cerita yg belum pernah diceritakan

Jun 22, 2009

bberapa thn dulu, kualami satu peristiwa misteri. yg hingga ke hari ini masih belum terungkai malah jika terkenangkannya pasti aku akan berasa pening2 lalat. kisah ini adalah kisah benar, tdk ada yg tdk benar, melainkan benar belaka...he he. tak ramai yg tahu kisah ini kecuali bbrpa teman terdkt. sengaja aku tulis pd blog ini spy nanti ianya dirakam dlm bentuk tulisan. al-kisahnya...
pd satu mlm, bbrapa thn dulu, aku terima panggilan dpd kwnku min. katanya jimi kwn baik kami terlibat dlm kemalangan sewaktu dlm perjlnn pulang ke kgnya di t'ganu. teruk jgk . khabarnya dia dimasukkan ke icu. jadi kami berduapun nekad utk melawatnya ke sana, mlm itu jgk. manalah tau kalau2 sesuatu yg buruk berlaku kpd kwn kami tu. dipendekkan cerita, min pun dtg menjemputku di rumah. kami pun bertolak kira2 jam 11:00 lebih. olh sbb waktu mlm tk bnyk kenderaan. sepnjg perjalanan tu kami tk bnyk berckp. mungkin kedua2nya masih terkejut dgn berita kemalangan tu. kebimbangan & keresahan menyelubungi kami berdua. kami tk berhenti sjk bertolak dr rumah aku td. rasa letih & mengantuk mula terasa. perut pun makin lapar jgk. aku mencadangkan pd min spy berhenti sebaik shj ternampak mana2 kedai mkn tepi jln. min pun setuju. tiba di satu kaw. kampung, dr jauh ternampak sebuah kedai mkn yg terang diterangi lampu. min pun menghentikan kereta. waktu jam 2 lebih. tkda pelanggan lain selain 3 org, mungkin pekerja atau tuanpunya kedai. kami pun order makanan. seingat aku tomyam antara makanan yg dimakan. mungkin sbb lapar atau memang masakan di situ betul2 sedap, kami mkn dgn berselera sekali. slps kenyang, bayar, kami pun beredar. olh sbb tdk dibenarkan melawat kami hanya lepak di kaki lima hospital sementara menunggu waktu melawat. kami hanya dpt jumpa jimi pd pg itu. dia belum sdr lgi krn dibius slps pembedahan. dua2 kakinya patah & kepalanya mengalami hentakan. kami tunggu sampai ptg, utk tengok perubahannya. alhamdulillah, dia dh sedar & doktor kata stabil. lps maghrib kami, mulakan perjalanan pulang. kira2 pukul10:00 kami melalui jln kampung yg sama kami lalui semalamnya. kami bercadang utk makan di kedai yg sama kami singgah mlm tu. semata2 sbb makanannya sdp. agak2 nak sampai di situ, min pun memperlahankan kereta. kami berdua pasti di situlah kedai mkn tepi jln yg kami singgah. anehnya, tkda pun kedai yg sama tu. yg hanya adalah semak-samun. min buat u-turn, manalah tau mungkin kami tersilap, wp dlm hati agak yakin di situlah tmptnya. slps berpatah balik sekali lg, min memandu perlahan menyusuri jln tu. tkda jgk! pelik, ajaib, kebingungan. mana kedai mkn tu? sdgkan kedai mkn yg kami singgah mlm tu dr jauh lg dah boleh nampak, sbb betul2 di tepi jln & diterangi lampu plk. kami berdua saling tertanya2. akhirnya kami berdua ambil keputusan meneruskan perjlnn, berhenti mkn di tmpt lain sj. sepnjg perjalanan tu, aku & min bersoal jawab...apakah yg kita mkn mlm tu? kedai org bunian?
ada seorg kwn yg prnh kuceritakan peristiwa ni membuat kesimpulan yg menarik. kemungkinan niat baik kami melawat kwn yg sakit, kami menempuh perjlnn jauh dlm keadaan letih & lapar, maka ada malaikat yg menghulur hikmah dgn menyediakan makan & minum.
mungkin jgk...? malah segalanya mungkin!

3 refleksi:

editor kampung said...

misterinya...meremang bulu tengkuk saya membacanya!

suriahoney said...

menarik citer ni...
ada tk cuba pegi ke sana lagi atau cuba tanya org kg sekitar?

tg shaaban said...

pdpt aku tk perlula disiasat. dunia ni bukan sj tempt tinggal utk manusia sj, 'makhluk lain' pun ada yg menumpang dunia ni jgk kan...wallahua'lam