sekali lagi meniti saat-saat Genting...

Jun 4, 2009


2 minggu lps , TS & rkn sepjbt, mendaki genting, buat survey lokasi utk bengkel yg kami najurkan.
seminggu lps tu mendaki puncak genting & berada di sana 4 hari 3 mlm. sabtu lalu, sekali lagi melalui laluan menghala ke genting sebelum menghala ke karak, menuju ke kuantan. balik menuruni jln yg sama utk pulang pd hari ahad.
pd selasa, atas 'permintaan' (sebenarnya desakan & rengekan) anak2 yg 'cemburu' krn kehilangan papanya sepnjg minggu lps, maka kami sefamili ke genting sekali lagi. bersempena cuti sekolah & cuti rehat TS, menyahut seruan cuti2 m'sia.
ya, kali ke 3 dlm seminggu, TS ke genting.
tiba di goh tong jaya utk naik kabel sky way kira2 jam 11:00am. jangkaan awal tk ramai org, ternyata meleset. beratur panjang menunggu giliran naik kabel. ya,memang cantik pemandangan mendaki puncak genting apalagi bergambar dlm kabel bersama famili. tentu sj bila sampai ke puncak genting, yg dituju ialah theme parknya. skrg ni dah ada one world indoor theme park. anak2 TS dh usha utk ke situ lain kali.
memang tepat 'kota keriangan'. kami menghabiskan sehari suntuk di sana. dpd naik kuda terbang, flying dragon, pirate train, rodeo rider, dinasour land, monorail, ferris wheel, cyclone, space shoot, super toboggan, tea cup, flying jumbo, astro rider, roller coaster, spinner, go kart, boat ride malah sbhg besar permainan yg disediakan. alang2 dh bayar mahal (nasib baik ada diskaun utk family package), belasah aje semua game. yg tk syoknya, bnyk masa dihabiskan utk berbaris menunggu giliran utk main sesuatu game. tp tu tk cukup mematahkan semangat. kalau tk pasti lebih seronok.
tk sedar sbb keseronokan, kami hanya mkn tengah hari pd jam 4:00ptg!
makanan yg dijual, biasalah sedikit mahal. sandwic 1 keping je rm4, air mineral rm2. tk heranla ramai yg bwk bekal. apa barang bwk bekal, kita enjoyla sesekali...terlanjur dh habis duit (pakej unlimited for 2 adult 2 child = rm143 + 1 child pax = rm174)
bergambar sampai habis memori pd kamera. sbb bnyk lokasi menarik (nanti kalau ada kesempatan akan diupload dlm blog ni...). menuruni puncak genting, naik sky way hari dh gelap. dlm perjlnn balik, singgah di gombak beli lemang + rendang panas utk hidangan mlm.
hari yg menyeronokkan. puas hati. bukan selalu kan?yg utama sekali kami sekeluarga dpt bersama, bergumbira.

2 refleksi:

suriahoney said...

title entri blog ni punyala gempak...ingatkan apa yg genting sgt...kah kah

tg shaaban said...

betulla...genting jugak ape? he he