resensi...2

Nov 6, 2008



Judul: Segi Tiga Emas - Perniagaan Narkotik di Asia Tenggara
Pengarang: Roy Anthony Rogers
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Halaman: 126
Tahun: 2008
Harga: RM48.00




Buku ini menganalisis perkembangan perniagaan narkotik di kawasan Segi Tiga Emas yang terletak di timur laut Myanmar, utara Thailand dan barat daya Laos. Kawasan ini merupakan pengeluar candu dan heroin yang paling utama di Asia Tenggara dan antara yang terbesar di dunia. Buku ini cuba menjawab persoalan bagaimana kawasan ini boleh menjadi pengeluar dadah. Faktor-faktor yang telah menyumbang kepada kemunculan Segi Tiga Emas ini sebagai kawasan dadah heroin yang terbesar di asia Tenggara seperti percaturan politik antara kuasa-kuasa besar ketika Perang Dingin, peranan raja-raja dadah, masalah pemberontakan dan konflik etnik di Myanmar dibincangkan dengan mendalam. Turut diperincikan ialah kesan perniagaan narkotik di Segi Tiga Emas terhadap politik dan keselamatan di rantau Asia Tenggara.

Di samping itu, buku ini juga menganalisis teknik dan rangkaian narkotik di Segi Tiga Emas. Ini merangkumi kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam perniagaan narkotik, cara-cara penyeludupan serta proses penyucian wang. Buku ini juga membincangkan usaha pembanterasan yang telah diambil serta sejauh mana Segi Tiga Emas akan kekal menjadi kawasan pengeluaran dadah.

Roy Anthony Rogers adalah pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Antarabangsa & Strategik, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya.

0 refleksi: