~ klinik 24 jam ~

Dec 2, 2010

waktu tu jam 2:30 pagi.
wifey mengejutkan aku dari tidur. "erol muntah-muntah. bawak pergi klinik la..."
sejak petang itu eril muntah. dia merengek tak sedap badan. tak lalu makan.
tapi badannya tak panas pun. mungkin sakit perut atau salah makan.
tapi, perangai erol ni memang payah nak makan. memilih sikit.

aku pun bingkas bangun. bersiap lebih kurang.
jarak klinik dengan rumah aku taklah berapa jauh.
sampai di situ, aku tinjau melalui cermin pintu klinik. tak nampak pun kelibat sesiapa.
"sila tekan loceng ini selepas 12 malam" tertulis di bahagian tepi pintu depan.
aku pun menekan loceng, dengan harapan tak pelu menunggu lama.
maklumlah waktu begini, memang tengah sedap tidur.
tak lama kemudian kedengaran staf klinik itu bergerak ke sana kemari.
lampu yg tadinya tidak dipasang sepenuhnya, kini terang benderang.
beberapa minit kemudian, pintu dibuka.

selepas menyemak rekod pendaftaran, aku diminta duduk sebentar.
mungkin mereka nak bangunkan puan/tuan doktor, fikirku.
sementara menunggu itu, muncul pula beberapa yg lain.
sepasang suami isteri mendukung anak kecil mereka. demam mungkin.
hampir serentak dengan itu, datang pula satu pasangan muda.
yg perempuannya duduk sambil tunduk menekan perut. sakit perut agaknya.

nama erol kemudian dipanggil masuk ke bilik rawatan.
seperti biasa doktor bertanyakan "apa sakitnya?".
"muntah-muntahlah doktor. banyak kali..." aku jawab bagi pihak erol.
aku perhatikan muka doktor sedikit sembap. masih mengantuk.
tak bersemangat. sedikit lalok.
dia cuma menekan-nekan perut erol.
kemudian meletakkan satu alat pada telinga erol untuk mengambil suhu badan.
"tak demam pun..."katanya sambil menunjukkan bacaan pada alat itu...36.1
"saya bagi ubat sakit perut dan tahan muntah..." jelasnya sambil memandang ke arahku.
muka aku berkerut. ada persoalan dalam hati "itu je...?"
"kenapa?"...tanya puan doktor. mungkin ada soalan terpancar pada riak wajah, kerut dahiku.
"takde kaedah lain ke doktor, untuk tahan muntah. dia dah lemah dah ni. makan aje, keluar balik, makan muntah semula..." aku tak dapat menahan persoalan di hati.
"kalau nak saya boleh bagi injection..." balas doktor itu pendek.
"heeek, tak nak injek..." erol mula takut.
"ataupun masukkan ubat bontot..." doktor memberikan alternatif.
mungkin itu pilihan yg ada. aku setuju...
"you pernah buat sendiri, tak? saya bagi ubat, boleh buat di rumah..." doktor itu bertanya.
"tak pernah. tak pandai..."aku sedikit terkedu.
kemudian doktor meminta erol mengiring & memasukkan ubat itu.
selesailah 'khidmat' doktor itu.
matanya masih layu. mukanya masih sembab.

sebaik mengambil ubat. aku pun balik.
erol masih muntah. tapi tidaklah sekerap sebelumnya.
harap-harap dia cepat sihat semula.
boleh bermain dengan riang semula dengan eril & erin.

ada kesimpulan yg boleh aku buat. servis klinik 24 jam, kedai serbaneka 24 jam, restoran mamak 24 jam & stesen minyak 24 jam...tak sama dari segi 'mesra pelanggan'nya.

2 refleksi:

tdevaraj said...

Kasihanilah doktor, Tuan Bangsawan Nilai...memang profession doktor nampak hebat dan glamor tapi realitinya tak seindah mana...I pity doctors like them...they have to work hard to survive..if they have own clinics, they cannot afford to close clinic or else they will lose a lot...

bangsawan nilai said...

i fhm tugas doktor...
yg jadi persoalan ialah servis yg diberi.
mcm melepaskan batuk di tangga. lagipun bnyk kes, bila pergi klinik doc kata takde apa2 kemudian melarat jadi kes serius atau dijangkiti penyakit serius....