berbaju melayu dgn ronaldo silk atau dubai silk

Jun 8, 2009

pergila ke jln tuanku abdul rahman (jln TAR), KL. bila2 masa sepjng thn, sentiasa meriah. pusat gedung tekstil. jgk ada kompleks beli belah. ptg ahad, atas 'tuntutan' wifey, ke sanalah kami. mcm biasa bila ke sana, feberet di open parking blkg bangunan EPF. jln kaki takla jauh sgt. anak2 TS tk berapa seronokla, sbb tk sesuai utk bwh 18SG ...he he.
mula2 yg dituju gedung tekstil, alasannya nk beli kain baju melayu (aik, bukanke br bln Jun?). maya, gulati's, semua house, nagoya, euro moda, semua diredah, tapi tkde yg berkenan di hati. kemudian tuju ke jaKeL. ada diskaun hingga 80 %. biar betik! mula2 (mungkin sbb nak ambik hati) pilih kain utk baju melayu. mcm2 nama silk ada, velentino silk, plain silk, orlando bloom, RONALDO SILK & 1001 mcm nama lagila. akhirnya yg terpilih, dubai silk. sbb warna yg ditawarkan lebih memikat (wp lebih mahal). tawar punya tawar dptla rm20 semeter. sepapan dgn anak2 bujang TS. tk sampai 20 minit, setel.
lps tu 'mcm biasa' wifey pun mulala meragau carik kain yg sedondon plak. pusing punya pusing, pilih punya pilih, dekat sejam baru dpt yg berkenan di hati. anak2 TS yg mulanya teruja, dh mula moyok. duduk kat sudut tepi escalator. lepastu cari tudung plak di aryani & gerai tepi jln.
singgahan sterusnya plak ke sogo. ada julan murah brgn polo (ini bkn iklan yek!). dptlah beli t shirt. tag nya rm140++ dgn diskaun 70%. tk tahulah betulke mcm tu punya mahal. okla tu asalkan cantik & berkenan di hati. lps tu pergi bhg kanak2, beli baju utk the three mouseketeers (belasah aje ejaan). barula diorg kembali bersemangat. kopak jugakla. tp kurang2 pun, separuh bajet utk raya dh lepas dah.
majlis disudahi dgn makan2 di bhg ground floor sogo sebelum balik...

2 refleksi:

fazerilnazwan said...

nape tk beli ronaldo silk bro.
kan penyokong MU

tg shaaban said...

kalau ada rooney silk, may be beli la...hu hu