moga tiada kali kedua itu . . .

Jul 8, 2014

Denggi: 99 peratus kematian akibat jangkitan kali kedua

KUALA LUMPUR 7 Julai 2014 - Hampir 99 peratus kes kematian demam denggi disebabkan oleh jangkitan kali kedua, kata Pengarah Pusat Kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Demam Denggi dan Denggi Berdarah Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Sazaly Abu Bakar.
Menurut beliau, pesakit demam denggi bagaimanapun mampu sembuh dalam masa lima hari setelah dijangkiti namun mereka yang pernah dijangkiti, berisiko tinggi terkena demam denggi berdarah hingga boleh membawa maut.
"Justeru, masyarakat perlu sentiasa berjaga-jaga dan disaran minum air yang banyak bagi melindungi diri daripada dijangkiti penyakit tersebut," kata beliau
mengulas peningkatan kes demam denggi sejak awal tahun ini.
Catatan kelmarin menunjukkan terdapat 455 kes denggi di seluruh negara manakala Selangor mencatat jumlah tertinggi iaitu 227 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 63 kes.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140708/dn_19/Denggi-99-peratus-kematian-akibat-jangkitan-kali-kedua#ixzz36pzGMdYl
© Utusan Melayu (M) Bhd
*******

beberapa tahun dulu, pernah menghidap demam denggi.
ini peringatan serius buat aku.
sekali terkena, dua kali beringat...!

0 refleksi: