~ kawan tak makan kawan ~

Nov 30, 2010

nasihat kawan-kawan selalunya ikhlas. tidak ada niat buruk di sebaliknya.
lebih-lebih lagi kawan lama yg dah tahu hati budi kita.
kawan yg berniat buruk itu adalah ibarat kawan makan kawan.
kalau ada pun yg begitu sifatnya, hanya segelintir sahaja.

kawan mana yg mahu melihat kawan sendiri mengalami kesusahan. atau menyebabkan sesuatu perkara tidak baik antara mereka, hingga terjadi perselisihan seterusnya menyebabkan putusnya ikatan persahabatan?
kadang-kadang ada yg menyalah tafsirkan, yg dia tak seharusnya mengikut nasihat kawan-kawannya. tak perlu terpengaruh. biarlah, dia menentukan apakah prioriti dalam hidupnya atau jalan yg dipilihnya. dia sendiri yg tahu apa yg dibuatnya.

itu, memang ada benarnya.
namun dalam masa sama, nasihat kawan-kawan itu sebagai alternatif kepada pilihan sendiri. tidak ada salahnya mendapatkan nasihat atau pandangan orang lain.
kadang-kadang kita harus akui sukar membuat pilihan. payah membuat keputusan. kita perlukan pandangan kedua. sebab itulah, penting ada orang yg rapat dengan kita spt kawan untuk mengadu ketika kita dalam kesusahan. kalaupun tidak dalam kesusahan sekurang-kurangnya untuk mengadu hal & berbincang untuk memilih atau membuat keputusan yg difikirkan sesuai sekalipun mungkin tidak tepat.

sabtu lepas, aku terserempak dengan Y. kawan lama. kawan sekolah dulu.
Y agak nakal di sekolah dulu. tapi biasalah, nakal masa kecil itu, macam aku jugak. bila meningkat dewasa, bila dah matang biasanya sikap seseorang itu akan berubah.

dulu sebagai kawan aku pernah menasihatkannya "main main jugak, tapi belajar pun kena jugak" bila aku dapati dia kurang tumpuan & result periksanya kurang memuaskan. dia terima dengan senyum saja. dia faham, nasihat seorang kawan. aku pun nakal & main-main jugak. tapi ada masa belajar, result pun taklah teruk sangat.

selepas habis belajar dulu, aku pernah jugak berjumpa dia. dia tidak menyambung belajar kerana result spm tak berapa baik. katanya kerja kilang berhampiran. tak kisahlah, asal ada pendapatan & dapat rezeki yg halal.

selepas aku bekerja pun, pernah berjumpa dengannya sewaktu berurusan di bank. katanya pada masa itu, bantu abangnya buat bisnes kecil-kecilan. aku nasihatkannya supaya jadikan itu sebagai tempat menimba pengalaman. mungkin pada masa depan dia boleh buat bisnes sendiri.

beberapa tahun lepas aku berjumpa dengannya di sebuah pasar raya. kami berbual panjang kali ini. sambil makan-makan. dia bercerita, yg dia kini ada kompeni sendiri. berniaga dan membekal peralatan pejabat & alat tulis. bolehlah untuk menampung hidup. cuma ketika itu dia masih lagi bujang. belum kahwin, belum beli rumah. sedangkan dah cukup syarat untuk berkeluarga, usianya pun dah meningkat. dia terima nasihat aku dengan fikiran terbuka. dia setuju bahawa, hidupnya sunyi tanpa teman, anak-anak. walaupun duit ada & berkemampuan tapi itu hanyalah material saja. kebahagiaan tidak semestinya diukur dengan wang ringgit. aku nasihatkannya juga beli rumah, kecil pun takpe, bila ada rezki lebih boleh beli yg besar kemudian. sebab rumah adalah aset, lagipun masa akan datang harganya melambung naik. mahal nak beli susah nak buat pinjaman. kalau bisnes maju, jangan mudah leka. terukan berusaha & merancang. dia amat menghargai nasihatku itu & berulang kali mengucapkan terima kasih.

beberapa hari lepas, aku terserempak lagi dengannya di pasar malam. banyak makanan yg dibelinya. tapi dia berseorangan saja mundar-mandir memilih makanan yg nak dibeli.
"beli bungkus ni, iyalah orang bujang..." katanya, bila aku menegur banyaknya makanan berbungkus di tangannya.
"itulah, suruh kawin tak nak.." kataku berseloroh.
kami sempat berbual pendek. ada nada kesal pada lontaran suaranya. ada suram pada wajahnya bila aku memperkenalkan anak-anakku padanya. dia belikan anak-anakku mainan, satu setiap seorang. bila anak-anakku mengucapkan terima kasih, wajahnya kelihatan bertukar ceria & senyum melebar.
"bertuah ko, ada anak. ada bini. ada rumah, semua lengkap...aku ada serba serbi tapi hidup seorang diri..." katanya sambil memandang anak-anak aku yg teruja & tak sempat-sempat mencuba mainan yg diterima mereka.
"apa pulak. tak semua orang jodohnya cepat. ada yg lewat. masih sempat lagi. bukannya tua sangat...kalau nak aku boleh tolong carikan" nasihatku sambil berseloroh.
aku harap suatu hari nanti akan terima kad jemputan kahwin daaripada Y. moga suatu hari nanti dia bertemu jodoh & menerima nasihatku sebagai perangsang. aku harap, bila sekali lagi aku bertemunya, dia sudah berkeluarga...
harapan daripada seorang kawan yg hanya mahukan yg baik-baik sahaja untuk kawannya.

0 refleksi: