bila mesin atm menyakat kita...

Apr 22, 2009

gaji masuk 2 hari lagi. bajet utk bulan ni tinggal cukup2 je.
ptg smlm, singgah di atm. nak keluarkan saki-baki balance.
masuk kad. tak da masalah.
masuk nombor pin. ok.
tekan servis 'pengeluaran wang tunai'. beres.
tekan amaun. lancar...
'sila ambil kad anda'...ok ambik.
'sila ambil wang anda'...aik kenapa duit tak keluar!
skrin bertukar menunjukkan proses sudah selesai. TS gabra. mesin ATM yg digunakan ini bukanlah bank yg TS ada akaun dlmnya, sebaliknya cuma tumpang atm. selalu pun buat camtu jugak. takda masalah pun.
mcm mana ni? kalau betul, mesin ni meragam...habislah duit TS yg tinggal saki baki tu. tp setakat seminggu ni, masih boleh bertahanla. operasi berjln lancar, tp bila tang duit, tk keluar pulak. mungkin esok kena report kat bank sbb duit tk keluar. masalahnya skrg, duit itulah yg dirancang utk belanja minggu kritikal ni.
TS nekad, cuba sekali lagi. kali ini utk servis, TS tekan "pertanyaan baki".....
fuuhh...legaa. masih ada jumlah baki sebelum proses pengeluaran tunai tadi. maknanya yg tadi tu terbatal sekerat jln. lalu TS pun tekan amaun yg dikehendaki.
masih saspen. cuak pun ada...
sreeeeet...bunyi mesin. lalu terjulur keluar duit tunai yg dikehendaki...legaa!

1 refleksi:

rosa said...

Pon un traductor en tu pagina, a si podre leer tus articulos. Gracias