berilah peluang kedua buat, jeet

Jun 23, 2009

baginya semua org tak betul. baginya semua perkara yg terjadi adalah utk menghukumnya. baginya org atasan cuma mahu menindas. baginya semua org hanya manis di bibir tapi hati mrk bak hempedu pahitnya.
jeet aku kenal secara kebetulan. di sebuah balai polis...ya...balai polis. aku ke sana nk setelkan saman trafik yg 'tertunggak'. utk masuk ke kwsn balai tu, aku kena tinggalkan i.c. semasa aku nk setelkan saman di kaunter, cik polis wanita yg bertugas nasihatkan aku jumpa superiornya. boleh dpt diskaun katanya. aku tanya garang tak? cik polis ckp, sub-inspektor tu adalah yg paling baik dia pernah bekerja. bila aku jumpa sub-ins. tu memang dia seorg yg baik. siap pelawa aku mkn goreng pisang lagi. dia bagi diskaun, sbb 'keramahan' aku. terutama bila cerita pasal bola & tentu sekali, MU. keluar dr biliknya, aku disapa olh cik polis "amacam, ok?'. "t. kasih, baiknya polis kat sini..., lain kali blh dtg lagi". cik polis tersenyum simpul.
bila keluar aku singgah di pondok pengawal utk ambik i.c. seorg punjabi yg menjaga di situ. semasa dia menyemak i.c ku, dia senyum. "eh, kita sebaya la...". lalu aku diajaknya masuk. "marilah kita borak2 dulu". aku mulanya agak keberatan. "jgnla mcm tu, kejap aje...". dia hulurkan kerusi. "bolehke org biasa duk sini?" tanyaku curiga. "kan polis skrg mesra rakyat..." katanya lagi, sambil senyum. kami pun berborak. dari hal semasa, pasal kerja, keluarga hinggalah hal peribadi. dpd ceritanya aku dpt rasa, jeet ni seorg yg ada masalah peribadi. katanya dia ditinggalkan isterinya ( dan anak2) krn pernah mengalami cedera teruk akibat kemalangan. sbb tula, dia kini diberikan tugas 'ringan' spt kerja2 pentadbiran pejabat atau mengawal pintu masuk balai. dia juga tk begitu rapat dgn rakan sekerjanya. katanya rakan sekerjanya, memandang rendah padanya. katanya, org atasan tdk percaya dia boleh memberi sumbangan kpd pasukan. saban hari, dia hanya pergi kerja & pulang ke rumah (kuarters), tgk tv & tidur. hidupnya sunyi. takda kawan utk berbicara.
sepnjang perbualan kami, dia yg bnyk bercerita. dia spt seorg yg kecewa. spt seorg yg kesunyian. dia seakan mencurahkan isi hatinya pdku. menyedari kami sudah lama berbual, kami pun bertukar2 no. tel. sjk itu, dia menelefonku sesekali. ada jgk kami keluar minum teh. setiap kali jumpa, aku cuba menyelami perasaannya sambil memberi nasihat & semangat pdnya. lama-kelamaan, ceritanya & boraknya tdk lagi bernada kecewa. wajahnya tdk lagi diselaputi mendung.
namun, sjk beberapa bulan ni, dia tdk lg menghubungiku. hinggalah mlm td. kali ini, nada suaranya lebih ceria. katanya dia dh ada teman wanita. dia jgk beritau dah daftar utk sambung belajar program luar kampus, nak ambik degree. sbg kawan, aku tumpang gembira dgn perubahannya ke arah yg positif. aku jgk rasa lega, sedikit sbnyk telah membantunya berubah sikap. "jgn lupa jemput aku bila kawin nanti..!" kataku di akhir perbualan telefon. jeet hanya ketawa riang "hu hu hu hu...". ternyata hatinya kini terisi. dia tdk lagi kesunyian....semoga bahagia jeet...

0 refleksi: