ramai kalangan rakan sekerja tahu, aku tidak berapa 'mesra' dengan H. kejadian beberapa tahun dulu yg akhirnya membuatkan kami tidak bertegur sapa buat beberapa tahun walaupun bekerja di bawah bumbung yg sama. H sendiri sedar & maklum bahawa keslahan & kesilapan itu berpunca daripadanya.
beberapa tahun selepas kejadian itu, H sudah bertukar ke tempat kerja lain. tapi masing-masing punya ego. H tidak pernah memohon maaf secara berdepan denganku. aku pula takkan terhegeh-hegeh untuk berbaik-baik semula dengannya. benarlah kata orang luka di tangan nampak di mata, luka di hati tak siapa tahu. kejadian yg membabitkan aku dengan H, menyebabkan aku berasa sangat tersinggung malah lebih daripada itu, aku rasa teraniaya & dikhianati. manakan tidak, akibat perbuatan H, aku nyaris saja dibuang kerja!
namun sekeras mana pun hati manusia, bila usia meningkat meniti kedewasaan dengan masa yg berlalu pergi, jiwa yg luka kembali sembuh. namun, parutnya masih terkesan. walaupun di sudut hati, aku sudah memaafkan H, namun hubungan kami takkan sama seperti sebelum kejadian pahit itu.
ya, sesekali jika bertembung atau bertemu di mana-mana, dalam majlis ilmu atau keraian, kami akan saling bertegur sapa, bertanya khabar & bersalam. tapi setakat itu sajalah. kiambang kembali bertaut selepas biduk berlalu tetapi tautannya tak serapat dulu.
pada aku, daripada pandangan mata & raut wajahnya setiap kali bertemu, ada rasa bersalah, serba salah, malu atau dalam istilah mudah 'malu mata'.
semalam bila bertemu di satu majlis seperti kebelakangan kini kami sekadar bersalaman & bertegur sapa. tidak ada rasa kemesraan. aku ditanya oleh rakan sekerja yg bersamaku ketika itu,"you dengan H dah ok sekarang?"
"sekadar ok saja, nak berbaik macam dulu, mungkin tidak..."
0 refleksi:
Post a Comment