- open house raya yang biso bonar. . . ! -

Aug 26, 2013


sabtu lepas seperti tahun-tahun sebelumnya, kampung kami mengadakan majlis open house raya.
seperti sebelum ni jugak, laman rumah kak lang menjadi tapak sebagai tuan rumahnya.

kali ini kita kasi up sikit supaya lebih meriah.
kita tak pakai buffet, atau gotong-royong masak sendiri (geng tukang masak kampung yg dah veteran, tak larat dah), atau katering.
kita buat stail open house macam vip.
guna port atau stesen makanan.

tahun ni jugak kita jemput artis/retis.
campur-campur. ada artis top, artis  pertengahan, pop yeh yeh pun adooo....
pendeknya untuk semua peringkat lapisan masyarakat la.
tahun ni yg datang ialah nabil raja lawak, angah raja lawak, hail amir, dato' a rahman hassan, farhan AF, dan zul handy black.
selain 'artis residen kampung'' yg berbakat.

boss kepada usu, datuk seri shafie afdal pun ada datang jugak.
sesuai benarlah sebagai menteri kemajuan luar bandar, tanah dan wilayah.
menteri macam nilah kita nak,
yg sanggup turun padang. jumpa orang kampung...!

makan pun mewah. ada sate, mee kari, rendang dan lemang, lontong, nasi biryani, macam-macam jenis air, durian entah berapa karung terus dari ladang ( terima kasih abang amir) dan kambing golek. ya, kambing golek 5 ekor....!

ini barulah open house, biso bonar...!
tak payah tulis panjang, gambar-gambar ni menceritakannya.




ada 12 khemah besar


port atau stesen makanan


nasi briyani, sate, mee kari, lontong, lemang dsb

penampilan khas nabil dan angah. buat lawak, games dan menyanyi



nabil dan angah tengah 'mendera' bebudak


nabil dapat tangkap mangsa...



datuk seri shafie afdal, tetamu VIP. siap buat sidang akhbar lagi...


erol pun tumpang semangkuk nak duit raya...


tu dia kambing golek in the making


kambing golek close up


erin tengah menikmati juadah



konvoi geng motor besor pun adoo...


tak kurang 30 superbike


hail amir dengan peminat veteran


zul handy black dengan geng org muda




4 refleksi:

rahimin said...


huh bro, ni dah standard international bukan standard kampong lagi. tahniah organiser!! mmg biso bonar...

zana-norzana said...

dahsyat orang Kubang.... hebat sambutannya...

Ummiarissa Mahdi said...

uish...sodap bonar nampak eh kambing golek tu...memang meriahlah..

bangsawan nilai said...

min,
kenapa tk dtg hari tu...?

zana,
penat sbg penganjur hilang bila ramai tetamu dtg n enjoy

ummiarissa,
ya, mmg la beratur panjang kat port kambing golek