~ eksiden lagi ~

Dec 21, 2010


bas eksiden lagi. kali ini mengorbankan 27 nyawa. berlaku di simpang pulai dalam perjalanan dari cameron highlands ke kuala lumpur.
setahu aku jalan melalui simpang pulai adalah jalan alternatif ke cameron highlands selain mengikut 'laluan lama' melalui tapah. yg juga bengkang-bengkok, curam dan sempit. ada baiknya juga melalui laluan lama kerana pemandu akan lebih berhati-hati, memandu perlahan & tidak boleh memotong kenderaan lain.
sekali lagi pelbagai andaian dikemukakan. sekali lagi pelbagai cadangan dilontarkan dari pelbagai pihak. ada kalangan yg menuding jari ke pada pihak yg lain.
ada yg mengatakan struktur jalan tak sesuai, perlu dikaji semula. bahaya. bukankah jalan ini dibina mengikut spesifikasi jabatan kerja raya, lengkap dengan segala macam papan tanda amaran?
kemungkinan lain ialah masalah teknikal, seperti biasa kegagalan brek berfungsi diajukan.
tak kurang juga teori sabotaj daripada trak tunda yg sengaja 'nak cari makan' atas kemalangan orang lain.
ada juga yg menyalahkan pihak berkuasa, yg dikatakan tidak tegas.
ramai juga yg mengatakan faktor manusia. pemandu yg cuai, memandu laju & sikap pemandu yg tidak cermat.
seperti biasa, akan diungkit semula gaji pemandu yg rendah, jadi perlu lakukan banyak trip untuk dapatkan upah lebih. justeru, mereka pandu laju & kurang rehat.
selain itu, ada kemungkinan juga kesesuaian penggunakan bas dua tingkat yg digunakan mengangkut penumpang di kawasan tanah tinggi dengan jalan curam & berliku, menyebabkan ketidakstabilan pemanduan.
yang mana satu betul?
ada pula yg segolongan lain yg menyalahkan 'takdir'.
"dah nak terjadi, apa boleh buat" kata mereka.
sampai bila kita harus menyalahkan takdir, kalau sesuatu itu sebenarnya boleh dielakkan atau dicegah...

0 refleksi: