sivaji the BOSS

Nov 3, 2008

selepas selesai makan malam, TS pun bersantai depan tv tapi tumpuan taklah 100% pd rancangan yg disiarkan. sibuk melayan kerenah anak-anak terutama si kecik, aleya.
selepas tamat siaran berita kira-kira jam 9:00 mulalah mencari saluran yg tayangkan program paling menarik 7 boleh ditonton sekeluarga - boleh kata semuanya menariklah jugak. tapi TS lebih tertarik dgn - sivaji the BOSS- yg ditayangkan sempena deepavali di tv2. seingat TS, ianya filem yg agak baru & tercatat sbg filem tamil box-office tidak lama dulu lakonan rajinikanh yg buat comeback. tapi anak-anak TS pilih & tonton cerita komedi pepaya tv3(popeye?), lepas tu TS pulak sambung tengok astro ria - deko bersama eric (botak) - rancangan tentang hiasan dalaman rumah. menarik jugak, dpd deko yg entah apa-apa menjadi ruang rumah yg berketerampilan (dengan bantuan penaja spt. lampu, perabot, langsir, barangan elektrik berjenama & mahal dll - TS pun boleh buat rasanya...heh heh).
bila semua dah ngantuk & masuk tidur, tinggallah TS seorang tukar-tukar saluran ...akhirnya memilih sivaji the BOSS.
walaupun tak paham sangat dialognya (sarikata pun lambat) & tengok filem tu dah separuh tayang...tapi semua ada, elemen komedi, sedih, serius, sepak terajang, muzik & nyanyian + tarian (dh tentu pusing keliling) unsur pengajaran, antirasuah/korupsi, baik hati, sedekah, ganas, tak logik, magik, orang jahat curi dpd orang jahat lepas tu beri pd orang miskin (ala robin hood moden)...dgn kata lain semua ada!
ceritanya punyala panjang. mula pukul 9:00 mlm sampai pukul 12:00 tengah mlm (break 12:00-12:30 dateline (berita akhir)) sambung 12:30-1:00 pagi baru tamat.

itu semua, menyebabkan TS tak boleh tidur. sambung pulak saluran axn - siri chuck - tentang chuck yg bekerja di bhg jualan & membaiki komputer sebuah pasar raya, yg punya kelebihan adiwira (superhero) selepas segala maklumat internet masuk ke fikirannya dgn tak sengaja ketika sedang membaiki komputer. jadi dia 'dipaksa' bekerjasama dgn agensi perisikan kerajaan menggunakan kelebihannya utk membanteras jenayah. dlm episod ini dia membantu ejen perisikan memerangkap pencuri lukisan berharga & penyeludup senjata api haram - seorang perempuan digelar el cuidad.

habis siri chuck - jam 2:00pagi- masih tk dpt lelapkan mata. sambung pulak tengok - EPL Highlights - sbb hujung minggu lepas tak dapat tengok live sbb rumah mak mertua di kampung takda saluran sukan terutama astro ESPN & star sport. tengoklah gol-gol menarik & komentar. yg tak bestnya - man u cuma seri 1-1 melawan everton. makin jauh ketinggalan dr puncak liga sekarang ni. patutla, penyokong liverpool dpd kalangan kawan-kawan mula naik tocang. tapi jangan lupa - it's already 18 years & counting - boooo.

habis bola, jam menunjukkan 3:00 pagi. tak boleh jadi ni. TS paksakan mata ini tidur. esok pagi-pagi dah kena bangun pergi kerja. sebelum tu set alarm pd telefon. yg pasti, esok gerenti mata kuyu, pepandailah cover.

0 refleksi: