~ nassir sudah tiada ~

Dec 15, 2010

gambar ini aku ambik dpd fb seorang kenalan.
menurutnya, gambar ini diambil 2 minggu lepas semasa mereka sama-sama menghadiri satu seminar di kuching.

sebenarnya, petang semalam aku baca status fb seorang lagi kawan, yg orang dlm gambar ini abdul nassir said telah kembali ke rahmatullah. lalu aku khabarkan kepada kenalan yg lain termasuk rakan sekerja.
nassir pernah menjalani latihan amali di kompeni kami beberapa tahun dulu untuk melengkapkan mastersnya.
dia seorang yg pendiam, baik dan tak tinggal solat.

paling aku ingat, nassir diperkenalkan kepada aku oleh seorang kawan lama, zack (yg juga sudah arwah) yg sama-sama buat masters ketika itu.

al-fatehah

5 refleksi:

rahimin said...

al-fatehah...

tg shaaban said...

mlm tadi aku imbas kenangan bersama nassir & zack...sedih!

Anonymous said...

Alfatihah. Saya kenal arwah semasa haluansiswa dulu..Tahu meninggal sakit apa?

tg shaaban said...

dpd perkhabaran kawan-kawan, meninggal krn sakit jantung...

kizukii said...

Cenderamata dari dia masih aku simpan
Gambar kenangan bersama dia masih aku simpan
Gelak ketawanya masih aku simpan
Suara rintihan dan hasrat hatinya masih aku simpan
Pemergiannya membuatkan pagar kelopak air mataku roboh..
Al-Fatihah untuk sahabat ku Nassir