~ elak sesak, kena sesak ~

Aug 29, 2010

mungkin sebab latar belakang suasana kampung menambah selera makanku.
sahur itu, buat pertama kali dalam sejarah, aku makan bertambah nasi sepinggan lagi.
biasanya sahur, langsung tak berselera. menghabiskan sepinggan nasi pun terpaksa berhempas-pulas.
menjangkakan jalan akan sesak teruk selepas 'lebuh raya' bukit putus sebagai mana yg berlaku sewaktu perjalanan pulang dari kampung bulan lepas. gara-gara kerja pembinaan belum selesai di 'penyambung' jalan hala ke seremban. lagipun dalam perjalanan pulang pada hari sabtu, didapati kerja pembinaan masih belum selesai lagi. kami mengambil keputusan, memulakan perjalanan balik lebih awal. lagipun, tak perlu tunggu makan tengah hari seperti kebiasaan sebab bulan puasa sekarang ni.
bila memulakan perjalanan awal, tentulah akan sampainya lebih awal. jadi direncanakan untuk singgah di bandar seremban, beli-belah apa yg 'patut', sebelum meneruskan perjalanan balik ke rumah di nilai.
nasib tidak menyebelahi kami, sesampainya di bandar seremban jalan sekitar bandarnya & menuju ke pusat beli belah di tengah bandar, sesak teruk. seolah-olah satu barisan yg panjang tetapi tidak bergerak. selepas berhimpit & bersesak, aku akhirnya putus asa & mengambil keputusan untuk membatalkan niat singgah di bandar seremban.
fikirku sekalipun dapat mencelah masuk ke pusat beli-belah nanti, akan ada masalah lanjut terutama kesukaran meletak kenderaan. jadi buat apa menambah masalah sedia ada?
kami bercadang untuk beli belah pada cuti merdeka, 31 ogos nanti.
mungkin keluar lebih awal, selepas subuh!

0 refleksi: