


amalannya jika kita kerja mkn gaji, majikan mahukan kita buat kerja yg sempurna/perfect. walaupun selama ini kita buat kerja dengan baik, ttp kalau ada satu kesilapan terjadi...maka yg silap satu itulah akan diungkit-ungkit. dibesar-besarkan. kerja kita yg baik sebelum ini, seolah-olah terpadam rekod bersihnya.
tapi apa akan jadi, kalau majikan atau boss kita sendiri yg buat silap. seboleh-boleh akan dicari alasan menutupnya. dijustifikasi apa saja cara utk membetulkannya.
begitula...lumrah dunia.
tapi TS akan ingat yg berlaku hari ini. hu...hu.

belajar sampai tua

Dec 30, 2008

tgh hari tadi dtg seorg penulis. jugak seorang cikgu. jugak lulusan PhD. dtg ke ofis.7 bulan lps dia ada dtg. mintak pandangan pro TS. dia cadang nak publish tesisnya.TS sebenarnya dh tk berapa ingat. tp bila dia flashback. terus ingat. dia pernah dtg dgn supervisor tesisnya. sbb tesisnya lulus cemerlang. cari jln nak diterbitkan.hari ni dia dtg lagi. dah ubah suai tesis tu kpd manuskrip buku. spt yg TS cadang & nasihat dulu. slps TS bolak-balik, memang menepati apa yg dimintak.
bukanlah cerita penulis-editor yg nak diceritakan. ttp side story, dr /cikgu cheong. TS teragak-agak nak panggilnya apa. doktor (PhD) atau cikgu? kisahnya memang menarik. asalnya belajar dr aliran sains ttp kemudian menjurus kpd bidang sains sosial. kesemua peringkat bachelor, masters , PhD dilaluinya tanpa masuk universiti. semuanya out campus. di samping tugas hakiki sbg guru. lebih menarik lagi, bachelor di USM, masters di UPM dan PhD di UM. masters dlm bidang teknologi maklumat. sbb pernah berniat nak berhenti jadi guru & menyertai bidang ICT. seterusnya PhD dlm sains sosial - sosiopolitik. sekarang ni dia mengajar di sebuah sekolah di kajang. sbg guru matematik. dulu dia pernah mengajar subjek sejarah. agak pelik jugak, merangkap guru disiplin. guru disiplin selalu dikait sbg cikgu yg garang. walhal dr/cikgu cheong ni, lemah lembut, peramah & lucu orgnya. usianya dh menjangkau pertengahan 40-an. ttp masih bersemangat utk belajar. kalau manuskrip ni dpt diterbitkan, dia bercadang nak mendalami bidang penulisan pulak. belajar sampai tua, katanya...

derma

Dec 29, 2008

Mungkin bukan hanya TS yg perasan sejak kebelakangan ini makin ramai yg memungut derma. derma buat surau, buat masjid, sekolah agama, bantuan org miskin. ada yg bawa surat sokongan majlis agama & jabatan kebajikan masyarakat. ada yg pungut derma dr rumah ke rumah, di pasar malam, depan bank, malah dtg ke ofis. bukan TS kisah sgt nak hulur derma, biasanya hulur jugak ala kadar. ikhlas. ttp kekadang tu terfikir jugakla, betul ke mrk tu mewakili yg memerlukan sebenarnya? sampai ke derma yg kita hulur tu kpd pihak yg memerlukan? bagi TS itu terpulanglah. kalau mrk tipu pungut derma, mrklah yg tanggung dosa. kita yg menghulur ni, sampai tk sampai tetap dpt pahala sbb niat yg ikhlas. itu kata ustaz TS dulu.
ptg tadi, semasa TS mengecat tembok pagar rumah (lebih-lebih cat rumah raya lepas) dtg seorang jiran, Az. selepas borak-borak pendek, dia hulurkan sekeping kertas. surat rupanya. isinya tentang hasrat pungut derma utk seorang jiran yg sakit & hilang pekerjaan. jadi kawan & jiran ambik daya usaha, pungut derma terutama utk ringankan beban belanja persekolahan anak-anaknya. sekolah dh nak mula minggu depan. si K (jiran yg sakit tu) sebelum ini, pemandu lori. setahu TS, pendapatannya lumayan. sbb ambik upah ikut trip. makin banyak trip atau jauh trip, makin banyak upahnya. masalahnya, K bukan makan gaji, takda caruman epf atau socso. cuma dibayar upah atau bolehla digelar 'pemandu upahan'. bila K dah jatuh sakit (K diserang strok, 2 minggu lepas aildilfitri), terpaksa berhenti kerja. pampasan pun tk dpt. rawatan pun kena tanggung sendiri kosnya. jadi, sbg jiran yg prihatin, derma dihulur utk ringankan bebannya. bagi TS kita harus sentiasa beringat, jgnlah hanya mengejar pendapatan lumayan, biarlah gaji atau pendapatan sederhana tp ada jaminan atau jaring spt socso, epf, insurans atau simpanan lain. bukan utk kita sj ttp fikirlah anak isteri jugak.

nilai 3

Dec 27, 2008

jualan gudang terbesar di malaysia. gedung beli-belah terbesar. pusat borong terbesar. begitulah antara iklan yg mengaitkan populariti nilai 3. kira=kira 5km dr tol nilai. boleh kata semua ada, dr tekstil, barangan rumah, perhiasan, perabot, kedai makan, dgn kata lain apa sj yg boleh dibeli, ada dijual. memang utk dpt barangan dgn harga gudang, datanglah ke nilai 3. kata org, barangan murah takda kualiti. tidak benar. ada 2 sbb kenapa harga barangan di sini murah. 1. barangan didapati terus dari gudang, 2. pemborong membelinya secara pukal sbb tu boleh jual dgn harga lebih rendah di pasaran.
ptg tadi TS berkunjung ke sana. entah buat keberapa kalinya. sekadar nak beli barangan buat persiapan anak-anak ke sekolah tak lama lagi. beli pakaian utk sekolah agama - baju melayu, kasut & beg sekolah. spt biasa harganya murah, boleh tawar-menawar & kualitinya ok kalau kita rajin buat perbandingan dr kedai ke kedai yg menjual barangan yg sama. spt biasa pd hujung minggu atau cuti sekolah, memang suasananya meriah. jln pun sesak. kpd yg tk pernah ke sana, hanya dengar cerita dpd kawan-kawan atau sedara mara - dtglah. pasti tak rugi, tentunya nak dtg lagi. kawasan niaganya luas. pusing sehari suntuk pun, belum tentu boleh lawat habis semua kedai di situ. jgn rambang mata atau terlebih bajet, sudah...

lengang...

Dec 26, 2008

hari ni 26 dis.
lengang aje. ofis lengang. jln raya lengang. tempat makan lengang. masjid (solat jumaat) pun lengang.
yelah. semalam cuti krismas. esok sabtu. ramai yg bekerja 5 hari seminggu. isnin pulak cuti umum - maal hijrah.
ramai yg ambik kesempatan bercuti. cuti hujung tahun. ambik cuti sehari dpt 5 hari. bestkan!
di ofis TS ada 6 org saje. termasuk TS + boss. staf lain semua bercuti.
TS: semua org suka bercuti. tapi hari ni dpt surat pekeliling, tawaran opsyen kadar cuti rehat tahunan yg nak dikurangkan 5 hari. kenapa cuti pulak yg nak diubah-ubah. banyak benda lain lagi yg boleh ditambah baik. entahla...

hutan lipur sg. tua


cuti 25 dis.
kak a yg tinggal di sri gombak ajak berkelah ke sg tua. kak a paling dekat, jadi dialah sbg tuan rumah/penganjur. yg pergi kak a + famili, TS + famili, atih + famili, adik + famili, kak lang. kak a & atih sampai dulu. reserved tempat katanya. TS sampai kira-kira jam 10:00 pg. org dah mula ramai. lokasi yg dipilih menarik. di T2. difahamkan ada lagi lokasi menarik di bhg atas. ada air terjun. ttp disebbkan famili kami ramai yg masih kecik, jadi cukuplah berkelah sambil mandi-manda di bhg jeram shj. aliran airnya lebih perlahan & cetek. pasang khemah & susun barang. lpas tu - agenda pertama - makan. mi goreng + sandwich. kiranya sarapan pagilah. budak-budak tak minat nk mkn. masing-masing dh tertumpu nak ke sungai. teruja!
selesai mkn - terjun ke sungai. mcm tk pernah jumpa air lagaknya. airnya sejuk & jernih. naik atas batu besar dan terjun ke air. main kejar-kejar dlm air. main bola tampar. atau sekadar berendam saja. yg dewasa pun macam budak-budak jadinya.
dah puas main air. rehat sekejap. sambung makan. bbq kepak ayam. ayam goreng. sambal udang + petai. udang galah masak lemak cili api, goreng hati + mempedal ayam, mihun, mee segera dsb.
bila dah kenyang. rehat kejap. kemudian terjun semula ke air.
sepanjang sungai & tempat perkelahan yg disediakan dpt dilihat pengunjung yg datang dgn wajah ceria masing-masing. sama ada yg dtg dgn famili atau kawan-kawan. ada yg dtg berehat menikmati pemandangan. ada yg tidur atas batu besar. ada yg sibuk bakar ikan utk hidangan. berendam dlm air. berborak spt lama tak jumpa. macam-macam ragam.
3:00 ptg - perut kenyang, kepuasan bersantai + mandi manda, berkumpul sesama keluarga. berkemas & beredar pulang. kami sepakat akan kembali ke sini lagi. pada masa yg sesuai nanti.

pasar malam

Dec 24, 2008

banyak yg boleh dibeli di pasar malam. semua ada dpd makanan - mi, jagung, keropok, martabak, nasi ayam, -barang runcit - bawang, lada, minyak masak, sabun, - pakaian - pakaian bundle, baju kanak-kanak/dewasa, - barangan basah - ikan, sayur daging, - dgn kata lain, semua ada.
tawaran barangan pasar malam secara tradisinya dianggap boleh didapati dengan harga murah. peniaga pasar malam berniaga secara kecil-kecilan atau sbg menambah pendapatan/sambilan/part time. Tapi dgn peredaran masa, ramai peniaga pasar malam menjalankan perniagaan sepenuh masa sbg mata pencarian. malah ada sesetengah peniaga pasar malam yg mendapat pendapatan lumayan. harga barangan atau makanan atau pakaian yg dijual walaupun pd tanggapan umum sepatutnya murah, tetapi secara relatifnya semakin mahal. senarai di bawah ini adalah harga makanan yg TS beli mlm tadi di sebuah pasar malam.
- nasi kerabu rm4.50
- ayam goreng (rangka) rm3.00
- kebab pita ayam rm3.00
- jagung rebus (setongkol) rm1.50
- kuih muih 40sen sebiji
- nasi ayam rm3.80
- martabak daging rm2.20 sekeping
- roti john biasa rm2.40
- ketam rm23.00 sekilo
tak taulah harga makanan yg sama di tempat lain. TS tak terkejut kalau ada yg lebih mahal dpd pasar malam yg TS biasa kunjungi ini.

ceringkas

pagi ni ada dept. meeting. jam 9:00.
dijangka panas, ekoran beberapa isu berbangkit bulan ini.
salah satu isu 'membabitkan' seksyen TS. lagi satu, TS baru aje hantar pagi ni laporan bulanan editorial & monthly progress report. tak sempat. itu pun siapkan mlm tadi kat rumah.
daily report dah hantar hari isnin - deadline.
macam-macam laporan kena buat, tak terkejar jugak kadang-kadang.
hari ni cuaca di luar pun nampak mendung aje.
kalau kena bambu pagi ni, buat muka selamba. apa boleh buat, kita makan gaji. kita kuli mereka boss. hu hu.
[kemas kini lps meeting - 12:00pm]
boss bermula dgn beberapa 'serangan', amaran & sindiran tajam.
ttp lepas break utk pekena teh, mihun & sandwich. moodnya tiba-tiba berubah, ok.
laporan seksyen tak banyak 'perdebatan'. so, ku sangka panas rupanya mendung, seredup cuaca di luar.
lega...

detik-detik 2008...ii

Dec 23, 2008

- adik sharline hilang > terus hilang
- tun M keluar umno > full time blogger
- pkr kuasai 5 negeri, pru12 ->perubahan=sama je...
- bn goyang, pak lah goyah
- p.i. bala > begitu, begini >hilang
- kenyataan bersumpah/sd - menjadi-jadi
- sumpah laknat saiful the coffee boy
- dsai - nyorok embassy turki, sumpah tk berani, pm tak jadi
- sept. 16, we have the numbers > apa nombornya pak...yelek
- peralihan kuasa = teori rahman?
- ISA ...2 hari je bukan 2 thn
- altantuya vs razak = lepas...
- ekonomi down, klci <700
- harga minyak turun & turun lagi, harga brg mcm tu jugak
- bkt antarabangsa - tanah runtuh
- nicol no.1, chong wei no.1, team bola n0.150!
- mawi+ekin=world!

detik-detik 2008...i

Dec 22, 2008

- eyerol dah besar, dah sekolah.
- eyerin pun dah besar, masuk tadika.
- eyeril dah pandai jaga adik-adik
- menang epl+ucl+world club cup...glory,glory,man utd!
- cikgu kadir = sudah tiada lagi
- cucu pertama sebelah nilai
- ditawarkan ke frankfurt
- satu demi satu kwn lama muncul kembali - nawi, mazlan, azman, shahrim...
- bangsawan nilai ke persada maya>>

sepanjang jalan kenangan...1

seingat TS. semasa bersekolah di kalumpang, rumah famili kami bersebelahan sj dgn sekolah. dipisahkan oleh pagar kawat duri. maknanya tak payah susah-susah jauh berjln kaki, naik bas atau basikal. tak kena tergesa-gesa waktu nk ke sekolah. yg bestnya, waktu rehat boleh balik mkn di rumah, jemput pisang atau lempeng (pancake kata org putih) masakan mak.
cikgu kasim, guru kelas masa darjah satu. itulah nama cikgu pertama TS. masih kekal diingat nama itu hingga ke hari ini. peristiwa yg masih TS ingat, tak reti nak ikat tali kasut mintak tolong cikgu kasim ikatkan. sbb kawan2 yg lain pakai kasut yg ada strap. tk pakai tali. kawasan sekolahnya luas. blok sekolah semuanya satu tingkat. ttp ada banyak padang. padang bola, padang net ball, takraw. ada banyak pokok cempaka kat sekolah ni. ikut ckp org tua-tua di situ, tapak sekolah tu pernah jadi kawasan kubur masa zaman jepun dulu. sbb tulah banyak pokok cempaka. he he...seram.
benda lain tak berapa nak ingat. nama kawan-kawan pun tak ingat lagi dah. cuma sempat sekolah darjah satu di situ, lps tu pindah sekolah lain. tp TS masih ingat rohaya, rakan sebaya, anak jiran sebelah rumah. dia baik, selalu bagi pinjam main basikalnya atau mainan lain. bapaknya org berpangkat. TS belajar mengaji dgn emak rohaya.

kenapa isnin lebih sibuk?


TS kerap berasa hari isnin lebih sibuk dpd hari bekerja yg lain. kenapa/mengapa?
contohnya hari ni. pagi-pagi lagi dah dipanggil menghadap boss. taklimat.
pukul 11:00 nanti ada temu janji dgn penulis.
laporan bulanan deadlinenya hari ni jugak. baru separuh siap.
selain tu kena prepare surat & dokumen utk dihantar kpd jawatankuasa penerbitan utk pramesyuarat awal januari yg kena disiapkan hari ini utk penghantaran esok.
jam 2:00 nanti ada penulis nak jumpa utk diskusi.
petang ni, jam 3:00, ada mesyuarat editorial. kena siapkan laporan progres utk pembentangan.
kenapa semua mesyuarat/temu janji/deadline/ mesti hari isnin hah, takde hari lain ke.
atau sbb kerja minggu lepas/sebelumnya tertunggak ke minggu ini...isnin.
atau sbb semalam, kepala tak celaru sbb cuti...
org lain pun selalu berasa hari isnin lebih sibuk dpd hari lain jugak ke...entahlah!

cikgu & goalkeeper

Dec 20, 2008

mlm tadi TS ketemu kwn lama. secara kebetulan di sebuah pasar raya 'gergasi'. tk sempat berbual panjang. sbb sdg sibuk beli barang keperluan rumah di samping 'gangguan' anak-anak (mungkin dgn arahan mamanya). tapi yg menyentuh emosi TS ialah berita kematian 2 org yg pernah TS kenal yg diberitahu olh kwn lama itu.
1. cikgu halim - mengajar TS subjek BM masa form 4. jugak guru disiplin.garang orgnya. bnyk pengalaman. dia antara berapa kerat cikgu pd masa tu yg ada masters. pernah ngajar di univ. brunei & part time ngajar subjek linguistik di ukm. ada 2 anak perempuan yg pintar & popular di sekolah - aina s.+ aini s. antara pengalaman peribadi yg TS belajar dpdnya ialah perkataan kelengkiak. TS tk tau apa ertinya malah tk pernah dengar pun.masa tu kelas bm sedang mengkaji sebuah sajak. 'di makam bonda' kalau tk silap. dia mentertawakan TS sbg budak negori yg tk tau apa tu kelengkiak. cikgu halim jgk asalnya org n.s. erti kelengkiak ialah semut hitam yg bersaiz besar (org negori tentu tau) [Kamus Dewan h.716]. memanglah TS lahir di n.s ttp dibesarkan di s'ngor. sejak lps sekolah, TS pernah tanyakan erti perkataan tu pd beberapa rakan. tk seorang pun tau atau pernah dengar. kini cikgu dah tiada...terima kasih cikgu.
2. joseph - keturunan india. sekelas dgn TS dr form 1-3. tinggi lampai orgnya. dlm pelajaran sederhana sj. terror dlm subjek BI. satu team bola dgn TS mewakili sekolah. coach kami masa tu, cikgu thomas. garang orgnya tp coach yg baik. dlm team bola, joseph main posisi bek tengah ttp krn ketinggiannya, coach ubah & latih dia jadi goalkeeper. ramai kalangan kami anggap dia keeper terbaik yg sekolah kami pernah lahirkan. slps tamat sekolah joseph menyertai tentera. skrg dia sudah tiada lagi dlm usia yg muda.

doakan saja mereka bahagia


tgh hari tadi sempat tengok kjp langsung di tv melalui astro majlis akad nikah mawi-ekin.
tersusun sekali majlis itu. terkawal. berjln lancar.
hanya saudara terdekat berkumpul dlm masjid. itulah sepatutnya.
dgn sekali lafaz - mrk bergelar suami isteri.
yg perempuan duduk di belakang kecuali pengapit.wakil media & jurufoto diberi ruang terhad.
pd sudut pandang TS molek la tu. bukannya mcm majlis akad nikah seorg lagi penyanyi tersohor beberapa thn dulu. dgn terlalu ramai jemputan termasuk artis berkumpul di masjid. utk majlis akad nikah tk perlulah ramai sgt. nanti bila majlis kenduri (TS tk setuju dipanggil majlis resepsi) nanti dtglah ramai2kan.
lain pulak halnya bila tonton buletin utama mlm tadi, kononnya majlis tersbt 'tercemar' krn sesetengah wakil media tdk dibenar buat liputan (media primalah tu) sbb astro ada hak siaran eksklusif. bagi TS apahal pulak tercemar itukan majlis org. lagipun akad nikah aje. ada 2-3 lagi majlis yg mrk tentunya sudah dijemput. masa tu nanti ambiklah seberapa bnyk gambar atau nak buat temu bual. mcm2 hal media ni...dilayan salah tk layan salah!
sumber foto: the star online

uefa champions league draw

1st knockout round

mu vs inter milan
liverpool vs roma
arsenal vs real madrid
chelsea vs juventus
bayern munich vs sporting lisbon
barcelona vs lyon
atletico madrid vs porto
villarreal vs panathinaikos

TS: spt biasa - mu got the toughest draw. sir alex vs jose, here we go again!

sekadar ingatan...

Dec 19, 2008

Be fair and sensible when blogging
19 Dec 2008
Bernama
KUALA LUMPUR, THURS: Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad reminded the people not to use blogging to undermine others but to be sensible and fair when writing. He said that while blogs should not be censored, irresponsibly written ones could hurt others.
"The blog gives you an opportunity to express yourselves in your own words and you will improve over time whenever you repeatedly write, you acquire better skills.
"In my eyes, blogging on the Internet would be an opportunity for people to learn how to write" .
"If you write rubbish and nonsense, no one will want to read," he said.

sekadar renungan

Dec 18, 2008


tgh hari tadi seorg kwn singgah di ofis TS. sekejap shj. tujuannya nak beri TS kalendar & diari 2009. biasalah sbg promosi [baca: hadiah ikhlas] syrktnya. yg menariknya, petikan kata yg terdpt pd kalendar yg diberikan kwn TS itu. walaupun diakui beberapa antaranya memang TS tk kenal atau tk pernah dengar namanya. ttp kata org yg penting bukan siapa yg bercakap ttp apa yg mereka cakap. antaranya:
Attitude
Don't wish it were easier, wish you were better.
Action
Never confuse motion with action.
Leadership
Integrity is the most valuable & recpected quality of leadership.
Happiness
Be helpful. when you see a person without smile, give him yours.
Values
Try not to become a man of success, but rather try to become a man of value.
Courage
A hero is no braver than an ordinary man, but he is braver five minutes longer.
Confidence
I like thinking big. if you are going to be thinking anything, you might as well think big.
Love
Love is the only force capable of transforming an enemy into a friend.
Goals
Goals in writing are dreams with deadlines.
Passion
A business that makes nothing but money is a poor business.
Discipline
Discipline is remembering what you want.
Failure
Most people fall in life because they major in minor things.

resensi...4




Judul: Sulh dalam Kes Kekeluargaan Islam
Pengarang: Raihanah Hj. Azahari
Harga: RM55.00
Halaman: 226
Tahun: 2008



Pertikaian lumrah berlaku dalam kehidupan masyarakat terutama dalam institusi kekeluargaan. Ada pelbagai kaedah penyelesaiannya sama ada melibatkan institusi undang-undang atau perdamaian. Sulh adalah konsep penyelesaian damai pihak yang bertikai tanpa melibatkan institusi pengadilan yang formal seperti mahkamah atau penyelesaian kaedah alternatif. Di negara ini, kaedah penyelesaian secara damai telah diamalkan sejak kedatangan Islam. Ianya sudah sebati dengan kehidupan masyarakat. Namun begitu, transisi yang berlaku dalam kaedah penyelesaian pertikaian keluarga daripada kaedah tidak formal kepada kaedah perbicaraan bukanlah semata-mata disebabkan pihak bertikai cenderung kepada litigasi. Jelasnya, undang-undang yang digubal bertujuan mengawal kehidupan manusia selain menjamin keadilan kepada pihak yang terlibat dalam pertikaian. Fokus buku ini menghuraikan konsep sulh dan pemakaiannya dalam hal kekeluargaan khususnya yang berkaitan dengan pertikaian suami isteri selepas perceraian. Di samping itu, tumpuan buku ini untuk mengenal pasti sejauh manakah aplikasi sulh itu menepati konsep sebenar yang ditentukan Islam.

prof. madya dr raihanah azahari adalah pensyarah kanan jabatan fiqh & usul, akademi pengajian Islam, universiti malaya.

TS: konsep sulh ini bertujuan murni utk mendamaikan dua pihak yg bertikai (suami-isteri) utk mencari jln perdamaian atau menyelesai sebarang tuntutan dgn persetujuan bersama. dlm banyak kes, mrk yg bersetuju melalui proses ini dpt menyelesaikan kes lebih cepat berbanding yg memilih proses perbicaraan di mahkamah. namun kalau fikiran dh terlalu beremosi & sayang bertukar benci sukarlah utk mencari titik temu. apa pun kaedah anjuran Islam ini, mempunyai hikmah utk semua.

beringkas

Dec 17, 2008

ciq/jambatan
beberapa akhbar utama tempatan berserta gambar menunjukkan kesesakan teruk di CIQ .bnyk komen merujuk pd pembatalan 'jambatan bengkok ' sbg punca. antara projek yg dibatal, disifatkan membazir, projek mega, tk dpt restu jiran.awal-awal lg dh kena cantas olh PM yg baru naik. patutla tun M geram & terkilan sgt.

perdana/camry

mrk ni memang caranya suka perlekeh org atau apa sj. masa nak naik dulu pun kerjanya memperlekeh apa sj depan mata mrk. masa dh naik ni pun masih nk perlekeh jgk kerjanya. perdana tk elok, maintenance tinggi, selalu rosak. kalau nak naik jgnla perlekeh yg lain. kalau nak beli camry ke apa, beli je jgn perlekeh yg lain. ada ramai yg lain dok pakai perdana, tk bising pun. jgn asyik perlekeh je, belakang hari org perlekeh kita pulak.

muntadar vs bush

TS sempat tonton berita di tv.
muntadar al-zeidi baling kedua-dua kasutnya ke arah bush.
nasib baik tk kena...
padan muka bush!
berani kau dtg ke iraq selepas apa yg kau dah buat.seksa rakyatnya...bunuh rakyatnya termasuk kanak-kanak , warga tua & wanita.TS rasa ramai lagi rakyat iraq yg memang nk baling kasut mrk pd bush.bagi org arab, membaling kasut ke muka seseorg utk mengaibkannya. utk menghinanya.
sbg wartawan & rakyat biasa...muntadar hanya mahu meluahkan perasaan amarahnya..
dpd terjemahan yg TS petik dpd akhbar utusan antara jeritan yg diluah semasa muntadar melontar kasutnya
"ini salam perpisahan dpd balu, anak yatim & yg terbunuh di iraq"
yg pasti insiden ni pasti dikenang seumur hidup bush.

nostalgia

Dec 16, 2008



kons. 96 + che yam = TS

sek. kalumpang
sek. kuala kubu baru
sek. sepang road
SMDMS
STAD
ukm

tuisyen harapan
alps
stamford
delta
eastview
longman
federal
berita h
utusan
rtm
um
entah mengapa, pada dinihari yg bening ini...nostalgia dtg menghimbau kembali. tempat jatuh lagikan dikenang...ayah bonda, sekolah, teman sepermainan/sepersekolahan, bekas rkn sepejabat. akukah yg terlalu leka atau waktukah yg terlalu pantas berlari...

yang betulnya...5

Dec 15, 2008

penggunaan kata sendi dari/daripada

salah - bermula daripada bulan Mac
betul - bermula dari bulan Mac
salah - bermula daripada tarikh itu
betul - bermula dari tarikh itu
salah - daripada bandar ke desa
betul - dari bandar ke desa
salah - daripada hadapan
betul - dari hadapan
salah - daripada kiri ke kanan
betul - dari kiri ke kanan
salah - daripada pukul tiga petang
betul - dari pukul tiga petang
salah - daripada saat ini
betul - dari saat ini
salah - daripada sawah turun ke kali
betul - dari sawah turun ke kali
salah - datang daripada mana?
betul - datang dari mana?
salah - merantau daripada Pahang
betul - merantau dari Pahang
salah - sejak daripada zaman dahulu
betul - sejak dari zaman dahulu
salah - dibuat daripada segi ekonomi
betul - dibuat dari segi ekonomi
salah - daripada waktu subuh
betul - dari waktu subuh

sumber: koleksi pedoman bahasa, DBP

kawan lama



6:15 ptg jumaat.
masa tu sdg memandu pulang dr ofis. lebuh raya PLUS sekitar bangi. hujan agak lebat.
telefon berbunyi. Lee...terpapar pd skrin. sepupu belah emak TS, merangkap kwn baik.
salam...ada 'seseorang' nak berckp dgn TS katanya:"agak-agak kenal tak...
telefon diserah pd 'seseorang' itu. "kenal tak aku?" soalnya.
TS tk berapa cam. tp suaranya mcm familiar.
beberapa lawak ringkas kemudian. "ni arimla..." katanya pecah misteri.
sbb TS tgh memandu. hujan pulak tu. tk guna hands free kit pun.
tk dpt borak panjang. TS mintak dia tinggalkan no. telefon pd lee.
lps maghrib tu...TS telefon semula lee. kami berbual panjang.
kisah terkini. kisah silam. flashback. psl kerja. pasal anak-anak. pasal kwn-kwn lama. cerita masa sekolah. maklumla bknnya selalu jumpa atau berbual di telefon.
yg TS nak tahu sgt ialah tentang arim.
mcm mana dia boleh jumpa? kat mana?apa khabar arim skrg? apa yg dibuatnya?
bertalu-talu serangan soalan TS ajukan. mcm soal siasat gamaknya.
"tu la engko, tk nak carik kwn lama, arim tu kwn baik engko tu.." kutuknya.
satu demi satu misteri arim dibongkar dek lee...mcm mana blh jumpa...dpt no. tel. dpd usop (kwn lama jugak).
kebetulan ada jiran lee nak beli kambing utk akikah. dpt tahu dpd usop yg si arim ada bela kambing. mungkin blh kowtim harga. itulah sejarah awalnya. perjumpaan diatur antara lee+kwn lee+arim.
segalanya terbongkar...
arim kini tauke kambing. ada ladang kambing yg besar dekat jalan labu ( jln labu adalah jln lama utk ke seremban dr nilai). menurut lee lagi, arim kini penternak jaya. ada kira-kira 400 ekor kambing termasuk kambing boar, janapuri, kambing kampung.diceritakan jg si arim bekerja dgn syarikat kapal (dipercayai berpangkat sekurang-kurangnya kapten). kumpul modal isi masa lapang (elak bosan) bila tk belayar ke laut. bermula 2 thn lalu.buka ladang kambing mula-mula 100 ekor.skrg dh berjaya. ikut ckp lee, dia ada pekerja sendiri. kereta menjalar (wish) dan 4wd (hilux).
tambah lee, arim yg "dijumpainya" kini berbadan gempal. gemuk pendek. rendang. TS dh dpt no. tel. arim. tk sabar nk berjumpanya.
mlm tu sebelum tidur, TS menghimbau kenangan bersama arim. zaman dulu-dulu. zaman kegemilangan. zaman sekolah...

hebat kau skrg ye!


korban pada raya korban

Dec 10, 2008

raya korban tahun ni, beraya di kg wife. sejak petang ahad tu, sehari sebelum raya. hujan dah mula turun.
hujan sepanjang hari. dari pagi membawa ke mlm.
lembu korban dah dihantar tuannya ke rumah sejak petang ahad. dh tambat bwh pokok rambutan & kuini.
3 ekor tahun ni. dh jadi tradisi tahunan famili wife TS. spt. tahun-tahun sebelumnya, abg ipar atau pak itam menjadi 'pengarah projek'. order lembu & kumpulkan duit serta pengurusan lain.
pagi raya. hujan masih turun.
sembahyang raya pun, masjid agak lengang. dtg lambat pun dpt saf no.3.
hujan masih turun. lebat pula tu. pak itam mula gelisah. mesyuarat tergempar dipanggil. tk boleh lewat sgt mula. tk boleh tangguh. sbb kebanyakan ahli keluarga akan mula balik ptg tu juga. kata putus dibuat. sewa khemah. lepas sembelih, lapah daging lembu bwh khemah.
khemah disewa melalui 1 panggilan telefon sj. 1/2 jam lps tu dah siap dipasang. dlm hujan.
jam 11:00 projek dilancarkan.
pakar sembelih kg, tiba. pakar melapah pun dh dtg. projek berjalan lancar.
3 ekor lembu tumbang. dlm hujan.
jam 12:30 dh mula agih daging korban. 2:30 dh boleh mkn sup tulang. 3:30 kari daging dh siap dimasak.
hari masih hujan.
selepas asar kebanyakan ahli keluarga mula beredar pulang ke destinasi masing-masing. TS & famili sambung cuti sehari lagi...



tragedi disember



tragedi berulang lagi. secara kebetulan dan takdir-Nya disember sekali lagi menjadi igauan.
tumbangnya highland towers menyembah bumi 15 thn lalu.
tsunami melanda juga di bulan yg sama.

semasa perjalanan pulang dr zoo negara minggu lepas yg terletak hampir dengan kemensah height, TS perhatikan kwsn sekitarnya rancak dibangunkan & bukitnya gondol ditarah. memandu melalui lebuh raya ampang/hulu kelang. dpt lihat perumahan dan banglo mewah megah berdiri berlatarkan bukit. kawasan elit. perumahan orang berada sekitar hulu kelang.
bukit antarabangsa. tmn mewah. ukay perdana. ukay height.
seminggu kemudian berlaku kejadian itu. musim hujan. tanah runtuh. mengorbankan 4 nyawa. meranapkan 14 rumah banglo. memutuskan hubungan jln raya perumahan kejiranan. persekitaran diisytihar bahaya utk didiami.

spt. tragedi sebelumnya. janji ditabur. tuding-menuding. tuduh-menuduh. salah dicari...
pemaju yg membina rumah dilereng?
PBT yg meluluskan projek?
atau pembeli rumah yg tk peduli risiko?

resensi...3

Dec 4, 2008




Judul: Isu-isu Kritikal dalam Pendidikan Matematik
Pengarang: Nik Azis Nik Pa
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Halaman: 628
Tahun: 2008
Harga:RM75.00


Pendidikan matematik adalah satu disiplin ilmu tentang cara manusia belajar dan mengajar matematik. Dalam abad kedua puluh satu, pendidikan tersebut menjadi satu kegiatan yang sangat penting. Usaha untuk memperkasakan pendidikan matematik dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan memerlukan tindakan yang bersungguh-sungguh untuk mengenal pasti dan menangani isu kritikal. Buku ini adalah satu panggilan untuk bertindak bagi semua pihak yang berkepentingan dalam pendidikan matematik. Kecemerlangan dalam pendidikan matematik akan hanya dicapai dengan memenuhi tuntutan peradaban dan mencapai tahap penghayatan dan pembudayaan ilmu yang tinggi. Ahli pendidik matematik tidak boleh membenarkan pandangan yang sempit dan sekular mencorakkan tindakan mereka. Mereka perlu mengembangkan keupayaan untuk melihat pendidikan matematik secara lebih bersepadu. Hanya mereka yang berpandangan jauh dan berfikiran terbuka dapat mendukung aspirasi besar untuk membangunkan pendidikan matematik yang cemerlang.

Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa adalah Profesor Pendidikan Matematik dan Ketua Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

zoo negara, hulu kelang

Dec 3, 2008




pernahkah anda melawat ke sana. jgn terkejut ramai yang masih belum sampai ke sana. pagi tadi TS berbual dgn seorang rakan sepejabat. percaya atau tidak...dia tak pernah ke sana. anehnya, dia tu warga kuala lumpur. lebih tepat lagi, tinggal di Sentul sejak lebih 30 tahun. malah TS sendiri pun kali terakhir menjengah ke sana semasa rombongan sekolah, kira-kira tahun... (...TS sendiri pun dah tak ingat tahun bila). seingat TS, waktu tu TS bersekolah di kuala kubu baru, selangor. masa tu lawatan sehari jugak pergi ke batu caves, tugu negara dan muzium negara. nasib baik ada rombongan sekolah, kalau tak mungkin tak sampai lagi ke tempat-tempat itu. sekurang-kurangnya pernah jugakla sampai.

budak-budak sekarang lebih kenal kompleks beli-belah, menara kl, klcc, sunway lagoon, genting highlands theme park berbanding tempat sebegitu. mungkin yg paling seronok ke zoo adalah kanak-kanak. dah 2 kali TS sekeluarga ke zoo melaka. bila diberitahu yang kami akan ke zoo, bukan main teruja lagi dia orang terutama si kecik, eyerin. lalu hari ahad lepas kami sekeluarga berkunjung ke sana. sampai kat sana tempat letak kereta agak sesak walaupun jam baru menunjukkan sekitar 11:00 pagi. nasib baik kereta kami antara beberapa kereta terakhir yang dibenarkan masuk. selepas itu pintu tempat letak kereta ditutup. tetapi TS difahamkan ada sebuah lagi kawasan letak kereta sementara berhampiran zoo yang dibuka utk menampung pengunjung yang ramai, tak jauh dari situ. memang ramai pengunjung hari ini, nak beli tiket masuk pun perlu beratur panjang di kaunter tiket (rm15 utk dewasa/rm6 utk kanak-kanak). begitu jugak beratur panjang untuk naik tren yg disediakan mengelilingi zoo. nak makan di gerai yg disediakan pun kena beratur panjang juga. begitulah suasana ramai, sesak tetapi meriah. ada famili yg datang membawa bersama-sama bekalan utk berkelah di zoo. tak kurang juga ramai pasangan muda yg ber"dating" di zoo.

seronokla naik tren keliling zoo sambil tengok pelbagai haiwan di kandangnya. sambil tu singgah kejap di akuarium tengok hidupan air terutama ikan sungai. banyak jugak ikan pelik-pelik yg kita tak pernah tahu namanya. selain itu, sempat juga tengok pertunjukan haiwan antaranya anjing laut, ikan lumba-lumba & gajah yang dilatih khas menunjukkan kemahiran bermain bola, melompat gegelung, menari serta pelbagai aksi melucukan & menghiburkan pengunjung yg dtg bersesak-sesak. waktu nak balik sempat jugak beli barangan cenderahati sbg kenang-kenangan.

seperkara yg perlu disedari terutama oleh pihak yg bertanggungjawab tentang zoo ini ialah ramainya pengunjung terutama keluarga yg mengunjungi zoo saban hujung minggu & cuti persekolahan. dgn kata lain, zoo masih menjadi daya tarikan pengunjung terutama keluarga utk meluangkan masa bersama. lokasi zoo yg pernah ada ura-ura utk dipindahkan ke sepang suatu ketika dulu tapi mendapat banyak bantahan terutama NGO. tapi perlu disedari kawasan ini sudah terlalu sesak & tak boleh dibesarkan lagi utk menampung haiwan yg dipelihara. yg dapat TS perhatikan pembangunan kawasaan sekitar terutama kawasan perumahan baru yg menghimpit kawasan zoo. binaan yg ada seperti kandang dan bangunan di zoo negara sudah banyak yang uzur. mungkin usaha perlu dibuat untuk berpindah lokasi & membina zoo negara baru yg lebih moden & terancang. NGO hanya menyuarakan pandangan soal alam sekitar atau kebajikan haiwan kononnya, tapi pada masa yg sama adakah mereka membantu pihak zoo dari segi khidmat kebajikan atau kewangan? atau mereka sendiri tidak pernah ke sana melihat sendiri betapa terhimpit , sesak dan daifnya zoo negara? entah-entah mrk pun sama mcm rakan sepejabat TS jugak tak pernah lawat zoo. sebaliknya hanya bersuara untuk menjadi hero atau utk publisiti murah!

harapan TS bila eyerin dah besar nanti, dia akan bawa pulak familinya ke zoo negara yg baru & moden serta terkenal bukannya zoo hari ini yg sama seperti yg TS kunjungi kira-kira 20 tahun dulu.

yang betulnya...4

Nov 28, 2008

masalah umum tatabahasa

salah --------------------------------- betul

75% dari kadar sebenar -------------75 peratus daripada kadar sebenar
banyak premis-premis --------------------------banyak premis
berbanyak terima kasih -----------------berbanyak-banyak terima kasih
bermacam barang ----------------------------bermacam-macam barang
bilangan pekerja-pekerja ------------------------bilangan pekerja
dalam kawasan ------------------------------------di dalam kawasan
dari tuan -------------------------------------------daripada tuan
demi untuk negara ----------------------------demi negara/untuk negara
di alaf -----------------------------------------------pada alaf
di beri -----------------------------------------------diberi
di daftarkan ----------------------------------------didaftarkan
di dalam usaha -------------------------------------dalam usaha
di masa ----------------------------------------------pada masa
diperolehi ------------------------------------------ diperoleh
di tahun --------------------------------------------- pada tahun
di atas kejayaan ------------------------------------atas kejayaan
di zaman --------------------------------------------pada zaman
dilipat gandakan -----------------------------------dilipatgandakan
diperbuat dari kulit ----------------------------diperbuat daripada kulit
diubah suai ----------------------------------------diubahsuai
kearah -----------------------------------------------ke arah
kedua adiknya -------------------------------------kedua-dua adiknya
lain-lain arahan ------------------------------------arahan-arahan lain
lain-lain cadangan ------------------------------adangan-cadangan lain
tertumpu kepada ----------------------------------tertumpu pada
oleh kerana -----------------------------------------oleh sebab
sepertimana ----------------------------------------seperti/yang
segala aduan-aduan --------------------------------segala aduan

sumber: koleksi lembar bahasa,DBP

Seminar Sejarah Nasional Malaysia

Nov 27, 2008

27 nov '08

anjuran: Jabatan Sejarah Univ. Malaya, IKSEP & kerajaan Melaka
tempat: Fakulti Sastera & Sains Sosial, UM

seminar sehari ini dihadiri sejarawan, pencinta sejarah & mereka yg berminat dlm persejarahan tanah air. objektif akhirnya ialah penulisan sebuah buku (ensiklopedia?) menyeluruh tentang sejarah malaysia, bermula dari zaman prasejarah hingga selepas merdeka. ini merupakan pembentangan awal utk rangka penulisan, maklum balas dan komentar sesama ahli sejarah tanah air dlm mencari titik temu yg diharapkan dapat menghasilkan penulisan sejarah nasional yg definitif, lengkap dan menyeluruh. Gabungan pakar sejarah dari pelbagai universiti tempatan & sejarawan terkemuka diletakkan tanggungjawab menzahirkan dan merealisasikan matlamat yg disasarkan itu.

antara yg membentangkan kertas kerja hari ini - prof emeritus khoo kay kim, prof. emeritus mohd yusof hashim, prof. dr nik anuar nik mahmud, prof. ramlah adam, prof. abdullah zakaria ghazali, prof. redzuan othman, prof. nik hassan shuhaimi (wakilnya).

di mana sahaja seminar, terutama berkaitan sejarah tanah air, sesi pembentangan prof. tan sri khoo, biasanya menarik tumpuan. bukan sekadar melontarkan ilmunya melalui penyelidikan kertas kerjanya tapi kesinisan & komentar luar tajuk yang mengujakan. antaranya:

- ramai yg 'buta sejarah' tapi memandai-mandai berbicara tentang sejarah
- pemimpin, guru, penggubal sukatan pelajaran subjek sejarah di sekolah sendiri tak menguasai sejarah
- mengapa di negara lain di dunia hanya ada seorang raja tapi di negara ini ada 9 raja?
- di negara ini kajian budaya, etnik dan sejarah sering kali dikesampingkan & dianggap kurang kepentingannya atau sumbangannya kepada negara
- kurangnya peruntukan atau penajaan kepada usaha kajian etnik, budaya & sejarah jika dibandingkan dgn penyelidikan dlm bidang sains misalnya yg diberi peruntukan jutaan ringgit sedangkan hasilnya yg sekadar minimum
- melontarkan cabaran kepada tokoh sejarah dan pengkaji sejarah supaya lebih berani & proaktif meneroka & merungkai sumber sejarah negara ini yg tersimpan di serata dunia
- kurangnya perhatian dpd pihak atasan malahan pentadbir universiti sendiri tentang kepentingan kajian persejarahan
- fakta yg silap tentang sejarah tanah air sering diulang-ulang hingga dianggap betul contohnya negara ini dijajah oleh portugis & belanda sedangkan mereka tak pernah menjajah malah tak pun campur tangan sebaliknya hanya menguasai melaka
- sudah ada 'suara sumbang' yg berani memperkatakan tentang sejarah yg memetik sumber yg tak ketahuan sahihnya spt orang melayu adalah pendatang, ketuanan melayu sbg mitos, chin peng adalah pejuang kemerdekaan terawal, komunis diiktiraf sbg sama taraf dengan tokoh nasionalis yang lain - wajar ditempelak ditegur & diperbetul
matlamat sasar yg besar ini, wajar disokong & didukung oleh semua pihak yg mencintai sejarah & mereka yg terlibat dlm penulisan persejarahan negara ini. Usaha & keterlibatan pengelola projek ini & sokongan moral semua pihak terbabit kalau tdk pun penajaan seboleh-bolehnya berterusan sehingga matlamat akhirnya mencapai hasrat. pujian harus diberi kpd kerajaan melaka (ds ali rustam) atas sokongan pada projek ini.

seminar penerbitan saintifik

Nov 25, 2008

anjuran bersama MOSTI dan MARPA.

pada 25-26 Nov. 2008

litupan seminar ini antaranya membincangkan hak cipta penerbitan saintifik, cabaran penerbitan saintifik, keselamatan maklumat, pemasaran terbitan elektronik, masa depan penerbitan saintifik dsb.

kesungguhan & usaha murni penganjur harus diberikan pujian. dlm usaha memupuk kesedaran mereka yg terlibat dlm penerbitan bahan saintifik. masih banyak ruang yg perlu diperbaiki. menzahirkan semangat memelihara integriti & hak cipta penerbitan saintifik perlukan kesungguhan terutama mereka yg terbabit dlmnya & masyarakat umum.

apakah peranan yg dapat dimainkan oleh penerbitan saintifik seiring masyarakat maju yg dilambung arus globalisasi?
apakah masa depan & cabaran menanti mereka yg terbabit dlm bidang tersebut seiring kepesatan dunia siber?

sesetengah kertas kerja yg dibentangkan memang menarik perhatian & dpt merungkaikan persoalan dgn hujahan yg kemas.
sesetengah yg lain menambah lagi persoalan tanpa alternatif penyelesaiannya.
ada pembentang kertas kerja yg memang bersedia & menjalankan penyelidikan yg mendalam.
ada pula pembentang yg lain kertas kerjanya agak dangkal, ringkas & sekadar membentangkan kertas kerja menggunakan point form atau powerpoint shj.

apapun sekalung tahniah buat penganjur yg dedikasi & ajknya yg berhemah.

jalan-jalan cari makan

Nov 23, 2008

rutin sabtu

cuti sekolah. bebudak ada kat rumah. wife pulak kerja - masih ada yang kerja hari sabtu...
biasalah... lepas subuh tidur semula. sedar-sedar dah pukul 8:oo.
rutin sabtu mcm biasa.
kemas rumah - sapu rumah lebih kurang + sidai baju yg sudah dibasuh oleh wife - washing machine yg basuh..huhu
10:00 siap
sarapan pagi di restoran qadir maju - 1km je dari rumah.
taklah lapar sangat, sbb malam tadi makan berat di buluh perindu - tom yam ayam + ikan goreng biasa + daging masak merah + telur dadar + timun/sambal belacan
pagi ni, pekena tosei garing - tak berapa gemar tosei biasa - dan air suam. bebudak mkn tosei + roti canai + milo ais.
lepas tu bergerak ke cempaka. singgah kedai gambar sun lock. nak print out gambar famili utk kemas kini kad perubatan yg diperlukan majikan TS. mudah aje cetak daripada cd gambar yang diambil hari raya lepas.
pergi kedai gunting rambut daarrshan. sebaris dengan kedai gambar. walaupun cuti sekolah, tetap gunting rambut bebudak. panjang sangat. rimas tengok. bak kata wife TS "dah macam rupa kumpulan Hujan".
11:45
singgah beli mkn tengah hari. malas nak keluar semula nanti beli makanan.
bungkus nasi kandar dari kedai nasi kandar, berhampiran flat kos rendah dekat sekolah desa cempaka. dulu nasik kandar ayam penuh rm4.00 je (2000) sekarang ni dah naik rm6.50 (2008). tapi rasa, saiz ayam & karinya tetap sama..oklah kot
selesai masalah mkn tengah hari.
petang - buat kerja ofis sekejap.
lepas tu tengok tv ada live - separuh akhir badmintan china open - chong wei masuk final, begitu jugak ee hui-pei-ty. tapi kean keat-boon heong kandas.
utk minum petang - buat sendiri kopi ali cafe + maruku + roti krim.
makan malam.
tapau beli burger dari gerai burger otai depan restoran al-falah. bungkus juga chaw kuew teow.
selamat bab makan malam.
malam
buat kerja ofis sekejap. melayari internet. main game internet dengan eyerol - five til, air hockey, spider web & water baloon.
sambil tu curi-curi tengok sehati berdansa - astro ria
11:30 tengok tv kejap - cerekarama tv3- iktikaf.
12:00 - 3:30 tonton tv - english premier league - astro espn + star sport - chelsea vs newcastle (0-0), liverpool vs fulham (0-0), man city vs arsenal (3-0), aston villa vs man utd (0-0)
apahal semua pasukan top tak menjadi minggu ni.

seminar antarabangsa pembudayaan bahasa Melayu

Nov 13, 2008

seminar ini dianjurkan bersama oleh fakulti bahasa moden dan komunikasi, UPM dgn DBP. berlangsung di dewan persidangan, pusat pengajian luar, UPM selama dua hari 11-12 november 2008. bayaran pendaftarannya rm70. ramai jugaklah yang hadir. penuh jugaklah dewan persidangan (jika dicampur dgn ajk & pelajar).
seminar dua hari ini, dirasmikan oleh datuk seri zahid hamidi, menteri di JPM. menariknya, dlm ucapan perasmiannya antara lain ds zahid melontarkan cabaran kpd pejuang bahasa 7 pendukung bahasa supaya bangkit mempertahan bahasa Melayu yg semakin diperlekeh dewasa ini. antaranya isu papan tanda di PP, perkara 152 & 158 diubah tafsirkan, bahasa rojak rancangan yg disiarkan di tv dll.
apakah ds zahid sekadar beretorik atau ikhlas - takpalah kita terima dengan positif.
kalaulah ds zahid dpt bangkitkannya 7 persoalkan kebiadaban kerajaan PP di parlimen ataupun bisikkan pd ds hisyam tentang penggunaan bahasa Inggeris sbg pengantar subjek sains & matematik di sekolah supaya dibahasa Melayukan shj - pasti tokoh bahasa & pejuang bahasa berdiri di belakang datuk seri!
antara ilmuwan yg hadir pd seminar itu & membentangkan ucap utama/kertas dasar/kertas kerja - dato' hassan ahmad, prof. hashim musa, prof. emeritus abdullah hasan, prof emeritus datuk nik safiah karim, prof. arbak othman begitu juga jemputan dpd luar negara seperti indonesia & brunei.
sempat jugak TS berkenalan dgn mas adeki, seorang bekas guru (pengetua) sekolah yg menghasilkan sebuah buku antologi gurindam; & beberapa peserta lain yg mempunyai minat sama dlm bidang bahasa.
harapan semoga, seminar kali ke IV (lebih 80 kertas kerja dibentangkan dlm masa dua hari) ini dpt mengemukakan resolusi yg ampuh & tidak hanya berakhir di bilik seminar saja.

resensi...2

Nov 6, 2008



Judul: Segi Tiga Emas - Perniagaan Narkotik di Asia Tenggara
Pengarang: Roy Anthony Rogers
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Halaman: 126
Tahun: 2008
Harga: RM48.00




Buku ini menganalisis perkembangan perniagaan narkotik di kawasan Segi Tiga Emas yang terletak di timur laut Myanmar, utara Thailand dan barat daya Laos. Kawasan ini merupakan pengeluar candu dan heroin yang paling utama di Asia Tenggara dan antara yang terbesar di dunia. Buku ini cuba menjawab persoalan bagaimana kawasan ini boleh menjadi pengeluar dadah. Faktor-faktor yang telah menyumbang kepada kemunculan Segi Tiga Emas ini sebagai kawasan dadah heroin yang terbesar di asia Tenggara seperti percaturan politik antara kuasa-kuasa besar ketika Perang Dingin, peranan raja-raja dadah, masalah pemberontakan dan konflik etnik di Myanmar dibincangkan dengan mendalam. Turut diperincikan ialah kesan perniagaan narkotik di Segi Tiga Emas terhadap politik dan keselamatan di rantau Asia Tenggara.

Di samping itu, buku ini juga menganalisis teknik dan rangkaian narkotik di Segi Tiga Emas. Ini merangkumi kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam perniagaan narkotik, cara-cara penyeludupan serta proses penyucian wang. Buku ini juga membincangkan usaha pembanterasan yang telah diambil serta sejauh mana Segi Tiga Emas akan kekal menjadi kawasan pengeluaran dadah.

Roy Anthony Rogers adalah pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Antarabangsa & Strategik, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya.

yang betulnya...3

Nov 3, 2008

salah ----------------------------- betul

lagenda --------------------------- legenda
lakun ----------------------------- lakon
lalu-lintas ------------------------- lalu lintas
lebel ----------------------------- label
lebuhraya ------------------------- lebuh raya
lencungan ------------------------ lencongan
leukimia -------------------------- leukemia
lojik ------------------------------ logik
losyen ---------------------------- losen
maksima -------------------------- maksimum
manafaat ------------------------- manfaat
masaalah ------------------------- masalah
mee ------------------------------ mi
mekanisma ----------------------- mekanisme
pamir ----------------------------- pamer
mengambilkira -------------------- mengambil kira
komplek -------------------------- kompleks
mengenengahkan ----------------- mengetengahkan
mengenepikan -------------------- mengetepikan
mengswastakan ------------------- menswastakan
mengujudkan --------------------- mewujudkan
mentera -------------------------- mantera
merbahaya ----------------------- berbahaya

sumber: koleksi lembar bahasa, DBP

setan merah = red devils


Malaysian Red Devils watch the match at about 11pm on weekend matches. If it is an early kick-off, we have to have our dinner early or find a place with cable TV and have dinner together as the match kicks off around 7.30pm. Midweek matches like West Ham last night or Champions League games are at the worst times for us - they kick off at 3.30am in the early morning and finish at about 6am, leaving us with no sleep or maybe one hour's sleep before heading to work - happily after we won the match!


Everyone here in Malaysia would love to visit the Theatre of Dreams and be among other fans. However, our tiny currency and the current economy breakdown has made this even more difficult - the trip would cost approximately RM 6000! (RM = Malaysian Ringgit). The currency means shirts are also expensive for us - not everyone can afford it here but mine will be flying home soon from Manchester. We sometimes are jealous of how Europeans pay so little to own merchandise. A dream to watch United play in our country was shattered last year but the Reds' previous visit to Malaysia still lingers in my mind, even though many of the players like David Beckham and Ruud have since left.


Chasing the dream to watch a home match at Old Trafford is not an easy task. It takes months or even a year of savings. Time will tell but I will be there... one day! Any match will do... wait for me and save me a seat, please!


taken from 12 O'clock Blog on ManUtd.com


kita serupa, my friend!

debat vs pidato


calon ketua pemuda UMNO, kj mencadangkan supaya diadakan debat dalam kalangan calon yang bertanding. baginya itu sebagai forum untuk para calon menyampaikan mesej, visi, dan misi mereka untuk dinilai oleh perwakilan atau ahli yang akan mengundi dalam pemilihan. ringkasnya sama seperti debat pemilihan presiden amerika. soalnya, ini adalah calon sesama parti...apa perlunya berdebat? isu apa yang nak diperdebatkan? kalau daripada kumpulan berasingan mungkinlah sesuai. dengan itu, timbullah komen pro & kontra berhubung soal debat tadi.

TS rasa dalam soal ini, pidato lebih sesuai berbanding debat. sebab calon adalah daripada kumpulan yang sama - sekadar untuk merebut jawatan sahaja - peringkat ketua pemuda pulak tu. melalui pidato bolehlah disampaikan mesej, visi dan misi mereka itu. bukan apa nanti timbul pula pemimpin yang hanya pintar berdebat, beretorik dan berteori sahaja - yang menang kerana hebat berhujah. bukan hebat memimpin. atau sekadar mengikut trend ala amerika. mereka debat kita debat. mereka pegang lilin, kita pun pegang lilin. mereka saman orang, kita pun saman orang.

debate - discuss or dispute about (an issue,proposal etc.) esp. formally in legislative assembly, public meeting, etc.
Oxford English Dictionary

debate - formal discussion, perdebatan,perbahasan contohnya perdebatan parlimen.
Kamus Inggeris Melayu Dewan

debat - bahas, perbahasan.
berdebat - bertukar fikiran (biasanya ygbertentangan) atau berbantahan berkenaan sesuatu perkara.
perdebatan - pertukaran fikiran biasanya mengenai sesuatu hal (pendirian dll) dgn masing-masing pihak mengeluarkan pendapat (alasan dsb), perbuatan berdebat, perbahasan, perbantahan
Kamus Dewan

pidato - ucapan yg disampaikan kepada khalayak ramai.
- ceramah yg membicarakan sesuatu perkara
Kamus Dewan

resensi...1



Judul: Undang-undang Islam di Malaysia: Prinsip dan Amalan
Editor: Ahmad Hidayat Buang
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Halaman: 440
Harga: RM85.00
Tahun terbitan: 2007





Perbincangan aspek undang-undang dalam buku ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu
(i) kekeluargaan; (ii) tatacara mahkamah, keterangan dan jenayah; (iii) perancangan harta; serta (iv) kewangan Islam dan muamalat. Pembahagian ini mewakili bidang pengkhususan pengajian dan amalan syariah masa kini di Malaysia. Ia dikupas demi memberi panduan umum dan awal kepada pembaca yang mahukan maklumat mengenai undang-undang syariah yang menyentuh hak mereka di negara ini. Oleh itu, pembacaan akan lebih fokus kerana setiap tajuk dalam bahagian berkenaan adalah saling berkaitan.
Tujuan utama penghasilan buku ini untuk bacaan umum. Sungguhpun demikian unsur-unsur ilmiah masih dikekalkan dengan memasukkan rujukan di dalam teks dan rujukan di akhir setiap bab. Dengan itu, buku ini sesuai dijadikan rujukan dan panduan pelajar institusi pengajian tinggi khususnya dalam bidang syariah dan ahli profesional seperti pengamal undang-undang.


Ahmad Hidayat Buang, editor buku ini adalah Profesor di Jabatan Syariah dan Undang-undang juga Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.


TS: meskipun buku ini sudah berada di pasaran sejak tahun lepas (2007) tetapi isu-isu dan kupasan yang diketengahkan dalam buku ini sangat relevan terutama dalam kemelut hari ini terutama gejolak politik dan suara-suara 'nakal' yang menyentuh perundangan Islam di negara ini. buku ini wajar dimiliki sebagai panduan dan rujukan dalam memahami prinsip serta amalan undang-undang syariah.

yang betulnya...2

kesilapan ejaan yang kerap didapati.

salah----------------------------betul

analisa ------------------------- analisis
aturcara ----------------------- atur cara
bowling ------------------------ boling
buffet ------------------------- bufet
bumiputra --------------------- bumiputera
calun -------------------------- calon
bistari ------------------------- bestari
catit --------------------------- catat
cendikiawan ------------------- cendekiawan
definasi ------------------------ definisi
ekspot ------------------------- eksport
injin --------------------------- enjin
insyaallah --------------------- insya-Allah
istirehat ----------------------- istirahat
jawatan kuasa ----------------- jawatankuasa
juwita ------------------------- juita
kadhi ------------------------- kadi
keredhaan -------------------- keredaan
kemaskini -------------------- kemas kini
ko-kurikulum ----------------- kokurikulum
komersil ---------------------- komersial

sumber: koleksi lembar bahasa, DBP

sivaji the BOSS

selepas selesai makan malam, TS pun bersantai depan tv tapi tumpuan taklah 100% pd rancangan yg disiarkan. sibuk melayan kerenah anak-anak terutama si kecik, aleya.
selepas tamat siaran berita kira-kira jam 9:00 mulalah mencari saluran yg tayangkan program paling menarik 7 boleh ditonton sekeluarga - boleh kata semuanya menariklah jugak. tapi TS lebih tertarik dgn - sivaji the BOSS- yg ditayangkan sempena deepavali di tv2. seingat TS, ianya filem yg agak baru & tercatat sbg filem tamil box-office tidak lama dulu lakonan rajinikanh yg buat comeback. tapi anak-anak TS pilih & tonton cerita komedi pepaya tv3(popeye?), lepas tu TS pulak sambung tengok astro ria - deko bersama eric (botak) - rancangan tentang hiasan dalaman rumah. menarik jugak, dpd deko yg entah apa-apa menjadi ruang rumah yg berketerampilan (dengan bantuan penaja spt. lampu, perabot, langsir, barangan elektrik berjenama & mahal dll - TS pun boleh buat rasanya...heh heh).
bila semua dah ngantuk & masuk tidur, tinggallah TS seorang tukar-tukar saluran ...akhirnya memilih sivaji the BOSS.
walaupun tak paham sangat dialognya (sarikata pun lambat) & tengok filem tu dah separuh tayang...tapi semua ada, elemen komedi, sedih, serius, sepak terajang, muzik & nyanyian + tarian (dh tentu pusing keliling) unsur pengajaran, antirasuah/korupsi, baik hati, sedekah, ganas, tak logik, magik, orang jahat curi dpd orang jahat lepas tu beri pd orang miskin (ala robin hood moden)...dgn kata lain semua ada!
ceritanya punyala panjang. mula pukul 9:00 mlm sampai pukul 12:00 tengah mlm (break 12:00-12:30 dateline (berita akhir)) sambung 12:30-1:00 pagi baru tamat.

itu semua, menyebabkan TS tak boleh tidur. sambung pulak saluran axn - siri chuck - tentang chuck yg bekerja di bhg jualan & membaiki komputer sebuah pasar raya, yg punya kelebihan adiwira (superhero) selepas segala maklumat internet masuk ke fikirannya dgn tak sengaja ketika sedang membaiki komputer. jadi dia 'dipaksa' bekerjasama dgn agensi perisikan kerajaan menggunakan kelebihannya utk membanteras jenayah. dlm episod ini dia membantu ejen perisikan memerangkap pencuri lukisan berharga & penyeludup senjata api haram - seorang perempuan digelar el cuidad.

habis siri chuck - jam 2:00pagi- masih tk dpt lelapkan mata. sambung pulak tengok - EPL Highlights - sbb hujung minggu lepas tak dapat tengok live sbb rumah mak mertua di kampung takda saluran sukan terutama astro ESPN & star sport. tengoklah gol-gol menarik & komentar. yg tak bestnya - man u cuma seri 1-1 melawan everton. makin jauh ketinggalan dr puncak liga sekarang ni. patutla, penyokong liverpool dpd kalangan kawan-kawan mula naik tocang. tapi jangan lupa - it's already 18 years & counting - boooo.

habis bola, jam menunjukkan 3:00 pagi. tak boleh jadi ni. TS paksakan mata ini tidur. esok pagi-pagi dah kena bangun pergi kerja. sebelum tu set alarm pd telefon. yg pasti, esok gerenti mata kuyu, pepandailah cover.

damainya pantai Penyabung

cuti hujung minggu, bersambung cuti deepavali TS ambil kesempatan mengunjungi pantai Penyabung. letaknya tak jauh dr pekan Endau, Johor. lebih tepat lagi antara Endau dgn Mersing. agak jauh juga jaraknya dr jln utama (kira-kira 8km kot...) melalui jalan yg agak sempit merentas perkampungan melayu tradisional, kebun kelapa sawit & kampung nelayan.
thrill jugak memandu sbb terpaksa mengelak beberapa kali sekawanan lembu & kambing yg dibiarkan tuan punyanya berkeliaran. lembu & kambing sesuka hati melintas jalan atau melepak di kiri kanan jln. TS masih ingat ada yg berpesan elakkan dpd membunyikan hon kenderaan, bimbang haiwan itu terkejut atau bertindak balas. di samping tu jenuh jugalah mengelak 'periuk api' yg ditabur sepanjang jalan dek lembu & kambing tu.

ramai jugak pengunjung pagi ahad itu. ini kali pertama TS sampai ke situ. ada beberapa jeti di situ. jugak beberapa buah chalet. nampaknya ramai juga penyewa chalet (dilihat drp kenderaan yg parkir & yg berkumpulan ke pantai). ada juga aktiviti berkayak disediakan selain bot yg disediakan dengan bayaran tertentu dipandu ke tengah laut mengelilingi dua buah pulau yang terletak berhampiran pantai. mungkin kedudukan pantai ini yg terlindung oleh pulau-pulau tsbt menyebabkan ombak laut di sini tidaklah sekuat pantai lain yg menghadap laut china selatan spt mana pantai timur semenanjung lain. pantainya bersih, air lautnya jernih sesuai utk bermandi manda.
cuma mungkin kurang kemudahan untuk membilas badan selepas mandi laut dengan air pili atau bilik menyalin pakaian (hanya ada satu, itu pun terpaksa bergilir dgn pengunjung yg ramai) perlu diberi perhatian pihak berkuasa tempatan.

suasana tenang, nyaman, udara segar & pantai yg indah sesuai utk bercuti, berkelah atau sekadar mandi-manda atau makan angin. selain itu, ada jugak gerai yg menjual cenderahati. lebih menarik perhatian gerai makan yg menyediakan menu makanan laut yg segar dgn harga berpatutan. juga boleh menikmati & dibawa pulang makanan tempatan spt keropok, satar, otak-otak yg sedap serta dijual dgn harga murah (1kg keropok lekor = rm6/ 4 keping sata=rm1).

jika ada kesempatan, TS akan ke sana lagi. kalau ada kamera tentu lebih seronok.

yang betulnya...1

kecelaruan mengeja kata biasa.

salah ----------------------- betul
ampangan ------------------ empangan
hajjah ----------------------- hajah
kobis ------------------------ kubis
murtabak ------------------- martabak
pendita --------------------- pendeta
pesaka ---------------------- pusaka
taugeh ---------------------- tauge
taukeh ---------------------- tauke
zohor ----------------------- zuhur
atlit ------------------------- atlet
baucer ---------------------- baucar
dailog ----------------------- dialog
deraf ----------------------- draf
disel ------------------------ diesel
e-mail ---------------------- e-mel
faksimili -------------------- faksimile
insuran --------------------- insurans
komisyen ------------------- komisen
korum ---------------------- kuorum
lanskap --------------------- landskap
lebel ------------------------ label
pensil ----------------------- pensel
plan ------------------------- pelan
rebet ------------------------ rebat
skima ----------------------- skema
spesis ----------------------- spesies
stem ------------------------ setem
stesyen ---------------------- stesen
yunit ------------------------ unit

sumber: koleksi lembar bahasa, DBP

kita biasanya ambil mudah tentang ejaan. TS sengaja pilih ejaan yang biasa orang buat kesilapan atau sengaja tak ambil peduli ejaan mereka salah atau betul. atau mereka anggap betul tanpa perlu merujuk pada sumber yang betul.

meeting...oh...meeting

24 okt '08

pagi ni dept. meeting. normally, in final week of the month. may be sebab next week ramai yg bercuti deepavali atau last kopek bulan syawal...meeting tlh dipercepat.

9:00 am meeting bermula. siang-siang boss beritahu yg schedulenya very tight hari ni. kita org pun pandang sesama sendiri. ada gak yg tersenyum. maknanya, tentu meeting kali ini lebih singkat, cut short utk kejar schedulenya tu. kalau tak, meeting kalau tak cecah 2-4 jam tak sah. naik kematu punggung dibuatnya. tu yg kadang-kadang bila boss tanya atau ajak bincang (walaupun biasanya kuasa veto di tgn boss...tak guna nak argue pun) masing-masing buat diam. supaya lebih cepat meeting ditamatkan.
harapan cuma tinggal harapan. walaupun pd awal meeting dah 'isytihar' mungkin meeting kali ni dipendekkan, tapi cecah juga 2 jam 45 minit. aih...nasib badan. dah la pulak, hari ni banyak komennya ditujukan kpd bhg editorial & production. apa boleh buat. adatlah boss nak tunjuk kuasa. asalkan dia tak gila kuasa sudah. TS kena tegur pasal deadline & pemilihan heading. yang paling berdesing sekali bila dia bangkitkan tentang yearly target yg tak capai. "bonus tahun ni perlu dikaji semula, nak bagi atau tangguh". whoaa...terdengar keluhan staf...

11:45 am. tamat. "ts dan d tunggu, yang lain bersurai". libang-libu perut TS. apahal pulak TS dengan D kena stay. nak bambu kami supaya staf lain tak dengar. atau...
maka serta-merta darah TS naik & terbayang dah yang bukan-bukan. "cuba awak berdua go through senarai jawatankuasa publications yang saya nak usulkan dalam director board meeting nanti. coz both of you also in the committee. that's all, thanks". TS & D saling berpandangan...fuh lega.
till the next meeting...

Keputusannya...

22 okt. '08

man. utd 3 - celtic 0

UEFA Champions League group phase.

Berbatov 2 gol + Rooney 1

game bermula 2:45am. set alarm pukul 2:40am. cuci muka. minum air segelas. 'tercongok' depan tv seorang diri. membebel seorang diri. mengutuk pengadil dan linesman seorang diri. dan menjerit gooool!!! (lebih 10 x/walaupun cuma 3 yg bebetul 'gol').
half time - sempat makan nasi himpit + rendang + sambal tumis yang dipanaskan dengan microwave (tapau semasa open house rumah kawan tempoh hari).

game tamat lebih kurang 4:35am. sempatlah tidur seround sebelum ke ofis.

daripada berita radio dapat tau, arsenGal pun menang jugak. real madrid kalah pulak.

tapi takpalah...you make my day, man utd. Glory - glory - man united!