- dia panggil aku sir, aku panggil dia der -

Aug 27, 2013


petang sabtu lepas kemas-kemas open house tu, aku tengah drive balik dari rumah kak lang,
kat belakang ada beberapa lagi kereta, mengekor.
biasalah, jalan kampung, sempit sikit.
kena bawak slow.
kalau kereta berselisih, kena bagi laluan, senget-senget kan kereta sikit kalau takde ruang kat tepi jalan.
kat depan, aku nampak ada satu kapcai.
ditunggang oleh seorang lelaki.
waktu nak berselisih, aku pun angkat tangan.
tanda give and take. memberi dan menerima.
tapi, tiba-tiba kapcai tu berhenti betul-betul depan tingkap aku.
tangannya bagi signal supaya aku turunkan cermin tingkap.
eh, apasal lak ni.
aku ada buat salah ke?

"wey...lama tak jumpo waghih...apo kabar " (hai kawan, lama tak jumpa apa khabar).
sapanya, macam kenal benar dia akan aku.
ibarat kawan baik yg dah lama tak jumpa.
dia menghulurkan tangan. kami bersalaman.

"baik. ekau macam mano, sehat ko?" aku cuba memancing. dan mengagak-agak, siapa sebenarnya mamat tu.

"den kau tengok la badan ni. makin sehat. bulaattt!" katanya mesra. matanya tersorok di balik spek hitam.

"tak nampak pun kek tompek (kat tempat) makan-makan tadi..." aku cuba serkap jarang.

"tu la deh, baghu nak poei ni ha..." balasnya.
"kalau den tak togur (tegur) tadi, kau tak perasan kan..."usiknya

"memang tak perasan, sobab (sebab) ekau pakai spek itam " aku masih nak cover line. walhal memang aku tak kenal/tak ingat siapa gerangannya orang tu.

sambil tu aku perhati dari cermin pandang belakang, dan cermin sisi.
driver kereta-kereta lain kat belakang dah mula gelisah.
kejap lagi, gerenti diorang hon, marah-marah.
sebab kita orang dah block jalan.
mungkin diorang dah mula nak jerit "woi, nak borak pegi tempat lain la, nyusahkan orang!"

"ok lah. maghah (marah) lak orang nanti. sonang-sonang (senang-senang) datanglah ke rumah."
pelawanya sambil tersengih.


******

beredar dari situ.
wifey bertanya "sapa tu?"

"entah. tak ingat la..." jawab aku sambil menggaru-garu kepala.

"huh...dah agak dahhh. macam tu la selalunya..." wifey menyindir.

yep. aku memang ada masalah sikit.
nak mengingat wajah orang. hatta, nama diorang lagilah tak ingat.


******

tengah hari tadi.
aku nak ke bank. nak setelkan ansuran kereta.
terpacak jap, nak lintas jalan.
lunch hour, memang trafik sibuk sikit.

jalan yg aku nak lintas ni, laluannya dua hala.
ada sebuah kereta di seberang jalan arah bertentangan, memperlahankan keretanya.
drivernya bunyikan hon.
kemudian menurunkan cermin tingkap.
dia melambai-lambai ke arah aku.
aku toleh ke kiri-kanan. takde siapa di tepi jalan tu.
aku sorang je. mungkin dia salah orang.
tapi kemudian, dia menjerit nama aku.
ya.... dia kenal aku.
masalahnya, aku tak kenal dia.
dia berkata sesuatu. tapi aku tak berapa dengar apa yang cuba diberitahunya.

malangnya, disebabkan trafik sibuk.
dan kereta di belakangnya dah mula hon
dia terpaksa bergerak ke arah bertentangan.

...dan aku meneruskan perjalanan ke bank.
sepanjang menunggu giliran tadi.
aku masih cuba mengingat-ngingatkan.
siapa yg tegur dan hon aku tadi, yek?

masalah aku untuk mengingat orang, semakin kronik...!
kalau diorang tau, aku tak kenal dah.
tentu diorang kecik hati kan...



1 refleksi:

Irfa said...

ko sama cam laki aku hahaha
aku pun kekadang ada jugak kes mcm tu
kalau dia pakai pass keje,boleh gak intai namanya sapa ;0