~ hanya iklan semata-mata ~

Nov 11, 2010

ramai yg selalu berkata bahawa iklan tidak menggambarkan produk sebenar yg dihasilkan.

bayangkan sebiji burger yg kelihatan sangat lazat dipaparkan pada poster dengan kepingan daging segar & sayur segar bersama mayonis atau sos yg meliurkan, bila dibeli hanyalah sekadar sekeping daging yg separuh masak, sayur yg layu, mayonis atau sos yg macam tak wujud...
atau iklan minyak masak yg akan membuatkan apa sahaja yg anda masak menjadi sangat lazat. tak kiralah kalau anda sebenarnya memang tak reti memasak...

aku kira kalau iklan berasaskan servis atau khidmat pelanggan, lebih berpijak di bumi nyata. iyalah, kalau mereka tak mampu melaksana apa yg mereka tawarkan, nescaya ramai pelanggan yg akan lari kepada pesaing mereka. lagipun, servis yg baik tentunya menarik ramai pelanggan kerana khidmat mereka bergantung pada khidmat yg ditawarkan semata-mata.

sekali lagi aku silap. kompeni yg menawarkan khidmat pelanggan juga mempunyai kekurangan & kelemahannya. ada yg memang menepati apa yg diiklankan, ada yg sekadar indah khabar daripada rupa. habis tu, kalau panggilan ke bahagian khidmat pelanggan pun tak berjawab, apa lagi yg harus kita harapkan 'khidmat' daripada mereka!

semalam aku menelefon bahagian khidmat pelanggan sebuah bank terkemuka. seperti biasa, aku disambut oleh telefonis dan suara daripada 'mesin', meminta aku tunggu sebentar kerana ''all the lines are busy". sehingga beberapa minit masih dengan muzik & pesanan yg sama berulangan. aku mendail beberapa kali lagi, masih diminta menunggu. bosan dengan keadaan itu, aku sengaja meletakkan telefon aku dengan fungsi tanpa perlu mengangkat gagang sambil menekan fungki speaker...

apa jadi? sepanjang 50 minit telefon aku dalam kedudukan begitu, tiada satu makhluk pun di bahagian khidmat pelanggan bank itu menjawab panggilan telefon berkenaan. hanya suara daripada mesin yg dimainkan berulang-ulang...

kerana sakit hati, aku tanam dalam hati, kalau boleh atau kalau bukan terpaksa, takkan lagi berurusan dengan bank tersebut untuk masa akan datang!

0 refleksi: