~ sama itu bermakna stereotaip ~

Feb 17, 2011

manusia dilahirkan dengan sifat yang berbeza-beza.
kalau ada pun persamaan, sekadar sama tapi tak serupa.
aku tak faham dengan sikap sesetengah orang yg memaksakan orang lain mengikut kehendak mereka. meletakkan pra-syarat pada orang lain. berdasarkan ciri-ciri tertentu yg mesti dipatuhi.
soal peraturan atau undang-undang boleh diikut demi kebaikan.
tapi soal sikap, kegemaran, minat tidak boleh dipaksakan.
kalau aku minat bola, aku akan tengok tv saluran bola. takkanlah nak suruh aku duduk 2 jam depan tv untuk tonton drama melayu.
kalau aku minat cerita aksi atau komedi, apa perlunya aku diminta duduk & menghabiskan cerita seram atau cerita cinta sepasang kekasih atau cerita sedih yg mendayu-dayu air mata meleleh dari awal hingga tamat.
kalau aku minat lagu-lagu rock kapak yg sedap halwa telinga aku mendengarnya, janganlah disuruh dengar lagu rap atau lagu indie yg kononnya mengikut arus semasa.

kalau aku suka minum teh tarik, mengapa dihidangkan kopi.
bila aku minat makan roti canai, mengapa dipesan tosei.
kalau aku suka makan lauk ayam atau ikan goreng janganlah mencebik mengatakan yg ayam membawa pelbagai kemudaratan. habis nak suruh aku makan sayur, pagi petang. macam engkau?

kalau aku minat tulis blog, janganlah pula memperlekeh kononnya aku syok sendiri. kerana bagi engkau tulis benda mengarut di status fb atau twitter atau berchatting sambil tersengeh depan skrin komputer lebih menyeronokkan.

kalau aku tak sokong mana-mana parti politik, janganlah pula aku dituduh lalang atau atas pagar. kau perlu ingat apa itu silent majority. tak payahlah nak tuduh orang lain kafir, orang lain tak islam, orang lain tak melayu, orang lain rasis, orang lain kena beli.

kalau kau minat direct selling atau MLM. teruskan. jangan kata orang lain tak mahu mengubah hidup mereka. hidup dalam kerugian & takde masa depan. masing-masing ada perancangan sendiri. sampai putus kawan kerana tak nak jadi downline. ape hal...!

kalau ada kawan beli kereta baru model atau jenama tertentu, yg dia suka & sesuai dengan kemampuan membelinya , janganlah pulak ada yg kata tak cantik, tak elok, re-sale takde value, orang kata kereta tu kuat makan minyak, tak laju, tak power. biarlah itu pilihan dia...mengapa kita yg sibuk.

kalau sedara kita beli rumah dengan harga tertentu di kawasan tertentu. kita komen mengatakan harga yg dibelinya itu tak padan dengan harga pasaran atau kawasan yg dipilihnya tak sesuai atau nilainya susah nak naik pada masa depan. sudah tentu dia ada perkiraan sendiri, mengapa pula kita nak memandai-mandai membuat pilihan untuknya.

ahhhh....banyak lagilah.
ini semua gara-gara semalam lah ni. terbawa-bawa hingga ke hari ni.
seorang kawan yg mengatakan rugilah aku tak jadi cikgu....macam dia, macam kawan-kawan yg lain.

2 refleksi:

rahimin said...

memang ramai org mcm ni.
dia aje yg betul. lepas tu nak suruh kita ikut dia plak.
kalau org buat ada je tak kena pd mata dia, ada je nak komen

editor kampung said...

sudah banyak kali juga saya mengalami hal yang sama. ada yang tak sedar mereka 'melampaui' garisan privasi yang sepatutnya.
ada yang tanpa sedar tetapi ramai juga yang sengaja, kerana percaya mereka lebih betul daripada orang lain.