~ surau ofis ~

Nov 9, 2010

surau ofis disediakan kepada staf muslim untuk solat.
ianya sebagai kemudahan untuk keselesaan beribadat. jimat masa, tak perlu ke surau atau masjid berdekatan.
tapi kerap kali disalahgunakan. terutama dijadikan maskas staf perempuan.

solat zohor atau asar mengambil masa paling lama pun 10 minit. tak payahlah nak berdoa atau berzikir panjang-panjang. boleh dibuat di rumah. lagipun kerja ofis juga adalah sebahagian ibadah jika diniatkan dengan betul & ikhlas.

namun biasanya ramai yg tidak menggunakan waktu rehat tengah hari untuk bersolat zohor. sebaliknya ia dihabiskan dengan makan tengah hari atau berborak di surau. ada jugak yg diet, jadi melepak di surau pada waktu rehat. rehat kena pergi surau, tak boleh rehat di bilik ofis atau di meja ofis...kata mereka.
sebaik habis waktu rehat tengah hari, barulah waktunya diambil untuk solat. jadi waktu rehat 1 jam menjadi kadangkala 1 jam setengah atas alasan nak menunaikan solat.

sudah menjadi rahsia umum, surau juga dijadikan tempat tidur, tempat bergosip, tempat bermekap, tempat berdiskusi hal semasa, ulasan drama menarik yg ditonton waktu malamnya, atau pusat jualan langsung, tempat jual tudung atau minyak wangi, cari downline untuk MLM. boleh kata surau dah jadi pusat pelbagai guna.

kadangkala mereka (staf perempuan) mengambil masa solat bergilir-gilir. sedangkan surau ofis kebanyakannya bukanlah untuk staf perempuan saja. maknanya ruang terhad, jadi semua staf boleh guna termasuk yg lelaki. tapi oleh kerana dimonopoli staf perempuan, terpaksalah kaum adam mengalah. lewatkan sedikit waktu untuk bersolat. kadang-kadang terpaksa ketuk pintu surau, mengingatkan mereka di dalam yg leka melepak atau menjalankan aktiviti lain.

kepada staf perempuan, janganlah ambil kesempatan. gunakanlah kemudahan dengan sebaik-baiknya. nak selalu tegur pun, nanti bermasam muka pula. bertimbang rasa sikit, ya...

0 refleksi: