pesta buku antarabangsa KL...4

Apr 24, 2009

sempena berlangsungnya PBAKL, pelbagai aktiviti dianjurkan selain jualan & pameran buku. ada seminar, dialog, pelancaran buku dsb. sempena menyambut Hari Buku & Hak Cipta Sedunia, Dewan Bahasa & Pustaka menganjurkan satu seminar hak cipta. TS sempat meluangkan masa menghadirinya. 2 penceramah dijemput berlatar belakang akademik bidang undang2 dpd UIAM & UKM. ini adalah usaha yg patut dipuji. sambutan dpd peserta amat menggalakkan. alhamdulillah, menunjukkan kesedaran yg tinggi di kalangan masyarakat umum. penuh sesak dewan seminar. pesertanya terdiri dpd staf penerbit buku, golongan akademik, editor & peminat buku serta pelajar. bagaimanapun isu yg disentuh tdk menyeluruh berkaitan industri buku & hak cipta. mungkin lebih wajar diletakkan seorg lagi penceramah yg berlatar belakang dlm bidang penerbitan yg mahir dlm selok-belok hak cipta. ringkasnya, penceramah sendiri tdk terbabit dlm soal hak cipta penerbitan sebaliknya membicarakan soal teori & lebih berkisar dr sudut pandang perundtukan undang2 sedia ada. sdgkan hakikatnya tdk begitu. hak cipta utk penerbitan komersial misalnya, tdk sama dgn hak cipta akademik, malah sebenarnya ada garis pemisah antara plagiat dengan hak cipta (serupa tp tk sama) yg tdk dihurai dgn jelas.

3 refleksi:

rosa said...

Hi I like the first song of your blog. I would put it on my blog. Do you care?

rosa said...

Hi I like the first song of your blog. I would put it on my blog. Do you care?

tg shaaban said...

no problemo. go ahead.