~ rumah terbuka, hati terbuka ~

Sep 27, 2010

atas 'desakan' kawan-kawan seofis, wifey akhirnya bersiap juga mengadakan 'mini' rumah terbuka. bukan tak nak buat. sebenarnya dah pun dibuat untuk sedara mara sebelum ini. pada hari pertama raya lagi. sebenarnya ada rancangan, nak buat untuk rakan seofis aku sekali, tapi mengingatkan apa yg berlaku tahun lepas membuat aku serik.

aku jemput semua, tapi yg datang cuma seorang dengan familinya. yg lain menjawab sekadar "insya-Allah" tapi akhirnya tak datang pada hari yg dijanjikan. maklumlah rumah aku ni agak jauh dari KL. aku faham. tapi, kalau tak dapat datang bagi taulah, awal-awal supaya tak memberi harapan pada orang yg menanti. lagipun, nak bajet untuk sediakan banyak mana makanan harus disediakan. bukan soal kedekut tapi jika berlebihan akan membawa pembaziran pulak.

jamuan untuk rakan seofis wifey dibuat pada sebelah petang. manakala di sebelah malamnya, kami sediakan jamuan untuk jiran-jiran terdekat sahaja. taklah menjemput kesemua satu taman perumahan. iyalah lagipun untuk 'membalas' jemputan mereka yg mengadakan rumah terbuka sebelum ini. dah jadi tradisi tahunan, jiran-jiran kami menjemput sesama jiran untuk jamuan raya. kepada yg sudi menjemput kami membalasnya dengan jemputan kali ini. kepada yg tidak, tidak pula kami berkecil hati. masih juga kami menjemput mereka. datang atau tidak, itu pilihan mereka. sedangkan kami faham ada jiran yg sudah pun mengadakan rumah terbuka, tetapi tidak pula menjemput kami sekeluarga. tak kesah pun atau kecik hati, itu hak tuan rumah.

bukanlah sebesar mana, atau semewah mana jamuan yg disediakan. tetapi lebih kepada kunjung-mengunjung dan mengerat silaturahim. lagipun bukan selalu kita dipelawa masuk ke rumah jiran. kalau berjumpa pun bukan di rumah, sekadar berborak di laman atau 'depan pintu' sahaja. menariknya, semua jiran yg dijemput kali ini, hadir. maknanya kehadiran penuh bersama-sama seluruh keluarga mereka. walaupun hujan lebat. berpayung-payung mereka datang. alhamdulillah semua berjalan lancar. makanan cukup-cukup sahaja tanpa banyak berlebihan. malah dipuji lagi tuan rumahnya kerana menyediakan juadah yg lazat. mungkin sekadar 'mengambil hati' tetapi kami tetap terima sebagai komplimen....he he.

0 refleksi: