~ sikap orang sukar ditelah ~

Aug 26, 2010

seorang jiran yg juga merupakan ajk surau di kejiranan aku mengirimkan sms.
butiran sms itu mengingatkan tentang giliran kawasan kejiranan kami menaja majlis berbuka puasa & jamuan moreh selepas solat tarawikh yg diadakan di surau berdekatan
jadi untuk itu, sedekah dlm bentuk wang atau makanan adalah digalakkan.

aku sebenarnya tak tahu menahu pun akan wujudnya giliran tajaan tersebut. jadi aku balas sms itu bertanyakan apa bentuk sumbangan paling sesuai.
tetapi dia membalas sms itu dengan agak sinis mengatakan yg sepatutnya aku sudah tahu kerana surat sudah diedarkan berhubung perkara tersebut. jadi, aku pun bersangka baik, kemungkinan surat itu tak sampai ke tangan aku. aku tanyakan lagi yg pada siapa harus aku hulurkan sedekah itu.

petang semalam aku singgah di rumahnya untuk menyampaikan sedekah dalam bentuk wang.
dia mengingatkan aku tarikh giliran kejiranan kami mengadakan majlis itu. sambil itu sempat memberikan sindiran supaya aku 'menjengok' surau.
walhal aku memang kalau ada kesempatan memang turun ke surau tu, walaupun tidaklah setiap hari, terutama malam jumaat. cuma bulan puasa ini aku tidak turun ke surau tersebut kerana aku lebih selesa bersolat tarawikh di masjid berdekatan.

bukannya apa-apa, sebab aku tak punya motosikal seperti kebanyakan yg lain. sedangkan surau berhampiran itu terletak di tengah kawasan kejiranan. bila musim solat terawikh, lebih ramai yg turun ke surau daripada hari-hari biasa. jadi masalah kesukaran meletak kereta akan berlaku. pernah berlaku beberapa kali pergeseran antara tuan punya rumah dengan pengunjung surau kerana hal meletak kereta sesuka hati atau menghalang laluan masuk rumah penghuni berdekatan. jadi, aku yg berkereta ini terpaksa mengalah, pergi ke masjid yg lebih besar & mudah meletak kenderaan. walaupun jauh sedikit dari rumah.

dia sendiri sebagai ajk surau pun bukanlah setiap hari turun berjamaah ke surau. hal ini pernah diadukan oleh seorang jiran lain yg juga ajk surau tersebut. malah sudah ada ura-ura untuk tidak memilihnya lagi pada pemilihan ajk surau akan datang.
sebenarnya sikap begini akan hanya menjauhkan orang bukannya menarik lebih ramai untuk mengimarahkan tempat ibadat. sikap imam di surau berkenaan itu sendiri yg aku kenali, jauh lebih baik, sentiasa tersenyum & bertanya khabar sekali pun pada mereka yg cuma sesekali menjengah surau. tidak perlulah kata-kata sinis, bukankah bermulut manis lebih baik.

3 refleksi:

editor kampung said...

sesetengah org memang suka berckp sinis. baginya, tak apa-apa ttp bagi org yg mendengarnya akan bersikpa menjauhkan diri.

editor kampung said...

sesetengah org memang suka berckp sinis. baginya, tak apa-apa ttp bagi org yg mendengarnya akan bersikpa menjauhkan diri.

tg shaaban said...

sikap suka menilai org bukanlah sikap yg baik. biasanya persepsi kita salah...