Tuisyen

Apr 20, 2010

masa aku sekolah dulu, tak pernah daftar kelas atau sekolah tuisyen. walaupun ramai kawan sekolah yg masuk tuisyen. sebabnya aku duduk kat asrama. yg ada cuma kelas tambahan la. itupun kira tuisyen jugak la.

sekarang ni makin melambak-lambak pusat tuisyen. tak tahu yg mana satu yg boleh betul-betul memberi manfaat. atau sekadar nak buat bisnes. atau nak buat duit. ibu bapak pun berlumba-lumba nak hantar anak mereka ke tuisyen. nak bagi anak-anak mereka pandai. sebab persaingan semakin sengit di sekolah untuk kejar pencapaian tertinggi. selain tu, ada juga didorong kerana sekadar ikut-ikutan. sebab jiran-jiran atau kawan-kawan mereka hantar anak ke tuisyen, kena hantarlah jugak anak kita ke sana. nanti ketinggalan pulak pelajaran mereka. begitu sekali pengaruh tuisyen.

tidak dinafikan ada pusat tuisyen yg baik. malah ada cikgu sekolah sendiri yg 'curi-curi' mengajar tuisyen. tambahan pula sekarang ni ada jugak yg buat 'servis' tuisyen di rumah. sebab mereka tahu, ibu bapak lebih suka anak mereka belajar di rumah. oleh sebab seolah-olah tuisyen ni sudah menjadi keperluan kepada kanak-kanak sekolah, tidak hairanlah makin mahal pulak bayaran yg dikenakan. kalau dulu ikut subjek, sekarang ni kena bayar secara bulanan.

sekarang yg terbaru, seiring dengan kecanggihan teknologi, timbul pula tuisyen secara online. pelajar sekolah tidak lagi perlu pergi ke pusat tuisyen. ibu bapak tak perlu ambik masa hantar dan ambik anak di pusat tuisyen. mereka dah boleh buat tuisyen di rumah. kemahiran & pengetahuan mereka akan dipantau secara online oleh pembimbing. sediakan saja duit & peralatan komputer sudah boleh belajar tuisyen di rumah. aku rasa, ramai ibu bapa yg lebih senang begini. anak-anak ada 'depan mata' mereka, belajar di rumah.

*******

kira-kira seminggu lepas pihak sekolah anak aku mengedarkan makluman yg mereka akan mengadakan tuisyen malam. untuk pelajar tahun 4,5 & 6 yg akan periksa upsr. pembimbingnya ialah guru sekolah itu sendiri. bayarannya tidaklah mahal rm20 satu subjek. hanya ada 2 subjek yg diajar terlebih dulu iaitu matematik & english. subjek lain akan diajar kalau ada sambutan & guru berkaitan. waktunya 8:00-9:30 malam. satu subjek satu malam setiap isnin & selasa.

eril begitu teruja nak memulakan kelas pertamanya. awal-awal lagi dia dah bersiap. aku hantarkannya & berpesan akan menjemputnya sebaik kelas tamat jam 9:30 nanti.

anehnya, eril hanya diam membisu dalam perjalanan balik. sesampainya di rumah, dia memulangkan duit bayaran yuran yg sepatutnya dibayar. lebih mengejutkan dia memberitahuku bahawa, kelas tuisyen itu dibatalkan & kemungkinan tidak diteruskan. cikgunya menghabiskan masa hari pertama itu untuk memulangkan yuran yg sudah dibayar & hanya memberi soalan latihan sementara menunggu jam 9:30. cikgunya memberitahu perancangan tuisyen ditangguhkan kerana pengetua sekolah akan bertukar ke sekolah lain, hujung bulan ini.

aku sedang mencari jawapan sebenar...

0 refleksi: